KEMBARA BERBASIKAL : MESEJ KESIHATAN MIMPA

2013-12-03 22.24.55MIMPA “Bike to Work, Bike to Play, Bike for a Healthy Day”

Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (PIPPM atau lebih dikenali sebagai Malaysian Medical Professionals Association (MIMPA) yang baru ditubuhkan pada 13 September 2013 adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dibentuk oleh pakar-pakar perubatan dengan tujuan untuk memperkasakan komuniti untuk membuat keputusan-keputusan yang tepat berhubung dengan hal-hal kesihatan.

Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) akan mempromosikan aktiviti kesihatan di peringkat global di mana penunggang basikal Malaysia, En. Faizal Tarihhuddin atau lebih dikenali sebagai Tareh akan membawa bersamanya mesej kesihatan MIMPA “Bike to Work, Bike to Play, Bike for a Healthy Day” di dalam 16,000 km perjalanan berbasikal solo beliau dari Malaysia ke Turki.

2013-12-11 07.44.53Faizal Tarihhudin dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1978. Selepas memperolehi ijazah beliau meneruskan kerjaya dalam bidang IT. Masa lapang beliau diisi dengan aktiviti lasak seperti muaythai, surfing, rock climbing, skydiving, skateboarding dan mountain biking. Faizal mulai ceburi bidang berbasikal secara kembara setelah mengalami kecederaan dada semasa pertandingan mountain biking sebagai langkah untuk kekal cergas dan sihat sepanjang tempoh beliau kembali pulih. Faizal telah mengembara menggunakan basikal di sekitar Malaysia, Singapura dan Thailand. Minat beliau yang sangat mendalam untuk melancong menggunakan basikal telah menyebabkan beliau tekad untuk menerukan aktiviti tersebut sepenuh masa. Antara aktiviti kembara ber basikal yang dilaksanakan oleh beliau adalah seperti berikut:-

(i) Kembara berbasikal 700 km  secara solo daripada Kuala Lumpur ke Krabi, Thailand.

(ii) Kembara berbasikal 30 hari (2291km) secara solo sekitar Semenanjung Malaysia sehingga ke Istanbul.

2013-12-20 13.21.19Impian Faizal adalah menggembara ke Africa dan ke Brazil dengan berbasikal ke Sierra Leone dan menggunakan bot di Freetown melalui Atlantik sehingga Rio dee Janeiro, Brazil. Faizal suka mengembara menggunakan basikal kerana berbasikal dapat memberi ketenangan kepada beliau dari kehidupan bandar yang sentiasa sibuk.

Tema “BIKE TO WORK, BIKE TO PLAY, BIKE FOR A HEALTHY DAY”, aktiviti berbasikal ini patut dipromosikan sebagai salah satu alternatif bagi aktiviti riadah utama di Malaysia. Berbasikal merupakan aktiviti yang mudah serta tidak memerlukan belanja yang tinggi. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada pelbagai aktiviti yang MIMPA laksanakan sejak ditubuhkan secara rasmi pada bulan September 2013. Pelancaran rasmi aktiviti ini akan diadakan pada 22 Disember 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box