Menjadi warga Malaysia yang Lebih Prihatin dalam Situasi COVID-19: Langkah-langkah Pencegahan Jangkitan – Dr Farizah Hairi & Dr Zaki Hilmi

Seperti yang diketahui umum, jangkitan COVID-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (atau World Health Organization, WHO) pada hari Rabu, 11 Mac 2020. Sebagai warga Malaysia yang prihatin dan bertanggung-jawab, kita mestilah bersama-sama cakna dan mengambil berat tentang perkara ini. Antara saranan yang boleh kita dilakukan dalam menstabilkan keadaan ini adalah seperti berikut:

 

  1. Kita mestilah merujuk kepada maklumat yang sahih dan boleh dipercayai dari saluran yang tepat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dari masa ke semasa.

Berikut adalah contoh pautan yang sahih dan benar tentang situasi COVID-19:

 

Antara contoh maklumat yang dipaparkan:

Keadaan semasa jumlah kes COVID-19 di Malaysia: http://www.moh.gov.my/moh/resources/user_35/covid19_terkini_14_Mac_2020_.jpeg

Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 14 Mac 2020, 5:00 petang):

Kes disahkan positif 238
Kes disahkan negatif 4661
Pending (masih menunggu keputusan makmal) 520
JUMLAH 5419

 

  1. Jangan terlalu gopoh dan bertindak secara rasional dan professional, bukannya secara emosional.
  • Elakkan daripada mempercayai khabar angin dan berita yang tidak diketahui kesahihannya. Elakkan juga daripada menyebarkan berita palsu. Ini adalah suatu kesalahan yang besar dan serius yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang tidak menentu di kalangan masyarakat umum. Ingat, jadilah warga Malaysia yang prihatin!
  • Jika anda terlalu stres, tertekan dan terlalu risau dalam saat genting penularan COVID-19, anda boleh cuba untuk melakukan perkara-perkara dibawah:
    • Merehatkan diri daripada membaca berita terkini di akhbar dan media sosial tentang penularan COVID-19. Tenangkan diri dan cuba lakukan perkara atau hobi yang menggembirakan.
    • Menjaga kesihatan diri dengan baik. Makan secara sihat, selalu bersenam, elakkan alkohol dan dadah serta memastikan tidur yang cukup.
    • Kongsikan masalah yang anda hadapi dengan seseorang yang dipercayai.
    • Anda boleh melayari pautan di bawah untuk bacaan lanjutan (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prepare/managing-stress-anxiety.html)

 

3. Sama-sama kita menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

 

4. Sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala pernafasan seperti sesak nafas, batuk, selsema atau sakit kerongkong,

  • Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dari individu yang mempunyai gejala demam, batuk dan bersin
  • kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitizer’. Elakkan daripada menyentuh muka dan menggosok mata.
  • memakai penutup mulut dan hidung (mask) jika mengunjungi tempat tumpuan ramai.
  • Kerap membersihkan skrin telefon bimbit seperti menggunakan swab anti-bakteria.
  • Sentiasa bersihkan tempat yang selalu disentuh ramai. Seperti pintu masuk kedai,tempat pemegang eskalator dan butang pada lif.

 

5. Memberhentikan rangkaian penyebaran wabak COVID-19.

  • Sekiranya anda ada mengalami gejala demam dan gejala pernafasan:
    • Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai.
    • Memakai penutup mulut dan hidung (mask) jika mengunjungi tempat tumpuan ramai.
    • Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitizer’.
    • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau ‘hand sanitizer
    • dapatkan rawatan awal dan maklumkan sejarah perjalanananda kepada doktor yang merawat.
  • Mengasingkan diri jika kurang sihat, bukannya bermakna anda anti-sosial tetapi demi kebaikan dan keselamatan lebih ramai ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan kita bersama, serta masyarakat awam amnya.
  • Kurangkan program sosial
  • Elakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang melibatkan ramai peserta dalam satu-satu masa seperti perkumpulan keagamaan besar-besaran, acara sukan, pesta sosial, kelas dan sebagainya.
  • Menjaga jarak sosial.
  • Menjararakkan jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter terutamanya di tempat tumpuan ramai.
  • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
  • Lebihkan masa duduk di rumah.
  • Kurangkan makan di luar dan menghabiskan banyak masa di kedai-kedai minum.
  • Elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai.
  • Elakkan penggunaan pengangkutan awam.
  • Minimumkan jumlah peserta dalam aktivit-aktiviti yang dijalankan.
  • Menggunakan sistem komunikasi atas talian dengan sebaiknya bagi mengelakkan risiko penyebaran jangkitan virus.

Untuk pembacaan lanjut:

 

6. Elakkan daripada melawat orang sakit di hospital dan di rumah-rumah penjagaan bagi mengelakkan penyebaran virus.

 

Perkara yang telah disenaraikan ini memang mudah untuk dibuat dan ianya perlulah dilaksanakan dengan baik. Sama-sama lah kita warga Malaysia, bersikap prihatin dan bertanggungjawab menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling dan membanteras rangkaian penyebaran wabak COVID-19. Semoga Malaysia kembali bebas tanpa COVID-19 dalam masa terdekat! Mencegah lebih baik daripada mengubati.

 

Rujukan:

  1. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan www.moh.gov.my
  2. Senarai Designated Hospital Bagi Mengendalikan Kes COVID-19 <http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-nCOV/Bil%204%20%202020/Annex%203%20Senarai%20Hospital%20for%20COVID-19_26022020.pdf> diakses pada 14 Mac 2020.
  3. Beaubien J. National Public Radio, Inc. US. March 12, 2020 “Singapore Wins Praise For Its COVID-19 Strategy. The U.S. Does Not” di akses pada 14 Mac 2020 di pautan https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2020/03/12/814522489/singapore-wins-praise-for-its-covid-19-strategy-the-u-s-does-not
  4. Berita Harian, 14 Mac 2020: WHO isytihar Eropah pusat penyebaran COVID-19, diakses pada 14 Mac 2020 di pautan https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/665186/who-isytihar-eropah-pusat-penyebaran-covid-19

Dr Farizah Hairi adalah Professor Madya dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Universiti Malaya.

 

Dr Zaki Hilmi, adalah doktor perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, graduan Newcastle University.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box