Sidang akhbar kembara berbasikal MIMPA di Astro Awani

bike

Bulan Disember 2013 ini MIMPA/PIPPM akan mempromosikan kesihatan di peringkat global di mana penunggang basikal Malaysia, En. Faizal Tarihhuddin akan membawa bersamanya mesej kesihatan MIMPA “Bike to Work, Bike to Play, Bike for a Healthy Day” semasa perjalanan berbasikal sejauh 16,000 km solo beliau dari Malaysia ke Turki.

Pada 22 Disember 2013, sidang akhbar telah diadakan di The Basikal, UPM bagi mempromosikan ekspedisi kembara berbasikal ini. Sidang akhbar yang dianjurkan oleh MIMPA ini dipengerusikan oleh Dr Khoo Yeong Khean selaku penolong setiausaha MIMPA dan Dr Mahyuddin Mohamed selaku ahli majlis tertinggi MIMPA mewakili presiden MIMPA Dr Dhesi Baha Raja menyatakan hasrat MIMPA untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal di samping memberi sokongan kepada anak tempatan yang berani mengejar impiannya. Saksikan liputan sidang akhbar tersebut oleh Astro Awani di klip video di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box