Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA): Arthritis Kanak-kanak – Dr La Reina Sangaran

Bolehkah kanak-kanak menghidap sakit arthritis? Bukankah sakit arthritis itu sakit orang-orang tua?

Ya, kanak-kanak juga boleh menghidap penyakit arthritis. 1 dalam 1000 kanak-kanak dilaporkan menghidap penyakit JIA. Penyakit ini terjadi pada kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke bawah.

 

Apa itu penyakit arthritis?

Penyakit arthritis adalah keradangan pada sendi dan ini boleh terjadi pada semua sendi dalam badan.

 

Adakah JIA sama dengan arthritis yang terjadi pada orang tua?

JIA tidak sama dengan arthritis yang terjadi pada orang tua. JIA adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem imun atau sistem pertahanan badan kanak-kanak itu sendiri melawan sendi-sendi kanak-kanak tersebut dan menyebabkan keradangan. Arthritis yang lazim terjadi pada orang tua adalah osteoarthritis iaitu suatu penyakit degeneratif dimana sendi menjadi haus kerana penggunaan atau bebanan yang lama. Selain osteoarthritis, penyakit sendi lain yang biasa terjadi pada orang tua adalah gouty arthritis- penyakit sendi yang terjadi kerana asam urat yang berlebihan dalam badan dan rheumatoid arthritis – radang sendi autoimun.

 

Apakah jenis-jenis penyakit JIA?

 

 

Apakah tanda-tanda anak anda mungkin menghidap penyakit JIA?

 

Bolehkah penyakit ini diubati?

Radang pada sendi boleh diubati dengan ubat-ubatan anti radang (NSAID), ubat steroid, ubat kemoterapi dosis rendah dan ubat biologik. Selain itu, penting untuk kanak-kanak yang menghidapi JIA untuk menjalankan aktiviti regangan dan fisioterapi untuk menguatkan otot-otot di sekitar sendi dan mengelakkan sendi-sendi daripada menjadi keras.

 

Apa akan terjadi jika penyakit ini tidak diubati?

Dr La Reina Sangaran, Pakar Pediatrik, Hospital Selayang

Rujukan
Petty et al, “Textbook of Paediatric Rheumatology, 8th edition”, Elsevier 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box