Sindrom “Carpal Tunnel’ – Dr Ahmad Mahyuddin

Pernahkah anda terbangun malam atau awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan? Anda akan mengoyang-goyangkan tangan sehingga rasa kebas ini berkurangan? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.

Dalam kes-kes yang kronik, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) and kekuatan ibu jari juga akan merosot (abductor muscle weakness). Ini menyebabkan pesakit mungkin mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana sudu, garpu, senduk dan sebagainya jatuh semasa pesakit menggunakannya.

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.

CP_syndrome

Median Nerve
Sumber: A.D.A.M Interactive Anatomy

Antara keadaan yang dikaitkan dengan sindrom ini termasuk:

  1. Kepatahan yang berlaku dipergelangan tangan. Ia termasuk kepatahan di tulang ‘Radius’ dan juga tulang-tulang kecil ‘Carpal bones’ yang membentuk terowong pergelangan tangan.
  2. Simen atau plaster yang dipasang bagi merawat kepatahan juga boleh menyebabkan keadaan ini sekiranya ia terlalu ketat.
  3. Sendi pergelangan tangan yang terseliuh juga boleh menyebabkan tekanan kepada saraf ini.
  4. Sebarang ketumbuhan di dalam ‘carpal tunnel’ akan menyempitkan ruang di dalam terowong ini dan menekan saraf
  5. Pesakit yang mengandung
  6. Proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’
  7. Masalah hormone pembesaran (‘Growth hormone’)
  8. Masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout
  9. Pelbagai penyakit dari kumpulan ‘Connective tissue disorders’ seperti Amyloidosis dan Haemochromatosis
  10. Idiopathic – tiada sebab yang diketahui

 

thenar atrophy

Atrofi thenar
Sumber: Hand Symposium lecture 2009, Dr. Abdul Nawfar Sadagatullah

Rawatan bagi keadaan ini biasanya dimulakan dengan pemakaian ‘night splint’ iaitu sejenis orthosis daripada jenis thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara tidak sedar semasa pesakit tidur.

Sekiranya kita lihat, kebiasaannya pergelangan tangan seseorang akan berada dalam keadaan bengkok ke dalam semasa kita tidur, dan ini akan menyebabkan tekanan pada saraf bertambah serius. Cuba anda perhatikan tangan anak-anak atau pasangan anda malam nanti!

Pesakit juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan terlibat.

night_splint

Sumber: http://wrist_brace.webs.com/wristsupportadjustable.htm

Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit. Ia melibatkan prosedur dimana pesakit atau diberikan ubat bius, dan membuat luka pada bahagian pergelangan tangan pesakit bagi memotong ‘transverse carpal ligament’ dan seterusnya membebaskan saraf ini.

Kini terdapat juga kaedah endoskopik dimana pembedahan dilakukan dengan menggunakan alat endoskopi dan kamera. Ia hanya melibatkan 2 atau 3 luka kecil bersaiz 1 cm bagi membebaskan saraf ini. Namun ia hanya dilakukan di pusat perubatan tertentu sahaja di Malaysia.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

[Artikel ini kepunyaan The Malaysian Medical Gazette. Sebarang pencentakan semula (samada di atas talian atau di luar talian) tanpa keizinan bertulis daripada pihak The Malaysian Medical Gazette tidak dibenarkan.]

5 comments for “Sindrom “Carpal Tunnel’ – Dr Ahmad Mahyuddin

  1. wanjsofi
    November 7, 2013 at 7:43 am

    askm. suami sy yg berumur lewat 40an, ada mengalami simptom jari manis yg kaku atau tidak boleh dbengkokkan semasa bangun dari tidur. adakah petanda ini menunjukkan dia mengalami masalah ini?

  2. November 21, 2013 at 12:06 am

    Waalaikumussalam Puan,

    Sekiranya saya membuat diagnosis berdasarkan cerita puan di atas, suami puan tidak mengalami masalah ini. Beberapa kemungkinan masalah yang suami puan hadapi termasuk: (1) Trigger finger of the ring finger, (2)Osteoarthritis of the finger.

    Namun, suami puan perlu berjumpa doktor Ortopedik bagi memastikan diagnosis sebenar beliau. Harap puan dapat membawa beliau ke klinik ortopedik bagi membuat rawatan lanjut. Terima kasih

    Dr. Mahyuddin

  3. andy
    June 29, 2014 at 4:32 pm

    Salam dr.. saya pernah mengalami kecederaan semasa bermain bola sepak.. dan ianya berlaku hampir 10 tahun lalu.. tapi sehingga sekarang saya masih mengalami sengal2 dan sakit di pergelangan tgan.. adakah saya mengalami sindrom ini.. dan apa sepatutnya yg harus saya lakukan.. kerana sudah 2-3 kali saya rujuk di hospital @ klinik..

    • AMIRUL
      October 16, 2014 at 9:14 am

      To Andy,

      Please refer orthopaedic and make appointment with physiotherapy.

      For severe case, may leads to surgery.

  4. Vijaya
    March 24, 2015 at 6:17 pm

    Hi Dr Ahmad,

    Am having carpal tunnel since year 2013.. I have tried so many traditional treatment for the pain but there is no result.. Last option is operation… it’s that best way dr?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box