Patah Tulang Selangka – Dr Ahmad Mahyuddin

Sumber: mednhealth.com

Sumber: mednhealth.com

Tulang ‘clavicle’ atau disebut juga sebagai tulang selangka dalam Bahasa Malaysia adalah antara tulang yang paling kerap patah apabila berlaku kemalangan jalanraya. Ini adalah disebabkan kedudukannnya yang begitu menonjol dan dekat di permukaan (‘superficial’).

Tulang clavicle ini mempunyai 2 fungsi penting. Pertama, ia merupakan tempat lekatan (muscle attachment) bagi otot-otot dari bahagian leher manusia. Kedua, ia berperanan sebagai fulkrum dalam pergerakan bahu ketika kita mendepangkan tangan kita.

Rawatan

Pada kebiasaannya, tulang ‘clavicle’ yang patah akan dirawat secara konservatif, dimana pesakit akan dipakaikan dengan anduh (‘armsling’ atau ‘collar-and-cuff’) selama lebih kurang 3 minggu atau sehingga rasa sakit berkurangan. Pesakit kemudiannya akan dinasihatkan supaya melakukan fisioterapi bagi menggerakkan sendi bahu dengan cara melakukan gerakan pendulum (‘pendular exercise’) bagi mengelakkan sendi bahu menjadi ketat. Tiada pembedahan diperlukan.

Kepatahan ini kebiasaannya akan mula sembuh dalam masa 4 hingga 6 minggu dan tulang baru akan mula terbentuk. Kepatahan akan sembuh sepenuhnya dalm tempoh 3 hingga 4 bulan. Ia akan mengambil masa lebih lama sekiranya pesakit merokok atau mempunyai kurang nutrisi.

Bila pembedahan perlu dilakukan?

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan pembedahan dilakukan. Pembedahan dilakukan bagi membetulkan kepatahan. Keadaan ini termasuk:

  1. Hujung tulang patah yang tajam dan menonjol menekan kulit sehingga boleh menyebabkan luka (open fracture) dan kesakitan kepada pesakit
  2. Terdapat masalah tekanan bahagian yang patah terhadap salur darah dan saraf (neurovascular involvement) atau paru-paru.
  3. Terdapat luka yang berhubungan dengan kepatahan tersebut pada masa kecederaan berlaku (Open fracture)
  4. Berlaku kepatahan serentak pada tulang scapular (tulang lembusir) dan clavicle, keadaan yang dikenali sebagai ‘floating shoulder’
  5. Kegagalan kepatahan asal untuk bercantum (Non-union)
  6. Bahagian hujung tulang yang patah berada jauh antara satu sama lain (lebih 1cm) yang menyebabkan kebarangkalian tulang untuk tidak bercantum adalah tinggi.

Sekiranya pembedahan perlu dilakukan, pihak doktor akan berbincang secara lebih terperinci mengenai prosedur serta komplikasi pembedahan. Semasa pembedahan, pesakit akan diberi ubat bius sepenuhnya.

Bahagian tulang clavicle yang patah akan dibuka dan kepatahan akan dibetulkan kembali kedudukannya. Plat besi atau wayar akan dimasukkan bagi memegang kepatahan tersebut di tempat yang betul sehingga tulang baru terbentuk. Tempoh masa proses penyembuhan adalah sama seperti cara konservatif.

Komplikasi

2 komplikasi utama yang paling kerap berlaku ialah kepatahan tulang clavicle ini gagal bercantum (non-union) dan juga ia bercantum secara tidak betul (malunion). Kegagalan tulang ini untuk bercantum adalah antara indikasi bagi pembedahan dilakukan. Namun begitu, pembedahan sendiri mempunyai komplikasi iaitu risiko jangkitan kuman serta kecederaan kepada struktur yang berdekatan seperti saraf dan salur darah.

Kesimpulan

Perbincangan antara doktor dan pesakit adalah amat perlu bagi membuat pilihan rawatan yang terbaik. Kedua-dua pihak perlu mempertimbangkan kebaikan serta risiko rawatan konservatif dan pembedahan bagi setiap pesakit secara ekslusif.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

Rujukan

  • Postgraduate Orthopaedic, Paul A. Banaszkiewicz, page 406-8
  • Review of Orthopaedics, Mark D. Miller, page 575

11 comments for “Patah Tulang Selangka – Dr Ahmad Mahyuddin

  1. Shafie
    June 29, 2014 at 8:59 am

    Salam… Saya mengalami patah tulang selangka akibat kemalangan baru-baru ini. Ingin bertanya berapa kos pembedahan memasukkan plat besi?

  2. July 8, 2014 at 6:51 am

    Waalaikussalam Shafie,

    Kos utk memasukkan plat besi bagi Kepatahan tulang selangka ini bergantung kepada beberapa perkara.

    1. Di hospital awam, sekiranya plat biasa digunakan (stainless steel reconstruction plate) tiada bayaran akan dikenakan bagi besi ini sekiranya anda pelajar sekolah, kakitangan awam,pesara kerajaan atau tiada insuran. Sekiranya kepatahan tersebut memerlukan penggunaan plat special seperti titanium locking plate, pesakit mungkin perlu membayar harga plat tersebut (kerana ia perlu dibeli dari syarikat swasta). Harga plat ini bergantung kpd syarikat serta jenis plat, ia adalah antara RM1200-RM2000. Bagi kos pembedahan di hospital kerajaan, perlu ditanya kepada unit hasil secara spesifik. Namun secara amnya, wad kelas 3 harga charge RM3 sehari, pembedahan pula antara RM50-200 bergantung kpd jenis pembedahan.

    2. Di hospital swasta, kos ini boleh mencecah 3 atau 4 kali ganda begantung kpd hospital mana yg encik pergi. Namun, ia dengan mudah boleh mencecah RM4000 ke atas.

    Terima kasih.

  3. Mohd Sanusi Bin Daud
    November 25, 2014 at 8:41 am

    Assalamualaikum doktor..
    Sudah 4 minggu tulang selangka saya patah dan setelah xray kali kedua menunjukkan tiada perubahan pada tulang saya. Adakah ada kemungkinan pembedahan akan dijalankan utk membaiki tulang sya itu..?

    • December 3, 2014 at 3:58 pm

      Waalaikumussalam Encik Sanusi,

      Tulang selangka yang patah mengambil masa 3-4 bulan untuk bercantum sepenuhnya. Tulang baru akan mula terbentuk dalam tempoh 6-8 minggu, namun bergantung kepada kedudukan tulang dan juga sama ada encik menghidap masalah kencing manis atau seorang perokok. Merokok melambatkan proses pembaikan tulang. Adakalanya kepatahan tidak bercantum, Tulang yang tidak bercantum setelah 3-4 bulan boleh dibedah sekiranya difikirkan perlu oleh pakar dan setelah berbicang dengan encik. Terima kasih.

  4. Mohd Zamri
    December 22, 2014 at 7:58 pm

    Assalamualaikum Dr.
    Saya telah terlibat dalam kemalangan pada Mei 2013 dan patah tulang selangka kiri. Setelah beberapa bulan dan membuat xray, doc dapati tulang tidak bercantum sehingga kini. Doc pula mengatakan tak boleh bersambung lagi. Saya dah menjalani beberapa sesi fisioterapi.
    Apa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya tulang kiri patah untuk jangka masa yang lama. Kadang-kadang saya kurang selesa bila tidur (mengiring ke kanan). Boleh tak saya membuat pembedahan sekiranya tulang selangka tidak bercantum untuk jangka masa yang lama.

    Terima kasih.

    • April 1, 2015 at 11:09 pm

      Waalaikumussalam Encik Zamri,

      Maaf kerana lambat membalas persoalan ini. Pada pandangan saya, encik mungkin perlu memikirkan kemungkinan melakukan pembedahan bagi menyelesaikan masalah ini. Harap encik dapat ke hospital bagi berbincang dengan pakar ortopedik berdekatan, Terima kasih

  5. Saadiah
    December 27, 2014 at 7:11 pm

    Assalamualaikum Dr,

    Anak saya baru mengalami kemalangan dua, tiga hari lepas dan patah tulang selangka. Di mana tulang selangka yang patah betul betul dihujung baru. Setelah dirujuk kepada pakar orthopedic, anak saya tidak perlu menjalani pembedahan, akan tetapi telah menyebabkan bahu menjadi lebam akibat tulang tersebut. Anak saya berumur 10 tahun. Berapakah tempoh untuk tulang tersebut bersambung dan risiko kawasan yang lebam.

    Terima kasih

    • April 1, 2015 at 11:07 pm

      Waalaikumussalam Puan Saadiah,

      Maaf kerana lambat membalas persoalan ini. Tulang baru akan mula tumbuh dalam tempoh 1-2minggu pertama secara fisiologinya, prosesnya bermula sejak dari kepatahan berlaku. Bagi kanak2 dalam usia 10 tahun, kebiasaannya kepatahan akan sembuh dalam masa lebih kurang 6 minggu.

  6. Muhamad zainoorahim
    December 31, 2014 at 9:16 pm

    Assalamualaikum doktor. Saya telah terlibat dalam kemalangan motorsikal dan tulang selangka kiri telah patah. Adakah normal tulang baru tumbuh dalam jangkamasa 6minggu? Ini kerana tulang baru saya telah tumbuh kurang dari 5hari. Sekarang saya dah boleh mengangkat beban sederhana berat menggunakan tangan kiri yang mana telah mengalami patah tulang selangka. Saya ingin mendapatkan pandangan doktor.. Adakah timbul kesan tak baik untuk jangkamasa panjang setelah tulang selangka kembali bercantum? Maksud bercantum disini, bercantum kembali kepada keadaan sebelum patah atau bercantum dengan tulang baru tumbuh menghubungkan antara tulang yang patah. Terima kasih doktor.

    • April 1, 2015 at 11:03 pm

      Waalaikumussalam ENcik Zainorahim,

      Maaf kerana lambat membalas persoalan ini. Saya percaya kepatahan encik telah sembuh sepenuhnya. Tulang baru sememangnya akan tumbuh dalam tempoh 1-2minggu pertama secara fisiologinya, prosesnya bermula sejak dari kepatahan berlaku. namun ia hanya akan dapat dilihat dalam xray dalam tempoh lebih kurang 6 minggu.

      Apa yang berlaku setelah tulang bercantum bergantung kepada bagaimana kepatahan itu sembuh dan juga sekiranya terdapat tulang atau otot lain yang tercedera sama. Sekiranya ia bercantum dengan sempurna tanpa sebarang masalah lain, insyaALlah tiada kesan tak baik akan berlaku.

  7. farizi
    April 4, 2015 at 8:48 am

    Assalammualaikum,

    Boleh saya tahu, sejak bila penggunaan plate titanium bermula di Malaysia? dan difahamkan ia tidak terjejas utk penggunaan MRI dimasa hadapan sekiranya perlu, dan ia tidak berkarat.

    Apakah stainless steel reconstruction plate itu aluminium, atau bgaimana? adakah ia berkarat dan terjejaskah sekiranya perlu utk melakukan MRI.kerana dahulunya sy pernah dipahamkan MIR tidak boleh digunakn sekiranye seseorang itu ada besi didlm anggotanya. besi bagaimana yg dimaksudkn.

    Mohon bantuan Doc utk menjelaskn serba sedikit sejarah sejak bila penggunaan plate di malaysia, yg dulunya tidak boleh digunakn (MRI) sekiranya ada besi, dan sekarang boleh digunakn sekiranya ia titanium, apakh stainless steel itu tidak boleh utk MRi.

    Dgn harapan sy perolehi jawapan 😉

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box