Pencapaian Tindakan Bersepadu “Ops Mega” Denggi – KKM

logo-KKMPENCAPAIAN TINDAKAN BERSEPADU “OPS MEGA” DALAM MENANGANI PENINGKATAN KES DEMANI DENGGI DI MALAYSIA DAN PERASMIAN INISIATIF KAWALAN DENGGI DL LOKALITI HOTSPOT BERSAMA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Pada 2 Julai 2014 yang lalu, YAB Dato’s Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Denggi yang melibatkan  pelbagai kementerian. Pasukan Petugas Khas Denggi ini adalah diurusetiakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dianggotai oleh tujuh kementerian lain iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri serta semua Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada bulan Mei, sekali lagi kes denggi meningkat dengan ketara selepas peningkatan pertama yang berlaku pada bulan Januari dan Februari tahun ini. Peningkatan ini mencatatkan kes yang dilaporkan sehingga melebihi 3,000 kes seminggu pada awal bulan Julai. Dengan situasi tersebut, pada 14 Julai 2014 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan mengenai Denggi 2014 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah diaktifkan Jawatankuasa yang oliterajui oieh Kementerian Kesihatan.

Dalam mesyuarat tersebut satu Pelan Tindakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan mengenai Denggi bagi pencegahan dan kawalan denggi bersepadu telah di persetujui untuk dilaksanakan bermula 14 Julai 2014. Pelan tindakan atau operasi “Ops Mega” ini dilaksanakan di tiga buah negeri yang menyumbang kes denggi tertinggi iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk tempoh 2 bulan dan  telah pun berakhir pada 14 September 2014.

Pelan tindakan bersepadu  ini mempunyai Key performance indicator (KPI) yang di laksanakan dan dipantau oleh Kementerian dan agensi terlibat. Aspek utama pencegahan dan kawalan denggi yang diberi tumpuan adalah;

i.   Pengesanan dan notifikasi kes denggi dengan segera termasuk penggunaan Dengue Rapid Test Kit di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
ii.  Meningkat kualiti pengurusan kes denggi dengan perkhidmatan klinik Iuar waktu operasi (Extended hours) dan mengguna rekod pemantauan kes denggi (Home Based Card) di hospital, klinik swasta dan kerajaan.
iii. Aktiviti kawalan terhadap semua kes dan kawasan wabak denggi dilaksanakan dengan berkesan.
iv. Aktiviti pengurangan tempat pembiakan (source reduction) dilaksanakan secara menyeluruh.
v.  Pendidikan dan advokasi kesihatan dilaksanakan secara optimum.
vi. Mengaktifkan aktiviti COMBI.

Hasil dari pelaksanaan pelan tindakan ini telah menghasilkan satu impak yang positif. Ketiga-tiga negeri yang terlibat telah menunjukan tren penurunan bagi kes mingguan dan wabak yang dilaporkan seterusnya berjaya mengurangkan bilangan kes keseluruhan. Dalam tempoh 2 bulan, Negeri Sembilan telah berjaya menurunkan kes sebanyak 51%, Selangor berjaya menurunkan kes sebanyak 48% dan WP Kuala Lumpur sebanyak 36%.

Pada masa yang sama, Kelantan juga telah menunjukan peningkatan kes yang ketara dan menjadi salah satu penyumbang kejadian  kes denggi yang tinggi. Pada 17 Ogos 2014, pelaksanaan pelan tindakan bersepadu telah diperluaskan ke Kelantan dan diteruskan sehingga 30 September 2014. Selepas 4 minggu pelan tindakan bersepadu dilaksanakan, Kelantan juga telah menunjukkan tren penurunan kes mingguan dan berjaya menurunkan kes sebanyak 62%.

Di samping itu, “Ops Mega” turut memberi kesan kepada kawasan hotspots dan wabak. Bilangan hotspots di Lembah Klang telah berjaya dikurangkan dari 94 kawasan kepada 58 kawasan. Manakala sejak 5 minggu lalu, tiada kawasan hotspots dilaporkan di Seremban. Bagi meneruskan kesinambungan operasi “Ops Mega”, tindakan bersepadu oleh Pasukan Petugas khas Denggi Peringkat Kementerian yang dipengerusi oleh Ketua Pengarah Kesihatan bersama 6 Kementerian lain, akan di laksanakan di peringkat negeri dan diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Mesyuarat dan tindakan bersepadu dilakukan secara bersama terutama apabila berlaku wabak atau hotspots.

Kementerian Kesihatan juga telah mengatur satu lagi inisiatif dalam pencegahan dan kawalan denggi iaitu lnisiatif Kawalan Denggi Di Lokaliti Hotspot Bersama lnstitusi Pengajian Tinggi. Inisiatif ini adalah dengan kerjasama fakulti perubatan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dimana, setiap IPT diberikan satu lokaliti hotspot denggi untuk dilaksanakan intervensi pencegahan dan kawalan denggi. Sehingga kini terdapat 16 buah IPT Awam dan Swasta telah bersetuju mengambil bahagian. Pihak Kementerian Kesihatan mengucapkan tahniah kepada semua IPT yang terlibat ini dan kerjasama ini amat dihargai.

IPT yang terlibat telah merangka aktiviti pencegahan yang bersesuaian dengan innovasi masing-masing untuk dilaksanakan di lokaliti hotspot denggi. Diharapkan usaha bersama dan penglibatan masyarakat ini akan mengurangkan kes denggi di negara kita. Perasmian lnisiatif Kawalan Denggi Di Lokaliti Hotspot Bersama Institusi Pengajian Tinggi yang dilancarkan pada hari ini adalah untuk menghargai usaha IPT yang terlibat dan sebagai pemankin kepada masyarakat untuk terlibat dalam pencegahan denggi.

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Menteri Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box