Peranan Ubat Antidiabetik Dalam Pengurusan Diabetes – Khairul Naim Zainal Abidin

shutterstock_240701866Bahana Diabetes

Diabetes atau kencing manis, merupakan penyakit tidak berjangkit yang memperlihatkan kecenderungan peningkatan kes di seluruh dunia. Komplikasi kronik seperti penyakit salur darah dan jantung, penyakit buah pinggang, kerosakan organ mata, sistem saraf dan kulit antara kesan penyakit diabetes.

Di Malaysia, sebanyak 20.8% daripada orang dewasa berumur 18 hingga 30 tahun dikesan menghidap diabetes jenis 2.

Buat masa kini, belum ada penawar atau kaedah yang boleh menyembuhkan diabetes. Namun demikian, penyakit ini boleh dikawal melalui pengubahsuaian gaya hidup dan ubat-ubatan. Pelan terapi bagi penyakit ini menyasarkan ke arah penambahbaikan kualiti hidup pesakit, di samping mengurangkan komplikasi diabetes.

Ubat Antidiabetik Untuk Pengurusan Diabetes

Ubat antidiabetik merupakan ubat yang digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah ke paras ideal. Penurunan paras gula darah akan mengurangkan risiko komplikasi diabetes.

Terdapat tiga kumpulan ubat antidiabetik iaitu:

  • Oral hypoglycemic agents (OHA)
  • Glucagon-like peptide 1 (GLP-1) Receptor Agonists
  • Insulin

Oral hypoglycemic agents (OHA)

Oral hypoglycemic agents (OHA) merupakan ubat antidiabetik yang diformulasi dalam bentuk tablet. Terdapat beberapa jenis OHA iaitu:

001

Glucagon-like peptide 1 (GLP-1) Receptor Agonists

Glucagon-like peptide 1 (GLP-1) Receptor Agonists merupakan sejenis ubat yang merangsang penghasilan insulin di pankreas. Contohnya, exenatide dan liraglutide.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan. Hormon ini menggalakkan penyerapan gula ke dalam otot dan tisu lemak. Gula yang diserap ke dalam otot akan diuraikan secara kimia untuk menghasilkan tenaga.

Suatu ketika dahulu, insulin yang digunakan untuk rawatan diabetes diekstrak daripada pankreas lembu atau babi. Melalui perkembangan teknologi recombinant DNA, insulin kini dihasilkan oleh bakteria yang telah diubahsuai genetiknya.

Berikut merupakan jenis-jenis insulin:

002

003

Kesimpulan

Diabetes yang tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi yang lebih buruk. Oleh itu, ubat-ubatan antidiabetik merupakan instrumen penting bagi mengawal diabetes.

Terdapat pelbagai jenis ubat antidiabetik untuk merawat diabetes. Ubat yang dipreskrib doktor kepada pesakit adalah tertakluk kepada keadaan pesakit itu sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk pesakit mematuhi pelan terapi pengubatan yang telah ditetapkan oleh doktor yang memberikan rawatan. Tindakan mengubahsuai sendiri kuantiti ubat yang diambil atau menggunakan ubat yang dipreskrib untuk pesakit yang berbeza boleh mendatangkan komplikasi kepada pesakit.

Pesakit diabetes dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan ahli farmasi berkenaan cara pengambilan ubat antidiabetik yang betul. Pesakit boleh berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya pesakit mengalami kesan sampingan daripada terapi ubat antidiabetik yang ditetapkan kepada pesakit.

Diabetes yang dapat dikawal melalui kaedah rawatan dan pengambilan ubat antidiabetik yang betul, akan mengurangkan komplikasi diabetes dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Hal ini penting supaya pesakit dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang dan lancar.

Khairul Naim bin Zainal Abidin seorang pegawai farmasi yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rujukan

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box