Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tuberkulosis – Dr. Nur Hidayati

Source: www.bccdc.ca

Source: www.bccdc.ca

Apakah itu TB (Tuberkulosis)?

TB (Tuberkulosis) ataupun batuk kering adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, tetapi kadang-kala ia juga boleh menyerang bahagian otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia.

Bagaimanakah TB tersebar?

Anda boleh dijangkiti penyakit TB melalui titisan air di udara (‘airborne droplets) yang dicemari kuman TB. Pesakit TB boleh menyebarkan kuman TB melalui titisan air di udara apabila mereka batuk atau bersin. Kemungkinan anda dijangkiti penyakit TB bergantung kepada tahap daya ketahanan tubuh  masing-masing. Jika anda mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah, anda  berkemungkinan lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit TB.

Golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jankitan TB termasuklah:

  1. Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua;
  2. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser;
  3. Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ, pesakit Systematic Lupus Erythemotosus SLE/rheumatoid, Crohn’s, Ulcerative Colitis, psoriasis dan sebagainya;
  4. Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.

Malaysia adalah antara negara yang mengambil serius tentang ancaman penyakit TB ini. Pada zaman sebelum merdeka, penyakit TB adalah pembunuh nombor satu negara kita.  Dengan adanya program vaksinasi yang berkesan dan juga program pengesanan awal dan rawatan TB yang berkesan, kita berjaya mengurangkan kes jangkitan penyakit TB di Malaysia. Kini, penyakit TB berada di tangga yang ke-sembilan punca kematian di Malaysia.

Malangnya, terdapat peningkatan dalam kes-kes baru TB di Malaysia pada tahun-tahun kebelakangan ini. Antara faktor-faktor penyebab penyakit TB ini kian meningkat adalah disebabkan oleh kebanjiran pembawa penyakit TB di kalangan imigran atau pekerja-pekerja asing, yang kebanyakannya tidak menerima vaksinasi untuk TB di negara asal masing-masing dan datang dari negara yang mempunyai penghidap TB yang ramai. Selain daripada itu, peningkatan penyakit TB juga datang seiring dengan peningkatan kes penghidap HIV di negara kita.

Dalam masa yang sama, akibat kekurangan pengetahuan dan sikap sambil lewa dalam penjagaan kesihatan diri sendiri, ada sesetengah penghidap pesakit TB ini yang tidak menghabiskan rawatan TB yang telah diberikan kepada mereka. Ini menyebabkan penyakit TB mereka berulang dan bakteria TB di dalam tubuh mereka menjadi kebal terhadap rawatan TB yang sedia ada. Penularan penyakit TB jenis MDR-TB (penyakit TB yang kebal terhadap beberapa ubat) adalah antara sebab utama sesetengah pesakit TB sukar sembuh daripada penyakit ini walaupun selepas menerima  rawatan.

Oleh sebab itu, semua penghidap penyakit TB dinasihatkan untuk mendengar nasihat doktor dan mengambil rawatan TB sehingga habis tempoh rawatan yang telah ditetapkan. Mereka juga disarankan untuk berjumpa doktor selepas habis tempoh rawatan sekurang-kurangnya sepanjang tempoh setahun selepas habis rawatan. Ini adalah sebagai langkah pemantauan untuk mengesan pengaktifan penyakit TB di kalangan pesakit penghidap TB yang telah melengkapkan rawatan TB.

Source: www.theguardian.com

Source: www.theguardian.com

Apakah kesan TB pada diri penghidap?

Apabila bakteria TB menjangkiti seseorang, ia boleh merosakkan struktur tisu paru-paru sehingga ia menjadi keras (mengalami ‘fibrosis), pembentukan nanah di dalam paru-paru (dalam bentuk abses paru-paru atau ‘empyema) dan paru-paru berair (‘pleural effusion). Jika tidak dirawat, kerosakan ini akan menjadi kekal dan melarat sehingga menyebabkan paru-paru  berlubang (‘cavitating lesions’) atau ‘bronchiectatic’. Apabila sampai ke tahap kerosakan yang kekal, pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Kadang-kala walaupun rawatan telah dimulakan, kerosakan paru-paru itu tidak akan dapat dibaiki semula.

Oleh sebab itu, ia amatlah penting bagi kita untuk mengesan penyakit TB dari peringkat awal jangkitan. Jika penyakit TB dikesan dari peringkat awal, kebanyakan pesakit mempunyai reaksi yang baik kepada rawatan. Malah, selepas 2 minggu rawatan TB, kebanyakan mereka tidak lagi mampu menyebarkan kuman TB ini kepada individu lain.

Bagaimanakahuntuk saya tahu samada saya menghidap TB ataupun tidak?

Antara tanda-tanda jangkitan TB adalah:

  1. Batuk berpanjangan;
  2. Batuk berdarah;
  3. Sakit dada semasa bernafas;
  4. Kesukaran untuk bernafas;
  5. Demam berpanjangan;
  6. Kurang selera makan;
  7. Pengurangan berat badan yang mendadak; dan
  8. Berpeluh malam.

Untuk penyakit TB yang tidak melibatkan paru-paru, tanda-tanda jangkitan bergantung kepada lokasi jangkitan. Sebagai contohnya, jika ia melibatkan bahagian otak (radang otak disebabkan kuman TB atau ‘TB meningitis), penghidap boleh menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit kepala, muntah, kekeliruan mental ataupun sawan.

Sesiapa yang menghidap batuk yang berpanjangan lebih dari dua minggu, anda perlu diperiksa samada anda menghidap penyakit TB paru-paru ataupun tidak.

Bagaimanakah doktor mengesahkan penyakit TB paru-paru?

Bagi penyakit TB ‘pulmonari’ (yang melibatkan paru-paru), doktor dapat mengesan jangkitan TB dalam paru-paru dengan mengenalpasti bakteria TB dalam kahak pesakit. Ini dibuat dengan mencalitkan kahak pesakit pada slaid kaca (‘smear’) dan melihat slaid kaca ini di bawah mikroskop. Selain daripada itu, kahak pesakit juga boleh dicalit pada media kultur untuk membiakkan kuman bakteria TB. Kaedah ini amat berkesan dan spesifik untuk mengesan kuman TB. Dengan cara ini juga, kita boleh mengenalpasti jika kuman TB yang dihidapi sensitif atau tidak pada rawatan TB yang sedia ada.

Selain daripada itu, doktor juga boleh melakukan imbasan x-ray dada yang boleh mengesan perubahan paru-paru akibat TB. Pada x-ray pesakit TB, boleh ada tompokan putih, perubahan nodular atau pengerasan (‘fibrosis) pada paru-paru.

Ujian ‘Mantouxataupun tuberkulin pula adalah ujian yang boleh juga dilakukan untuk mengesan TB. Ianya dilakukan dengan  mencucuk sedikit protein tuberkulin di bawah kulit pesakit.  Kemudian, selepas tiga hari, reaksi yang didapati pada kulit akan diukur. Berdasarkan saiz reaksi ‘melepuh’ pada kulitpesakit, tindakbalas tersebut akan dikira sebagai ‘positif’ jika ada kesan melepuh lebih daripada 1cm pada kulit pesakit atau negatif  jika tiada reaksi langsung pada kulit pesakit. (Reaksi yang diperoleh bergantung kepada status daya ketahanan badan  pesakit).

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan untuk mengesan TB termasuklah ujian darah dan ujian molekular seperti ujian ‘Polymerase chain reaction (PCR). Untuk penyakit TB selain daripada TB di paru-paru, doktor boleh mengesan kuman TB dengan mengambil sampel bahagian organ yang terlibat seperti air tulang belakang, serta biopsi atau mengambil sedikit sampel daripada nodus limfa, bahagian tulang, sumsum, usus dan lain-lain.

Source: yourhealth.asiaone.com

Source: yourhealth.asiaone.com

Bagaimanakah saya dapat mengelak  daripada mendapat jangkitan TB?

Bagi mana-mana individu yang bertugas untuk merawat pesakit TB secara langsung, mereka dinasihatkan untuk memakai topeng N95 untuk melindungi  diri mereka daripada terdedah kepada kuman TB. Malangnya, kaedah ini tidak berapa diamalkan  oleh sesetengah orang setiap hari.

Vaksinasi BCG pada masa lahir adalah di antara cara untuk kita melindungi diri dan anak-anak kita daripada ancaman jangkitan TB yang memudaratkan seperti TB miliari (jangkitan TB di beberapa organ di dalam tubuh yang telah merebak melalui saluran darah dan nodus limfa badan) dan TB meningitis (jangkitan TB di dalam otak). Vaksin BCG berfungsi dengan merangsangkan sistem daya ketahanan badan kita untuk membina antibodi terhadap bakteria TB. 80% daripada populasi yang menerima BCG pada masa lahir akan mendapat perlindungan sekurang-kurangnya selama 15 tahun. Malangnya, ia tidak mampu melindungi diri kita seratus peratus daripada jangkitan TB kerana kesan daya ketahanan badan  yang dihasilkan berkurangan apabila kita dewasa.

Oleh sebab itu, ia amatlah penting bagi kita untuk mengesan kes penyakit TB dari peringkat awal dan merawat mereka yang telah dijangkiti dengan secepat mungkin untuk mengelakkan lebih ramai orang yang akan terdedah kepada kuman ini daripada mendapat jangkitan TB.

 

Dr Nur Hidayati merupakan seorang pegawai perubatan yang mempunyai minat mendalam mengenai penyakit berjangkit, kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan

  • Malaysian CPG Tuberculosis 2012
  • WHO – Malaysia Tuberculosis profile  2012 

7 comments for “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tuberkulosis – Dr. Nur Hidayati

  1. Yvonne
    February 21, 2014 at 9:50 am

    Hi Dr,

    Biasa sekiranya saya mula batuk, ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Masa untuk batuk saya sembuh yang paling pendek adalah selama 2 bulan. Ubat batuk tidak berapa berkesan terhadap saya. Dr suggest kalau batuk lebih daripada dua minggu perlu periksa kalau menghidapi TB atau tidak. Pada pendapat Dr, mana satu specialist yang patut saya pergi? Sebab tahun lepas saya pernah berjumpa dengen ENT specialist selepas batuk lebih daripada satu bulan dan ia menjadi teruk. Tetapi result tidak berapa berkesan. Batuk saya sembuh selepas berjumpa dengan doctor traditional medicine.

    • mmyramark@yahoo.com.my
      May 8, 2014 at 12:29 pm

      Hi Yvone. Saya lihat belum ada jawapan mengenai persoalan anda. Saya bkn lah sorang dokter.saya cuma jururawat tp saya ingin memberi sedikit pendapat.batuk melebihi 2 minggu biasa sangat terjadi pd individu tapi ia tak cukum mendiagnosa utk tb.kadang ia disebabkan alergi pada cuaca sejuk, debu atau jangkitan dari masyarakat sekitar yg biasa disebut community acquired pneumonia (CAP).batuk spr ini hanyalah 1 daripada banyak tanda2 tb.Tapi ada baiknya sis mendapatkan pemeriksaan terperinci.selain dari batuk bpanjangan, kahak berdarah,demam,penurunan berat badan,letih lesu,hilang selera mkn..itu smua merupakn tanda pnykt tb.
      Saya syorkan,sis dapatkan pemeriksaan di klinik2 atau hisptl kerajaan. Tak perlu dengan specialist.dgn pembantu perubatan atau doktor di jabatan pesakit luar saja pun sudah memadai.mereka akan melakukan ujian samada kahak, mantoux test, atau xray dada..

  2. chik
    September 18, 2014 at 11:43 am

    hi dr !

    Saya harini baru buat test mantoux.. ujian kahak saya Dr kata yg pertama tu -ve. tp yg lg dua masih pending.. uhian xray.paru2 saya ade sikit di sebelah atas.. disebab kn abg sye pernah menghidap menyakit tibi 3 tahun lepas.. jadi Dr , kata dia start bagi saya ubat mulai harini..
    Cuma saya nk tanya kalau smear -ve tu berjangkit tak? saya risau org sekeliling saya akn di jngkiti. Dan lagi satu saya selalu kalau penat saya akn sakit belakang bahagian atas dekat dgn area bahu.. kadang2 bila sakit tu buat kn saya sakit bila nk bernafas ..Nak tidur pun susah kadang2.. saya ada tanya Dr ..tapi dia kata itu kesan dr batuk sebab tu sakit.

    Bole Dr terangkan pada saya?
    terima kasih 🙂

  3. shaidatul mohd
    December 10, 2014 at 10:48 pm

    Salam..sy dh mula batuk hmpir sbln..batuk kuat dn kerap diwktu mlm berbanding di siang ari agk kurg..bila batuk dada agk sakit dn bahagian belakang bawah bahu turut sakit..sy dh mkn Ubat batuk dn antibiotik smpai abis tp x brhasil..sy penghidap diabetes..adakah itu tanda2 penyakit tb.

    • nur fadillah
      February 25, 2015 at 11:38 pm

      salam.saya da nk masuk sebulan lebih batuk.tiap mlm kekadang berpeluh..bila bernafas dada sakit n da dua kli msuk hospital sbb sesak nafas n doctor just bgy ubat btuk n ubt asthma pastu selera makn pun kurang n migraine tu kerap kli ada….mhon penjelasan 🙁

  4. nur
    July 30, 2015 at 8:23 pm

    Salam dr. Saya nak tanya. Adakah penyakit tibi ini boleh menyebabkan kematian?

  5. Jzai
    August 14, 2015 at 10:35 am

    Salam Dr.

    Saya nak tanya adakah jangkitan penyakit tibi menyebabkan penghidapnya tidak mampu bekerja lagi? dan adakah penyakit ini kekal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box