Terapi Carakerja & Autism – Nur Amirah Mohd Yusoff

Autism ialah gangguan perkembangan yang biasanya didiagnos pada umur sekitar 3 tahun yang menjejaskan fungsi otak, khususnya kawasan yang mengawal perilaku social dan kemahiran komunikasi. Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Perkembangan Manusia Kebangsaan (National Institute of Child Health & Human Development) menggunakan istilah ‘spektrum gangguan austism (autism spectrum disorders, ASDs)’ untuk merujuk kepada kelompok gangguan yang meliputi gangguan autism (juga dikenali sebagai “autism klasik”), sindrom Asperger, dan gangguan perkembangan menyeluruh yang tidak khusus dan juga digelar “autism atipikal” (National Institute of Child Health & Human Development, 2010). Namun, istilah autism kerap digunapakai dalam tulisan-tulisan untuk mencitrakan kesemua gangguan dalam spectrum ASD.

Apakah Fokus Terapi Carakerja dengan Individu Penghidap Autism?

Perkhidmatan Terapi Carakerja memberi focus kepada meningkatkan keterlibatan dalam melakukan aktiviti kehidupan sehari-hari (cth: menyuap makan, memakai baju), aktiviti beralatan sehari-hari (cth: mobiliti masyarakat, tatacara keselamatan), pendidikan, kerja, libur, bermain dan keterlibatan sosial.

Untuk sesuatu individu yang mempunyai ASD, terapi carakerjanya ditentukan khas menurut keperluan dan matlamat yang dikehendaki dan keutamaan dalam keterlibatan. Perkhidmatan terapi carakerja induk individu ASD melibatkan penaksiran, bantuan dan mengukur natijah. Sepanjang proses berlaku, usahasama antara kanak-kanak atau dewasa autism, ahli keluarga dan tenaga sokongan yang lain amat penting demi memahami pengalaman harian individu tersebut dan mereka yang berinteraksi dengannya.

Perkhidmatan terapi carakerja boleh memfokus kepada perkembangan diri, kualiti hidup dan keperluan ahli keluarga. Proses penaksiran terapi carakerja direka khas untuk menimba kefahaman tentang kemahiran individu tersebut – kekuatannya dan cabaran yang dihadapi semasa melakukan aktiviti harian (kerja-kerja). Proses bantuan terapi carakerja pula berdasarkan keputusan penaksiran tadi dan disusun mengikut individu untuk melibatkan pelbagai strategi dan teknik untuk membantu klien memaksimumkan kebolehan mereka dalam pelibatan dalam aktiviti harian di rumah, sekolah (jika berkaitan), kerja dan persekitaran komuniti. Sebarang kemajuan atau natijah yang Berjaya dicatat melalui peningkatan (atau penyesuaian) dalam pencapaian, peningkatan dalam keterlibatan dalam aktiviti harian yang wajib atau yang bermakna, kepuasan diri, peningkatan kesihatan dan kebugaran dan kejayaan dalam transisi ke situasi dan peranan baharu.

Apa yang Pengamal Terapi Carakerja boleh lakukan untuk membantu orang-orang Autism?

  • Menaksir individu untuk menentukan sama ada dia telah mencapai kemahiran yang berpadanan dengan perkembangan diri seperti kemahiran urus diri dan bermain dan berlibur.
  • Memberi bantuan kepada individu untuk bertindak balas kepada maklumat-maklumat yang dicapai oleh deria. Bantuan boleh termasuk aktiviti-aktiviti perkembangan, penyepaduan deria atau pemprosesan deria, dan aktiviti bermain.
  • Memudahcara aktiviti permainan yang mengandungi arahan yang juga membantu kanak-kanak berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
  • Merangka strategi untuk membantu individu dalam peralihan latar kehidupan, latar peribadi dan dari satu fasa kehiduan ke fasa seterusnya.
  • Berusahasama dengan individu dan ahli keluarga untuk mengenalpasti kaedah-kaedah selamat untuk mobility masyarakat.
  • Mengenalpasti, memperkembang atau menyesuaikan aktiviti harian seperti kerja-kerja atau aktiviti lain yang bermakna untuk mempertingkatkan kualiti hidup individu.

Artikel ini ditulis oleh Nur Amirah Mohd Yusoff, seorang juruterapi carakerja di PPUM.dan diterjemahkan oleh Azizul Ismie Mohd Puad daripada https://www.mmgazette.com/occupational-therapy-autism-nur-amirah-mohd-yusoff/.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box