Sayangkan Anak, Jangan Dipangku-pangku – SN Nur Nabiila Masfuzah Abdullah

Penggunaan car seat dilihat amat penting dalam mengurangkan risiko bayi atau kanak-kanak cedera akibat kemalangan. Kanak-kanak yang tidak menggunakan car seat berisiko untuk terhantuk dan jatuh atau melanggar mana-mana bucu yang boleh menyebabkan gegaran otak atau luka parah jika pemandu menekan brek kecemasan. Selain daripada itu, impak yang dialami dalam kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan bukan saja orang dewasa malah kanak-kanak tercampak keluar daripada kereta. Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Centre of Disease Control (CDC) di negar Amerika, meletakkan kanak-kanak di car seat atau menggunakan tali pinggang keselamatan yang bersesuaian dengan umur dan saiz dapat mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian di jalan raya. Risiko untuk kematian dengan menggunakan kerusi keselamatan DIKURANGKAN sebanyak 71% untuk bayi kurang dari umur 1 tahun dan 54% untuk kanak-kanak yang  berusia 1 ke 4 tahun.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Afrika, Amerika Syarikat dan Kanada undang-undang telah digubah bagi mewajibkan ibu bapa menyediakan penggunaan car seat, dan jika tidak dipatuhi adalah salah disisi undang-undang dan  boleh dikenakan denda. Malaysia juga bakal menyusul.

Secara asasnya, car seat asas ni terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk bayi di bawah satu tahun dan kanak-kanak berusia dari 1 tahun hingga 4 tahun.

Di antara kebaikan atau kelebihan penggunaan car seat adalah:

  1. Jika pangku anak, ada kemungkinan si ibu akan tertidur dan risiko untuk anak terjatuh tanpa sedar boleh berlaku tetapi kika diletakkan di dalam car seat, kedudukan anak lebih selamat kerana  tali keselamatan telah dipasang.
  1. Mudah untuk ibu bapa khususnya apabila memandu seorang.
  1. Anak boleh belajar berdikari dan tidur sendiri. Pada permulaannya mungkin ada kanak-kanak yang tidak biasa dan akan menangis tetapiapabila sudah biasa, dia akan selesa.
  1. Terdapat pelbagai jenis dan saiz car seat yang mengikut kesesuain bergantung kepada umur , berat atau tinggi kanak-kanak.
  1. Mendisiplinkan anak apabila mengikut rutin yang sama supaya mereka terbiasa duduk di dalam car seat maka ibu bapa tidak perlu lagi memaksa anak untuk duduk di dalam car seat jika penguatkuasaan dijalankan di negara kita

Tips untuk melatih anak-anak menggunakan car seat:

  1. Pastikan anak anda selesa. Libatkan anak anda dalam pembelian car seat jika sudah sedikit besar. Kebiasannya anak-anak ini akan terbiasa dengan benda yang mereka suka dan selesa. Pilihan hati mereka selalunya mencapai piawaian dikehendaki. Pastikan juga kusyen pada car seat itu selesa dan tak menyakitkan badan.
  1. Beri peluang untuk anak-anak memiliki car seat itu sepenuhnya. Berikan kebebasan untuk mencorakkan, tampalkan pelekatdan letak mainan kesukaan mereka sekitar car seatasalkan bukan objek yang merbahaya atau terlalu menyemakkan.
  1. Latih anak dari kecil dan belajar pekakkan telinga jika anak mengamuk di dalam car seat kecuali jika dalam keadaan mendesak seperti anak termuntah-muntah. Ulang regime ini keesokkan harinya hingga si anak selesa.
  1. Letak barangan atau mainan kesukaannya disekeliling agar mereka merasakan car seatmerupakan salah satu tempat kegemaran mereka. Barangan itu juga mampu mengalih perhatian mereka kepada keengganan pada asalnya.
  1. Jadikan habit, bukan pilihan. Ini boleh elak anak melakukan tawar menawar dan membuat pilihan mengikut kehendaksama ada mahu dan tidak mahu duduk dalam car seatKesimpulannya , amalan menggunakan car seat adalah demi keselamatan anak kita sendiri seperti mana penggunaan tali pinggang keledar bagi pemandu dan penumpang dewasa ketika di jalan raya. Undang-undang berkenaan seharusnya mula diwar-warkan dan dikuatkuasakan demi melindungi anak-anak kesayangan kita.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih yang bertugas di dewan bedah dan mempunyai minat dalam bidang penulisan.

Kini di dalam tahun terakhir Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) di Universiti Mahsa.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box