Program Imunisasi di Malaysia – Lai Siew Shyuan

Immunization-10Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization).

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Penyakit berjangkit ini boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi dan mortaliti. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program imunisasi ini bagi mencegah penyakit-penyakit tersebut :

 

Penyakit yang dilindungi melalui Imunisasi yang boleh diperolehi di Klinik Kerajaan Malaysia

Penyakit Pelalian / Vaksin Cara Vaksin diberi Komplikasi Penyakit
Tibi BCG Di bawah kulit lengan Disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menjangkiti paru-paru, selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain. Penyakit tibi merebak melalui udara. Ia boleh menyebabkan batuk berterusan dan batuk berdarah.

 

Difteria (Batuk Ayam) Kombinasi Difteria-Pertussis-Tetanus-Haemophilus influenza type b-Polio (Dtap-IPV/Hib) DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun).

 

Disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang menjangkiti kerongkong menyebabkan sesak nafas dan kematian. Ia merebak melalui titisan air ketika batuk atau bersin. Tempoh inkubasi adalah antara dua hingga enam hari.
Tetanus (Kancing gigi) Kombinasi Difteria-Pertussis-Tetanus-Haemophilus influenza type b-Polio (Dtap-IPV/Hib) DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun).

 

Akibat jangkitan Clostridium tetani yang menyebabkan kekejangan otot terutama di leher dan di dagu.
Pertusis (Batuk Kokol) Kombinasi Difteria-Pertussis-Tetanus-Haemophilus influenza type b-Polio (Dtap-IPV/Hib) DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun).

 

Jangkitan menyebabkan batuk yang lama dan teruk. Ia merebak memalui titisan air ketika batuk atau bersin.
Polio Kombinasi Difteria-Pertussis-Tetanus-Haemophilus influenza type b-Polio (Dtap-IPV/Hib) DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun). Disebabkan oleh virus polio yang mengakibatkan kanak-kanak mengalami kelumpuhan kerana serangan virus di system urat saraf. Ia dipindahkan melalui sentuhan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapinya.
Haemophilus influenza type b Kombinasi Difteria-Pertussis-Tetanus-Haemophilus influenza type b-Polio (Dtap-IPV/Hib) DTap/ HiB/ IPV diberikan melalui suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau tangan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun).

 

Menyerupai demam selesema tetapi bakteria ini boleh merebak ke paru-paru (menyebabkan pneumonia) dan ke otak menyebabkan meningitis.
Hepatitis B Hepatitis B Melalui suntikan di otot peha Penyakit kronik yang menyebabkan kerosakan hati dan barah hati akibat jangkitan virus hepatitis B. Ia merebak melalui hubungan seks, kehamilan (ibu kepada anak), perkongsian alat seperti berkongsi jarum suntikan di kalangan penagih dadah, berkongsi pisau cukur, berkongsi jarum tatu, bertindik dan sebagainya.

 

Beguk (Mumps) Kombinasi Vaksin Measles-Mumps-Rubella(MMR) Melalui suntikan di otot paha Meyerupai demam selesema tetapi bakteria ini boleh merebak melalui udara ketika pesakit batuk. Ia menyebabkan bengkak pada kelenjar parotid (di bawah dan depan telinga). Tempoh inkubasi adalah antara 14 hingga 21 hari.

 

Campak (Measles) Kombinasi Vaksin Measles-Mumps-Rubella(MMR) Melalui suntikan di otot paha Jangkitan boleh menyebabkan demam dan ruam. Virus boleh merebak ke otak, paru-paru serta ke bahagian telinga dalam. Virus tersebar melalui udara ketika pesakit batuk atau bersin.

 

Rubella Kombinasi Vaksin Measles-Mumps-Rubella(MMR) Melalui suntikan di otot paha Jangkitan boleh menyebabkan demam dan ruam, penyakit lebih ringan dari measles. Jangkitan Rubella semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

 

Cervical cancer Vaksin HPV Melalui suntikan di otot paha/ lengan Dianggarkan 70% daripada kejadian kanser servik disebabkan oleh jangkitan HPV 16 dan HPV 18. Pelalian ini akan mencegah jangkitan dua jenis virus HPV ini dan seterusnya melindungi wanita daripada komplikasi teruk jangkitan iaitu kanser servik.

 

Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadual imunisasi yang terkini adalah seperti yang dilampirkan di bawah:

 

Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi Kanak-kanak semenjak Lahir hingga Umur 15 tahun

JADUAL IMUNISASI

Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini. Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan.

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan kerana ia telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“ANAK ANDA MEMERLUKAN YANG TERBAIK, LINDUNGINYA DENGAN IMUNISASI”

Lai Siew Shyuan adalah seorang pegawai farmasi yang bertugas di hospital kerajaan di Melaka.

Rujukan:

  • http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/garis_panduan/I/pdf/03_imunisasiKanak_BM.pdf
  • http://www.myhealth.gov.my/

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box