[Video] Penjelasan “Mati Otak” – Dr Hirman Ismail

Video ini diterbitkan oleh Unit Perkhidmatan Transplan dan Pusat Sumber Transplan Nasional untuk dijadikan sebagai bahan pendidikan kepada anggota perubatan mengenai cara berhadapan dengan kes kematian otak serta pendermaan organ. Pengurusan kes seumpama ini memerlukan anggota perubatan memahami keadaan emosi dan psikologi ahli keluarga.

transpCara berkomunikasi dengan ahli keluarga merupakan komponen yang penting bukan sahaja ketika memulakan perbincangan dengan mereka tentang isu pendermaan organ tetapi ketika mengurus situasi keluarga yang sedang bersedih terutamanya di kawasan kritikal seperti Unit Rawatan Rapi (ICU). Video ini mampu memberi panduan kepada profesional perubatan dalam menangani cabaran rumit emosi dan psikososial yang dialami oleh setiap keluarga yang berhadapan dengan kematian ahli keluarga tercinta. Video in telah direka dengan teliti untuk memastikan ia praktikal dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Ia merupakan salah satu usaha Pelan Strategik Peningkatan Kesedaran mengenai Pendermaan Organ yang ke-5 iaitu meningkatkan kesedaran dan kecekapan profesional kesihatan dan perubatan.

Dr Hirman Ismail merupakan Pegawai Khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Ketua Unit Perkhidmatan Transplan, Kementerian Kesihatan Malaysia). Beliau amat aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ khususnya dan kesedaran tentang kesihatan secara amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box