Wanita dan Vaksin COVID-19 – Dr Mohammad Hj. Che’ Man & Dr Shahidah Che Alhadi

Jangkitan virus corona 2019 (covid-19) adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh novel coronavirus yang dipanggil ‘acute respiratory syndrome coronavirus 2’(SARS-CoV-2) yang telah dikenalpasti pada mulanya di Bandar Wuhan, China dan seterusnya perebakan di seluruh dunia. Ianya telah dilaporkan pada mulanya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember 2019 dan pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan wabak pandemik seluruh dunia. Ianya telah meragut ramai nyawa manusia diseluruih dunia terutama kepada mereka yang mempunyai latar belakang penyakit kronik dan seseorang yang berisiko tinggi seperti wanita hamil dan perokok.

Dengan penemuan berharga vaksin covid-19 yang telah diperluaskan penggunaanya, ianya dijangka dapat membantu menurunkan kadar peratusan kes-kes baru jangkitan virus ini dan seterusnya dapat mengurangkan kadar penyakit(morbiditi) dan kematian(mortaliti) di seluruh dunia.

Golongan wanita juga tidak terkecuali daripada mendapat jangkitan virus ini. Berdasarkan badan ‘Centre of Disease Prevention and Control’, wanita hamil dan dalam proses berpantang juga dikira sebagai golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan covid-19 yang serius yang boleh menyebabkan kematian. Berikut adalah antara soalan-soalan lazim untuk orang awam terutamanya para wanita mengetahui kaitan antara wanita dengan vaksin covid-19 secara amnya.

Soalan 1:

Adakah wanita yang menyusukan anak boleh diberikan vaksin ini?

Jawapan:

Melalui data terkini telah mengatakan bahawa ianya tidak berisiko kepda bayi dan ibunya. Sekarang, wanita yang menyusukan anak akan dicadangkan untuk diberikan suntikan vaksin ini sekiranya mereka layak terutamanya sekiranya mereka adalah dari golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan covid-19 atau pun mereka yang bekerja dibarisan hadapan, pekerja “social care” dan sebagainya. Untuk golongan ini, mereka akan dinasihatkan atau diberitahu akan data-data yang terhad untuk keselamatan semasa menyusukan anak sebelum diberikan vaksin ini.

 

Soalan 2:

Bagaimanakah kamu boleh mengatakan bahawa vaksin ini tidak boleh mengganggu kehamilan sedangkan data yang diberikan adalah terhad?

 

Jawapan:

Untuk makluman, vaksin ini tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan wanita dan juga bayi yang tengah membesar dalam rahimnya. Kajian-kajian keatas haiwan tidak menunjukkan bahawa vaksin ini tidak membahayakan kehamilan dan kesuburan seseorang. Vaksin ini bukan vaksin seperti “vaksin yang dilemahkan” dan tidak boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungan. Seperti yang kita sedia maklum, vaksin-vaksin yang bukan dilemahkan (non-live attenuated vaccine) contohnya vaksin influena adalah selamat diberikan kepada wanita hamil yang sangat disarankan pengambilan ketika mengandung.

 

 

Soalan 3:

Apakah kepentingan-kepentingan vaksin ini kepada wanita ketika mengandung?

 

Jawapan:

Seperti yang kita sedia maklum, lebih dari separuh wanita mengandung yang telah dijangkiti covid-19 melalui uijan swab, kebanyakan dari mereka tidak mempunyai gejala seperti demam, batuk dan sebagainya. Akan tetapi, ada dikalangan mereka mendapat jangkitan yang teruk sehingga menyebabkan kematian terutama bagi mereka yang juga menghidap penyakit kronik. Ianya boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 3 kali ganda bayi dilahirkan secara pramatang yang boleh mengganggu kehidupan akan dating. Kepentingan vaksin ini semasa mengadung adalah seperti ianya boleh menurunkan kadar kelahiran bayi pramatang, mengurangkan risiko jangkitan covid-19 yang teruk kepada ibu mengandung dan ianya juga boleh mengurangkan potensi penyebaran virus ini kepada ahli keluarga terdekat.

 

 

Soalan 4:

Adakah ianya selamat dan berkesan kepada wanita mengandung?

 

Jawapan:

Mengikut kajian-kajian percubaan klinikal telah membuktikan bahawa vaksin ini adalah selamat dan berkesan untuk memerangi jangkitan virus yang merbahaya ini keatas wanita yang tidak mengandung dan ini juga bermakna ianya mempunyai maklumat yang terhad kepada wanita yang mengandung secara amnya. Akan tetapi ada juga percubaan vaksin ini diberikan kepada wanita mengandung dalam jumlah populasi yang kecil akan tetapi mereka tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung.

 

Soalan 5:

Sekiranya anda mengandung dan anda adalah seorang pekerja kesihatan, adakah anda perlu untuk mengambi vaksin ini?

 

Jawapan:

Sekiranya anda diberi peluang untuk mengambilnya, pilihan ditangan anda!

Pekerja kesihatan atau barisan hadapan dan pada masa yang sama mengandung adalah berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan virus ini. Risiko pengambilan vaksin ini dan kepentingan pengambilannya adalah perlu dititikberatkan. Ianya sangat disyorkan pengambilan sekiranya pada masa yang sama anda mempunyai masalah penyakit kronik, masalah kegemukan, risiko pendedahan di tempat kerja dan ketidakupayaan untuk mengelakkan jarak ketika bekerja. Walaupun begitu, sekiranya anda telah mengambil vaksin, anda juga perlu mengamalkan cara mengelakkan jangkitan seperti biasa juga contohnya memakai pakaian ‘PPE’ dan mengamalkan penjarakan sosial. Bagi wanita yang mengandung melebihi 28 minggu ke atas usia kandungan yang juga pekerja barisan hadapan, mereka tidak digalakkan bekerja di kawasan yang berisiko tinggi jangkitan.

 

Soalan 6:

Golongan wanita hamil yang manakah disarankan untuk pengambilan vaksin?

 

Jawapan:

Badan ‘Joint Committee on Vaccination and Immunisation’ menasihatkan supaya wanita hamil yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan virus covid-19 seperti golongan barisan hadapan (frontliners) dan wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit kronik untuk diberikan vaksin ini. Ini kerana golongan barisan paling hadapan adalah sangat berisiko tinggi dan wanita yang hamil yang mempunyai penyakit kronik adalah senang untuk mendapat jangkitan yang serius.

 

 

Soalan 7:

Adakah dengan pengambilan vaksin ini boleh menggangu fungsi kesuburan seseorang wanita?

 

Jawapan:

Tiada data atau bukti sientifik terkini yang menyatakan bahawa vaksin ini boleh mempengaruhi tahap kesuburan seseorang.  Melalui mekanisme biologi pun tidak boleh mengaitkan kesan vaksin kepada kesuburan seseorang wanita. Bukti-bukti sientifik telah menunjukkan bahawa golongan wanita yang telah diberikan vaksin tidak menunjukkan masalah kemandulan/kesuburan.

 

 

Rujukan:

  • Royal college of Obstetrics and Gynaecology (RCOG) 2021, Covid-19 vaccines, pregnancy and breastfeeding.
  • World Health Organization (WHO) 2021, Covid-19 vaccines

 

 

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

(MD. UKM, MMED, (FAMILY MEDICINE) USM

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE,

KULLIYYAH OF MEDICINE,

IIUM KUANTAN PAHANG.

ASST. PROF. DR. SHAHIDAH CHE ALHADI

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR BEDAH

(MBBS.IIUM, MMED, (SURGERY) USM)

DEPARTMENT OF SURGERY,

KULLIYYAH OF MEDICINE,

IIUM KUANTAN PAHANG.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box