Pengenalan Kepada Multiple Sclerosis– Dr. Tan Wee Yong

MS-Foot-Drop-How-to-Move-in-the-Right-Direction-main-722x406Apakah itu Multiple Sclerosis (MS)?

Multiple Sclerosis (MS) ialah sejenis penyakit yang disifatkan secara klinikal sebagai episod serangan terhadap saraf optik, saraf tunjang dan otak. Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh gangguan pada respon imun terhadap badan. Penampilannya mungkin berbeza pada individu berlainan. Akan tetapi, terdapat beberapa ciri-ciri tersendiri MS yang dijelaskan seperti berikut.

Apakah ciri-ciri tersebut?

Pesakit mungkin mengalami kelemahan, paraparesis (kelumpuhan separa pada anggota bawah), paresthesias (sensasi tidak normal, biasanya seperti dicucuk pin dan jarum), hilang penglihatan, diplopia (penglihatan berganda), terketar-ketar, terhuyung-hayang, atau hilang fungsi pundi kencing.

Mengapakah MS sukar didiagnos pada peringkat awal?

Simptom dan tanda-tanda mungkin menunjuk kepada satu lebam di peringkat awal. Setelah masa berlalu, penyakit ini mungkin berulang dan merebak ke seluruh sistem saraf. Mungkin juga berlaku tempoh pendaman (1-10 tahun). Doktor biasanya akan mendiagnos MS hanya jika terdapat sejarah bentan dan remit (simptom-simptom timbul dan hilang semula) serta bukti pada pemeriksaan klinikal.

Adakah MS didapati di Malaysia?

Ya. Walaupun MS merupakan penyakit saraf yang jarang didapati berbanding penyakit saraf lain, MS adalah penyakit saraf yang sering mengakibatkan kehilangan upaya di kalangan orang-orang muda. Penyakit ini biasanya memberi kesan kepada pesakit yang berumur 16-30 tahun. Kekerapan berlakunya MS pada wanita 2-3 kali lebih tinggi berbanding lelaki.

Adakah terdapat rawatan untuk MS?

Ya. Rawatan terkini kebanyakannya anti-radang dan imunosupresif. Oleh sebab SB ialah penyakit kronik, sokongan ahli terapi fizikal dan pekerjaan, jururawat lawatan dan pekerja sosial adalah sangat bernilai.

Dr. Tan Wee Yong (MD( UKM) CMIA MRCP (UK) MMed (Int. Med.) S’pore) seorang Pakar Klinikal Neurologi, Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur. Rencana ini diterjemahkan daripada rencana asal di http://www.mmgazette.com/introduction-to-multiple-sclerosis-dr-tan-wee-yong/ oleh Nur Nadhirah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box