Mengapa Perlu Memberus Lidah?- Dr Marini Ismail

Kebiasaannya kita sering kali menekankan kepentingan memberus  dan memflos gigi. Jarang sekali kita mengambil maklum bahawa pemberusan lidah juga adalah sama penting bagi mencegah mulut berbau busuk, plak gigi dana masalah gusi.

Permukaan lidah mempunyai struktur yang unik di mana bakteria yang sangat kecil ini boleh berkumpul dan tidak boleh dibersihkan dengan sekadar berkumur dengan air atau ubat kumur sahaja.

Biasakanlah diri anda untuk memberus lidah setiap kali anda memberus gigi. Kekerapan anda memberus lidah adalah sekurang-kurangnya dua kali sehari sama seperti kekerapan anda memberus gigi.

 

Anda boleh memberus lidah dengan menggunakan berus gigi atau tongue scraper bergantung pada keselesaan anda menggunakannya. Gerakkan berus atau tongue scraperatas permukaan lidah dari belakang ke hadapan. Lakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan anda rasa hendak termuntah (gagging).

Memberus lidah bukan sahaja mampu mencegah mulut berbau busuk dan menambah baik kesihatan mulut anda, malah ia mampu untuk meningkatkan kepekaan deria rasa anda. Hal ini boleh membuatkan anda dapat menikmati rasa makanan dengan baik.

Apa yang anda perlu lakukan jika mulut masih lagi berbau busuk selepas melakukan rutin pemberusan lidah?

 

Sebenarnya mulut berbau busuk boleh juga disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti mulut terlalu kering, merokok, penyakit gusi dan juga diet pemakanan. Masalah gusi berdarah seperti gingivitis atau penyakit diabetes boleh menyumbang kepada masalah mulut berbau. Buatlah pemeriksaan gigi dan dapatkan nasihat daripada doktor pergigian di mana-mana klinik pergigian berdaftar.

Artikel ini ditulis oleh Dr Marini Ismail. Beliau seorang pegawai pergigian yang bertugas di Shah Alam.

 

Rujukan:

  1. Gilmore EL, Bhaskar SN Effect of tongue brushing on bacteria and plaque formed in vitro. J Periodontol 1972;43:418–22

(https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1902/jop.1972.43.7.418)

  1. mouthpower.org/best-tongue-scrapers-for-fresher-breath/

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box