Pengecaman Gigitan Ular Berbisa – Dr Mohammad Hj. Che’ Man

Gigitan ular adalah salah satu kejadian yang boleh membuatkan kebanyakan orang menjadi panik. Ini kerana, gigitan itu mungkin disebabkan oleh ular yang berbisa.

Namun, adakah sukar untuk mengenal sama ada ular itu berbisa atau tidak?

Apakah petanda ular itu adalah berbisa?

  • Sakit pada kesan gigitan (intense local pain)
  • Pembentukan bengkak (oedema) pada bahagian gigitan yang semakin membesar.
  • Kewujudan ruam merah/kesan lebam (petechiae/echymoses) dan biji berair berwarna jernih atau berdarah (serous/hemorrhaghic)
  • Ada gejala sistemik seperti loya, muntah, cirit-birit, sakit perut yang teruk, kurang sedar, tekanan darah rendah, masalah kegagalan saraf, masalah pernafasan dan kencing berdarah.

 

 

PERHATIAN:

  • Setiap orang perlu berhati-hati untuk mengendalikan ular yang telah mati kerana bisanya masih ada dalam masa beberapa jam selepas kematian ular tersebut.
  • Semua ‘sea snake’ adalah berbisa! Perlu diberikan perhatian sekiranya terdapat gigitan yang tidak sakit semasa berenang di sungai atau laut, setelah setengan jam sehingga satu jam, kesakitan pada otot-otot dan kekejangan (stiffness) apabila bergerak adalah penanda bisa telah merebak keseluruh badan (envenomization)
  • Hanya sebahagian ular ‘bukan air’ iaitu ‘landsnake’ adalah berbisa.
  • Hubungilah bahagian zoo atau ‘herpetologist’ iaitu pakar pengenalan ular sekiranya ular di bawa bersama-sama ketika mendapatkan rawatan sama ada hidup atau mati untuk pengecaman ular dan pemilihan antivenom yang terbaik.
  • Antivenom perlu diberikan sesegera mungkin sekiranya terdapat tanda-tanda bisa telah merebak keseluruh badan di fasiliti hospital kerajaan. Gejala sederhana dan teruk memerlukan rawatan segera dengan antivenom.
  • Jangan gerakkan bahagian gigitan untuk mengelakkan bisa beredar secepatnya ke dalam sistem saluran darah.
  • Jangan gunakan ‘tourniquets’ atau ikat atau urut pada kawasan gigitan.
  • Jangan menghisap luka gigitan.

SEMUA KES PATUKAN ULAR PERLU DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK PENYIASATAN LANJUT!

 

JENIS ULAR?? BISA ULAR??

Ianya boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu:

  • Kumpulan ‘crotalidae’ penyebab toksin dalam darah dan toksin system kardiovaskular.
  • Kumpulan ‘elapidae’ dan hydrophidae penyebab toksin saraf.
  • Kumpulan hydrophidae penyebab toksin buah pinggang.

PENGKELASAN TAHAP BERBISA ‘ENVONIMIZATION’:

Minimum- Tiada sakit sehingga sakit sederhana, kemerahan, bengkak atau ‘oedema’ bersaiz 2.5cm to 15cm, tiada gejala sistemik.

Sederhana- Sakit teruk, sakit bila dipegang, bengkak atau ‘oedema’ bersaiz 25cm hingga 40cm, kemerahan, ‘petechiae’, muntah, demam dan kelemahan otot.

Teruk- Sakit yang merebak ke tempat lain, ‘oedema bersaiz 40cm hingga 50cm, ‘echymosis’ dan gejala-gejala sistemik.

Sangat teruk- Pembengkakan yang cepat, lebam ‘echymosis’, gejala saraf, penglihatan kabur, sawan.

 

RUJUKAN:

  1. Snake bite envenoming, World Health Organization (WHO) 2018
  2. Snake bite worldwide management: Up to date Jan 2019
  3. Guide to essential Emergency medicine, Ooi S, Manning P (Second Edition) 2014

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

(MD. UKM, MMED.USM)

SPECIAL INTEREST: MEN HEALTH, PRIMARY CARE DERMATOLOGY

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE,

KULLIYYAH OF MEDICINE,

IIUM KUANTAN PAHANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box