Demam sawan! Apa yang KITA perlu tahu? – Dr Mohammad bin Hj. Che’ Man

Deman sawan berlaku apabila seseorang kanak-kanak berumur di antara  3 bulan sehingga 6 tahun mendapat sawan ketika demam tanpa bukti kecederaan atau jangkitan kuman di dalam otak.

Kajian di negara Eropah telah menunujukkan bahawa kadar kejadian demam sawan adalah diantara 3 hingga 4% dikalangan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.

Terdapat 2 jenis demam sawan iaitu demam sawan ringkas (simple) dan demam sawan kompleks. Perbezaannya adalah seperti berikut:

Demam sawan ringkas Demam sawan kompleks
1.     Berdurasi kurang 15 minit sawan Berdurasi lebih 15 minit
2.     Sawan menyeluruh / ‘generalized’ Sawan yang lebih fokus
3.     Tidak berulang ketika demam tersebut Lebih daripada sekali sawan berlaku ketika demam

Maklumat penting!!

  1. Tidak semua kanak-kanak yang mengalami demam sawan perlu dimasukkan ke hospital. Kes-kes yang perlu rawatan terperinci iaitu yang memerlukan pantauan ke hospital adalah seperti:
  • Untuk mengesahkan tiada jangkitan lain seperti jangkitan kuman otak.
  • Untuk kes-kes demam sawan yang berulang-ulang.
  • Untuk penyiasatan dan rawatan penyebab sawan di samping jangkitan kuman selaput otak seperti meningitis dan encephalitis.
  • Untuk mengurangkan kebimbangan ibu dan bapa sekiranya mereka tinggal jauh dari hospital.

  1. Penyiasatan:
  • Untuk penyiasatan darah yang spesifik, air kencing, pengambilan air tulang belakang, dan x-ray paru-paru, ianya bergantung kepada keadaan sejarah cerita seseorang kanak-kanak itu.
  • Pengambilan air tulang belakang (lumbar puncture) juga perlu dititik beratkan sekiranya diagnosisnya adalah jangkitan kuman selaput otak. Prosedurnya adalah selamat untuk mengetahui jenis kuman bakteria yang terlibat seterusnya penggunaan antibiotik yang sesuai dan selamat kepada kanak-kanak tersebut akan diberikan. Ianya juga perlu dilakukan sekiranya tiada respon positif selepas 6 jam sawan dan juga di sarankan sebelum memulakan terapi antibiotik.
  • Pengambilan air tulang belakang ini wajib dilakukan sekiranya kanak-kanak mendapat sawan ketika umur kurang dari 12 bulan, mendapat demam sawan kompleks untuk kali pertama, rawatan di hospital daerah tanpa pakar kanak-kanak dan juga kepada anak-anak yang di bawah jagaan ibu-bapa yang menetap jauh dari kedudukan hospital yang mempunyai masalah untuk membawa anak untuk temujanji berikutnya.

  1. Penyiasatan untuk tahap serum kalsium dan kandungan bahan-bahan elektrolit (garam) badan yang lain adalah jarang diperlukan.
  2. Bacaan kajian otak secara intensif (Electroenchephalogram) adalah tidak diperlukan walaupun bagi kes-kes seperti demam sawan kompleks dan demam sawan yang berulang-ulang.
  3. Ibu bapa perlu ditenangkan dan diberitahu bahawa keadaan demam sawan adalah tidak merbahaya untuk jangka masa panjang kerana ianya tidak melibatkan kecederaan otak.
  4. Pengawalan suhu semasa demam adalah sangat penting seperti elakkan pemakaian pakaian yang tebal dan berikan ubat demam secara berjadual sekiranya anak mengalami demam.
  5. Ubat sawan bukan digunakan untuk mencegah demam sawan.
  6. Demam sawan adalah penyakit yang tidak merbahaya dan tidak berkait dengan kesan kecerdikan seseorang.

Faktor-faktor risiko demam sawan:

  1. Keturunan yang pernah mengalami demam sawan.
  2. Umur kurang dari 18 bulan.
  3. Suhu badan yang tidak terlampau tinggi ketika mengalami demam sawan.
  4. Jarak antara demam dan sawan kurang dari 1 jam.

Faktor-faktor risiko untuk mendapat kesan sawan babi (epilepsy):

  1. Mempunyai keturunan sawan babi di dalam keluarga.
  2. Mempunyai saraf otak yang tidak normal.
  3. Mendapat demam sawan yang kompleks.

Apa tindakan yang perlu dibuat ketika demam sawan?

  1. Jangan panik dan bawa bertenang. Cuba tandakan masa sawan mula berlaku.
  2. Cuba longgarkan pakaian terutamanya sekitar leher.
  3. Letakkan badan dalam keadaan mengiring (lateral position) dengan kedudukan kepala lebih rendah dari badan.
  4. Buangkan muntah dan rembesan dari mulut sekiranya ada.
  5. Jangan masukkan apa-apa ke dalam rongga mulut walaupun gigi terkacip lidah.
  6. Jangan berikan air atau apa-apa makanan dan juga ubatan ke dalam mulut.
  7. Duduk berdekatan dengan kanak-kanak tersebut sehinggalah sawan hilang.

Demam sawan untuk jangka masa panjang.

  1. Ianya adalah tidak merbahaya bukan seperti penyakit sawan babi yang berulang-ulang.
  2. Terdapat 3-4% populasi kitamendapat demam sawan.
  3. Hanya 30% akan mendapat serangan yang kedua dan hanya 48% akan mendapat serangan ketiga selepas serangan kedua.
  4. Hampir 2 hingga 7% akan mendapat sawan babi (epilepsy).
  5. Tiada bukti saintifik yangmenunjukkan bahawa demam sawan adalah penyebab kepada kecacatan otak kekal.

Rujukan:

  1. Ministry of Health Malaysia. (2019) Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals, 4thEdition.
  2. Lissaeur T, Clayden G, (2012) Illustrated textbook of paediatrics 4th ElsevierPublishing

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

(MD.UKM, MMED.USM)

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE

KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN

PAHANG.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box