Terapi Carakerja dalam Kesihatan Mental – Hasnah Wati Hatib

PEMULIHAN CARAKERJA

 

Sumber gambar: spd.org.sg

Pemulihan Carakerja adalah sebuah profesion berkaitan dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan melalui pekerjaan. Pekerjaan yang dimaksudkan ialah aktiviti sehari-hari yang berfaedah dimana seseorang itu melibatkan diri atau menyibukkan diri. Matlamat utama Terapi Carakerja adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan halangan seseorang untuk berfungsi dan seterusnya membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diperlukan dan diingini (pekerjaan) dan memenuhi peranan kehidupan. Jurupulih Carakerja ialah profesional kesihatan berdaftar, yang mempunyai kepentingan dalam meningkatkan kebolehan berfungsi pelanggan (pelanggan yang dimaksudkan ialah orang yang mendapatkan khidmat).

 

 

TERAPI CARAKERJA DALAM KESIHATAN MENTAL

 

Terapi Carakerja dalam Kesihatan Mental menggunakan pendekatan yang berpusatkan pelanggan untuk mendapatkan pemahaman tentang pelbagai faktor yang berkaitan dengan pekerjaan seseorang (pekerjaan sebagaimana dimaksud di sini adalah berkaitan dengan tugas-tugas) dan persekitaran yang mempengaruhi kesihatan mental dan seterusnya kefungsian pelanggan itu. Jurupulih Carakerja dalam Kesihatan Mental membuat penilaian pekerjaan yang paling bermakna kepada pelanggan mereka. Pendekatan ini membolehkan pelanggan untuk mengenal pasti dan melibatkan diri dalam pekerjaan di dalam suasana kerja dan juga di rumah. Penglibatan dalam pekerjaan yang bermakna dan penuh azam akan menyumbang kepada pelanggan mendapatkan semula rasa pencapaian, harga diri dan kesejahteraan yang mungkin telah terjejas disebabkan oleh penyakit mereka.

 

UNIT TERAPI CARAKERJA- PSIKIATRI
(Pesakit Dalam Wad)

 

Sumber gambar: Harian Metro

Perkhidmatan Terapi Carakerja Psikiatri diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental dan sosial terdiri daripada pelbagai peringkat umur menumpukan aspek penilaian pesakit dalam wad dan latihan kefungsian pesakit dalam pengurusan diri dan tempat tinggal, aktiviti riadah dan masa lapang, kemahiran sosial, mengurus kerja dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan kefungsian hidup seseorang. Media rawatan yang digunakan dalam melatih semula atau meningkatkan kefungsian pesakit ialah dengan menggunakan aktiviti-aktiviti terpilih dan spesifik secara berperingkat-peringkat yang mempunyai nilai-nilai teraputik atau pemulihan. Objektif rawatan ialah meningkatkan tahap kesihatan, mengekalkan dan meningkatkan kebolehan serta membantu dalam mencapai tahap maksimum di dalam kefungsian dan berdikari.

 

Bekerja dalam fasa akut, pesakit sering sangat memerlukan, maka ianya perlu dimulakan dengan langkah yang kecil. Langkah ini boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan atau sesi individu, atau melakukan penilaian aktiviti harian sebagai contoh mengemas katil, apakah kemahiran yang diperlukan? Adakah mereka mempunyai kemahiran itu? Bolehkah mereka melakukannya semula?.

 

Sumber gambar: mca.org.my

Terapi Carakerja pesakit dalam bekerja banyak dalam bentuk kumpulan, jadi bukan sahaja hanya untuk aktiviti masa lapang, tetapi juga pembangunan kemahiran. Terapi Carakerja mungkin menjalankan kumpulan berdasarkan kemahiran tertentu, seperti kumpulan pembangunan komunikasi, atau kumpulan penyelesaian masalah. Jika pesakit berasa kurang berkeyakinan, mengalami kesukaran mengunjungi restoran atau tempat makan tempatan, atau melakukan aktiviti membeli-belah, mengurus belanjawan, pesakit mungkin memerlukan sokongan praktikal untuk kembali melakukan perkara-perkara tersebut.

 

HASNAH WATI HATIB, OCCUPATIONAL THERAPIST, UMMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box