Tahniah Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Bkbv3gWCAAAHez0Kami di Malaysian Medical Gazette ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah atas kurniaan Peringkat Pertama, Anugerah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM  Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran “Datuk Seri” pada minggu lalu.

Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah telah banyak menyumbang jasa dalam usaha meningkatkan mutu dan taraf kesihatan Malaysia dengan memberi fokus kepada beberapa aspek penting seperti menangani wabak denggi, hospital mesra ibadah, strategi NBOS, kempen derma organ dan banyak lagi. Beliau yang juga aktif di laman sosial seperti Facebook dan Twitter amat berfikiran terbuka dan menyedari kepentingan penggunaan kemudahan sesuai dengan peredaran zaman untuk mendekati masyarakat. Bak kata beliau kepada kami satu ketika dahulu “Ilmu sahaja bukan lagi kekuatan. Kekuatan letaknya pada pemahaman ilmu tersebut”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box