Kenapa Tidak Cukur? – SN Nur Nabiila Masfuzah Abdullah

Sumber gambar: Well Rounded Mama

Teringat pernah viral dulu apabila seorang pesakit mempersoalkan soalan Jururawat yang dikatakan mempersendakannya apabila tidak bercukur semasa sebelum pembedahan berlangsung. Dipersoalkan kenapa mahu dibelah kaki, tetapi perlu bercukur kemaluan pula.

Mula-mula mari saya terangkan tentang bercukur. Ada sesetengah kes dimana ‘skin prep’ perlu dilakukan keatas pesakit. Walau bagaimanapun, sekarang skin prep akan dilakukan di dewan bedah sebelum pembedahan di jalankan.

Rasional di sini, bimbang liang-liang roma yang terbuka akibat kesan cukur akan menyebabkan potensi infection pada kulit tersebut. Selain itu pendedahan terlalu lama kawasan yang dicukur kepada persekitaran dibimbangi akan menjadi media untuk pembiakan kuman. Berbeza dengan dewan bedah kerana minimal tempoh masa pendedahan selepas bercukur dan antara pembedahan adalah sedikit.

Bagi kes bercukur di kawasan yang mahu dibedah. Bulu yang tumbuh dikawasan pembedahan dibimbangi mempunyai normal flora yang akan masuk ke dalam luka yang dibuka. Bercukur adalah bertujuan untuk meminimalkan potensi jangkitan kuman dari bulu ke luka yang dibuka.

Dalam Islam sendiri, menjaga kebersihan itu adalah fitrah lebih-lebih lagi di bahagian kemaluan. Disana, pelbagai kuman boleh hinggap dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Kawasan kemaluan kita adalah kawasan yang mudah berpeluh selain potensi lekatan najis pada bulu-bulu yang tidak dirapikan itu.

Berbalik kepada viral tersebut…

Sumber gambar: Daily Mail

Walaupun pembedahan dilakukan di kaki atau abdomen, kebersihan alat kelamin juga perlu dititik beratkan. Sebagai contoh ingin memasukkan tiub kencing (Continuous Bladder Drainage-CBD) bagi kes-kes sebelum pembedahan Czer (Caesarean section), laparotomy, total hip replacement (THR) dan lain-lain. Selain memudahkan perawat dalam proses memasukkan CBD tersebut, ia juga akan memberi keselesaan kepada anda sebagai pesakit.

Jujur saya katakan, saya sendiri malu apabila melihat pesakit yang datang dengan bulu yang boleh diikat seperti tocang. Bagaimana anda menjaga kebersihan diri jika kebersihan yang satu itu tidak dijaga?.

Kerana itu bagi kes sebelum Czer, ada jururawat yang akan memberi anda pisau cukur supaya anda boleh membersihkan kawasan itu sendiri dari mengharapkan orang lain melakukannya di dewan bedah. Kerana kami tahu bahawa ada antara pesakit turut malu jika mencukur yang itu pun minta staff yang lakukannya bukan?

Tetapi, jika anda tidak mampu melakukannya, minta bantuan suami atau jururawat untuk membantu.

“Ada lima hal termasuk fitrah; Istihdad, khitan, memangkas kumis, mencabut bulu kemaluan, dan memotong kuku.”

(HR. Bukhari, Muslim dan yang lainnya)

Bel Nawhen

Jururawat Dewan Bedah

 

Artikel ini diubahsuai dengan izin daripada pos di Facebook SN Nur Nabiila Masfuzah Abdullah.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box