Apa Yang Anda Tahu Tentang Perubatan Tradisional dan Komplementari? – Fiona Benjamin

SONY DSCPada kurun ke-19, perubatan moden diamalkan sebagai perubatan aliran utama di Malaysia dan rawatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) turut berkembang di sampingnya. Sebuah kajian tempatan menunjukkan sebaran luas pada kadar lebih 70% rakyat Malaysia telah menggunakan PT&K dalam hidup mereka tanpa mengira umur, etnik, dan status ekonomi. Meskipun sejumlah besar rawatan kesihatan ini tidak mempunyai pengesahan saintifik, tanggapan manfaat PT&K masih digalakkan. Hal ini mendorong Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah proaktif bagi memupuk PT&K dengan memastikan kualiti dan keselamatan produk dan amalan tempatan.

Berdasarkan Polisi Kebangsaan Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (2007), PT&K bermaksud sejenis amalan berkaitan kesihatan yang direka untuk mencegah atau memelihara kesejahteraan mental dan fizikal individu menggunakan terapi alternatif dan pelengkap. Ini tidak termasuk amalan perubatan atau pergigian yang digunakan oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar.

Bahagian PT&K juga telah menjalankan pelbagai aktiviti promosi, penguatkuasaan, serta telah menerbitkan panduan sejak tahun 2007. Di Malaysia, PT&K diklasifikan kepada Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India, Homeopati, Perubatan Komplementari, dan Amalan Perubatan Islamik, yang berdasarkan teori, kepercayaan, dan pengalaman dari pelbagai budaya dan diturunkan dari generasi ke generasi. Contoh amalan PT&K yang diketahui umum di negara kita ialah akupunktur, urut Melayu, Ayurveda, dan rawatan herba.

Tidak boleh disangkal bahawa perubatan Barat mempunyai sumbangan yang besar dalam merawat jangkitan, kecederaan trauma, keadaan yang memerlukan pembedahan dan penyakit-penyakit lain seperti barah. Tetapi pada tahun-tahun terdekat, keberkesanan PT&K telah mengambil konsep berunsur pemulihan dan kesejahteraan. Kadangkala pesakit mungkin mengambil maklumat dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai, mendedahkan diri mereka kepada risiko yang tidak diperlukan. Mereka ingin diberi harapan, meningkatkan pertahanan badan, mengurangkan penggunaan rawatan toksik, atau meringankan kesan sampingan rawatan. Kadangkala maklumat-maklumat sebegini tidak benar dan boleh menjadi bahaya. Hanya kerana sesuatu itu semulajadi atau holistik tidak semestinya selamat untuk kesihatan atau kesejahteraan diri.

Rawatan komplementari dan alternatif kini semakin popular dan permintaan awam untuk maklumat dan rawatan meningkat dengan cepat. Mendidik konsumer adalah cara terbaik bagi memastikan keselamatan awam. Oleh demikian, penting bagi semua pengamal perubatan untuk mempunyai pengetahuan baik tentang aspek-aspek utama PT&K dan peka kepada pesakit yang mungkin ingin mengambil rawatan alternatif disamping ubat-ubat preskripsi.

Fiona Benjamin ialah seorang ahli farmasi yang bertugas di Melaka. Rencana ini diterjemahkan dari yang asal di https://www.mmgazette.com/what-do-you-know-about-traditional-complementary-medicine-fiona-benjamin/ oleh Nur Nadhirah.

Rujukan:

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box