Kemalangan, Orang Awam Apa Tindakan Anda? – Harith Baharuddin

maxresdefaultTahniah dan syabas di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia masih ramai yang mempunyai sifat “empati” dan “simpati” atas kesusahan yang di terima rakyat Malaysia yang lain. Hal ini dapat dilihat menerusi bantuan yang diberikan kepada mangsa mangsa kemalanan jalan raya sehingga boleh menyebabkan kesesakan jalan raya kerana ramai orang awam yang memberhentikan kenderaaan untuk membantu.

Namun demikian, sebagai orang awam yang tidak mengetahui cara melakukan perawatan awal dan perawatan kecemasan yang betul, membantu tanpa ilmu boleh menyebabkan kondisi mangsa bertambah teruk.

Sebagai orang awam, saranan kami sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang terlatih, cukup sekadar anda:

  1. Memberhentikan kenderaan jika anda orang pertama melihat kemalangan di hadapan anda.
  2. Tidak perlu memberhentikan kenderaan dengan niat ingin membantu (selain jika anda seorang paramedik terlatih), jika anda lihat telah ramai orang awam mengerumuni mangsa kerana tindakkan anda hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas seterusnya menyukarkan ambulans untuk sampai kepada mangsa.
  3. Menenangkan mangsa serta ahli keluarga mangsa.
  4. Mengawal lalu lintas agar tidak mengalami kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.
  5. Menelefon dengan segera panggilan kecemasan 999 dan terangkan dengan terperinci setiap soalan yang ditanya agar memudahkan polis , bomba dan PPP yang merespon bersedia dengan alatan dan pasukan yang cukup.
  6. Jika mangsa mampu bergerak tetapi dalam keadaaan lemah, bantu mangsa dan alihkan pesakit di tepi jalan atau tempat yang lebih selamat.
  7. Alihkan serpihan serpihan bekas kecelakaan yang mungkin berbahaya dan boleh memudaratkan keadaan sekeliling.
  8. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba kejut pesakit dengan menepuk kedua bahu pesakit, jangan sesekali cuba mengalihkan pesakit kerana ia mungkin akan menambahkan komplikasi kepada mangsa seperti kepatahan tulang “cervical” (leher).
  9. Jika mangsa kelihatan seperti sudah tiada (meninggal dunia), letakkan surat khabar, plastik hitam, atau apa sahaja perkara yang boleh menutupi mangsa, bagi menghormati mangsa.
  10. Jika pasukan perubatan telah tiba, berikan laluan, dan biarkan pasukan perubatan melakukan proses menyelamat. Jangan “mengajar” anggota perubatan cara menyelamat seperti yang ada baca di “Google” kerana pasukan perubatan telah terlatih dan mengetahui apa yang perlu dilakukan.
  11. Membantu pasukan perubatan jika diminta sahaja, seperti membantu mengangkat mangsa.
  12. Pada kebiasaanya, jika kecelakaan terjadi, pasukan polis atau bomba akan turut serta, orang awam dinasihati agar tidak masuk campur kerana ia hanya melambatkan proses menyelamat dilakukan.
  13. Jika melibatkan kecelakaan maut, dinasihatkan agar jangan alihkan mangsa dan barang persekitaran kerana pihak polis ingin mengambil gambar kawasan setempat bagi mengetahui punca sebenar dan mekanisma kecelakaan yang terjadi.
  14. Jangan pegang mangsa pada kawasan yang di penuhi darah (kecuali dengan personal protection yang baik), kerana kita sebagai manusia biasa tidak dapat menilai status kesihatan sesorang. Sebagai contoh, mangsa tersebut mungkin penghidap HIV atau sebarang penyakit berjangkit.
  15. Jika mangsa mengalami pendarahan aktif “active bleed”, cuba tekap dan berikan tekanan pada kawasan tersebut dengan sesuatu yang boleh membantu memberhenti / mengurangkan pengeluaran darah tersebut.
  16. Jangan mengambil gambar keadaan mangsa dan memviralkannya kerana ia mampu membuka aib mangsa seterusnya menambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mangsa.

Semoga saranan di atas dapat dijadikan panduan bagi orang awam sekiranya ingin membantu mangsa kemalangan tanpa memudaratkan mangsa atau menyukarkan pasukan penyelamat.

Artikel ini ditulis oleh Harith Baharuddin, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 di Hospital Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box