“Cervical Collar”: Bila Perlu Pasang?- PPP Harith Baharudin

“Cervical” merujuk kepada beberapa struktur tulang daripada tulang belakang (“spinal”) yang terletak di bahagian leher setiap daripada kita. Jika berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan yang melibatkan kawasan “spinal” ini , ia bukanlah satu perkara yang boleh di pandang enteng kerana pada bahagian mengawal banyak perkara yang melibatkan “vital organ” (organ utama) seperti pengawalan pernafasan dan sebagainya. Selain daripada itu, rawatan dan penjagaan awal bagi mengelakkan komplikasi dan kecacatan kekal pada mangsa yang mengalami kecederaan bahagian “cervical” adalah amat penting dan ianya boleh dijaga dengan mengaplikasikan pemakaian “cervical collar”

Ternyata banyak isu tentang aplikasi alat ini bagi penjagaan tulang “cervical” ini kini. Malahan , banyak kajian di luar negara menujukkan bahawa pemakaian “Cervical Collar” hanya akan menganggu bahagian “Airway” mangsa/pesakit dan memadai hanya dengan pemakaian “soft collar” sahaja. Tambahan lagi, ada beberap pakar yang berpendapat bahawa, jika mangsa mampu mengerakkan kepala dan tidak mengadu kesakitan pada bahagian berkenaan, “Cervical Collar” tidak perlu dipasang. Namun demikian, tiada lagi  garis panduan terkini mahupun hitam putih daripada pihak berwajib mengenai mengenai isi ini.

Jadi berbalik kepada tajuk di atas, bila perlu pasang “Cervical Collar”?

Untuk sekian lamanya, pemakaian “Cervical Collar” diaplikasikan sejak turun temurun dengan mengikut kepada “NEXUS Criteria”. “NEXUS Criteria” adalah singkatan bagi “National Emergency X – Radiography Utilization Study” di mana satu mnemonic telah diwujudkan bagi memenuhi kriteria yang di maksudkan iaitu “NSAID”.

Apakah itu “NSAID” di sini ?

NSAID yang dimaksudkan di sini merujuk kepada :

N – Neurological Deficit

S – Spinal Tenderness

A – Altered Mental Status

I – Intoxication

D – Distracting Pain

“Neurological Deficit” merujuk kepada keadaan di mana status neuro (otak) mangsa merosot, ia boleh di nilai dengan menggunakan “Glascow Coma Scale” (GCS).

“Spinal Tenderness” merujuk kepada keadaan di mana mangsa / pesakit menyatakan secara langsung bahawa terdapat kesakit di bahagian “spinal” sama ada secara sendiri ataupun semasa dilakukan pemeriksaan “Primary Survey”.

“Altered Mental Status” merujuk di mana keadaan di mana mangsa/pesakit tidak dalam keadaan yang separa sedar dan tidak dalam keadaan yang normal (waras) , ia juga boleh di nilai melalui GCS dan pertanyaan soalan ringkas dan mudah.

“Intoxication” merujuk kepada mangsa/pesakit yang mempunyai unsur unsur “toxicology” daripada bahan luaran, contohnya, kemalangan melibatkan mangsa yang di bawah pengaruh alkohol.

“Distracting Pain” merujuk kepada mangsa/pesakit yang mengalami satu kecederaan yang banyak , sebagai contoh pesakit mengalami kepatahan pada anggota kaki dan kesakitan itu lebih kuat daripada kesakitan pada bahagian “spinal”.

Umumnya, bagi kakitangan kesihatan yang menjalankan perkhidmatan pra-Hospital, sekiranya mangsa/pesakit yang dirawat mempunyai simptom dan gejala mengikut NSAID di atas , pemakaian “cervical collar” adalah amat digalakkan bagi mengelakkan komplikasi dan kecacatan kekal kepada mangsa/pesakit dan tiada kesalahan jika ianya di aplikasi dengan betul.

“NEXUS Criteria” adalah satu perkara yang mesti diketahui bagi mereka yang bertindak sebagai “First Responder”. Terdapat banyak cabaran pada mereka yang menjalankan perkhidmatan pra-Hospital (Ambulans) khususnya yang diterajui oleh profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dalam negara ini. Selain perlu bijak dalam mengawal keadaan persekitaran, mereka juga mesti mahir dan mengetahui tatacara perawatan yang betul, tepat dan cepat dengan mengikut SOP dan piawai “Primary Survey” yang diunjurkan agar komplikasi dan kecacatan kekal dapat di elakkan.

 

PPP Harith Baharudin
Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Melaka

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box