Malaysian Medical Gazette (MMG): Laman Sesawang Komuniti Kita – Dr. Irwilla Hj Ibrahim

MMG_MIMPAMalaysian Medical Gazette (MMG) yang ditubuhkan di bawah naungan Persatuan Intergrasi Profesional Perubatan Malaysia (Malaysian Integrated Medical Professionals Association) (MIMPA), adalah laman web yang dicipta khas oleh pakar-pakar perubatan untuk  perkongsian pendapat mengenai isu-isu semasa kesihatan. Ia juga merupakan platform bagi golongan muda perubatan profesional untuk bersama melibatkan diri  dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan yang boleh membuka minda mereka ke arah perkembangan terkini dalam bidang perubatan.

MMG merangkumi pelbagai jurusan dalam bidang perubatan, maka dengan itu, masyarakat akan memperoleh manfaat daripada artikel yang dipaparkan. Antara paparan artikel MMG adalah penulisan saintifik, contoh daripada laporan kes kesihatan serta pendapat peribadi dan pandangan oleh pakar-pakar perubatan yang bertauliah.Yang menariknya mengenai artikel yang akan dipaparkan adalah penggayaan bahasanya  telah dipermudahkan agar lebih difahami dan senang diterima oleh  komuniti dan masyarakat sejagat .

Pasukan (MMG) yang  terdiri daripada  para doktor pakar, doktor gigi dan ahli farmasi akan bekerja sama bagi memastikan  orang ramai akan memperolehi keperincian ilmu perubatan yang tepat dan sahih. Masyarakat akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pakar-pakar perubatan melalui kemudahan teknologi informasi maklumat yang semakin popular pada masa kini.

Pada masa yang sama, pendedahan masyarakat   terhadap dunia teknologi  boleh menyumbang kepada   daya imaginasi yang tinggi serta luar biasa yang kadang-kala  akan mengelirukan. Contohnya penggiat pelampau Anti Vaksinasi dan mereka yang menggalakkan bersalin di rumah  yang disebarkan di  laman FB & Twitter akan menghantar mesej yang tidak tepat dan mungkin membahayakan masyarakat.

Namun, sebahagian besar dunia perubatan masih tidak bersedia untuk menerima dan memanfaatkan media sosial ke arah kebaikan dengan sepenuhnya. Segelintir mereka berpendapat bahawa tidak begitu serasi dalam dunia jalur lebar maka mengabaikan penggunaan informasi teknologi bagi membanteras penyebaran ilmu perubatan yang salah.

Dengan kesedaran terhadap permasalahan di atas  MMG  bermatlamat untuk menjadi titik perubahan dalam bidang kesihatan yang sahih dan boleh dipercayai.Ini akan dijadikan satu kenyataan melalui penyebaran maklumat melalui teknologi  yang  dikendalikan oleh sepasukan pakar perubatan yang berkelayakan.

Ia juga dijangka memberi peluang kepada pengamal perubatan untuk menulis serta berkongsi pandangan pengalaman serta hasil kajian melalui artikel yang akan dipaparkan. Dalam erti kata lain, MMG berwawasan untuk menjadi pusat maklumat  perubatan yang boleh diakses oleh seluruh masyarakat dengan menggunakan bahasa yang mudah, boleh difahami dan tidak terlalu teknikal .

MMG mengalu-alukan dan mengesyorkan agar semua pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan untuk menyumbang idea dan pandangan mereka dalam usaha perkongsian maklumat dan input kesihatan yang berharga. Laman web ini juga bertujuan membantu pengamal perubatan, jururawat, pensyarah , doktor gigi dan ahli farmasi untuk berkongsi maklumat perubatan dan kesihatan melalui hasil kajian sementara menunggu kelulusan penerbitan  hasil penulisan di jurnal laman web yang biasanya mengambil masa yang lama dan akhirnya penemuan maklumat perubatan yang terbaru tidak akan dapat disampaikan kepada masyarakat pada masa yang sepatutnya.

Sejak pelancaran MMG pada 19 September 2013, laman web ini telah dikunjungi oleh 3,212 orang pelawat dalam tempoh kurang daripada 72 jam. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah sangat terbuka dan menerima usaha dan inisiatif MMG.

9 comments for “Malaysian Medical Gazette (MMG): Laman Sesawang Komuniti Kita – Dr. Irwilla Hj Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box