Bengkak Kelenjar Leher; Perlukah Saya Risau? – Dr Ahmad Nordin

Berapa ramaikah di kalangan kita yang pernah mengalami bengkak di bahagian leher?

Sekurangnya sekali seumur hidup, kita akan mengalami bonjolan kecil di bahagian leher apabila kita mengalami sakit tekak atau gejala yang seumpamanya. Kanak-kanak kebiasaannya akan lebih kerap mengalami simptom ini tetapi bonjolan tersebut adalah lebih kecil di bahagian leher dan tengkuk.

Apakah yang menyebabkan bengkak ini?

Badan kita mempunyai sistem pertahanan yang terdiri daripada sistem limfatik. Kelenjar limfa atau nodus limfa (lymph node) adalah sebahagian daripada sistem ini. Semasa jangkitan, kanser atau penyakit seumpamanya- nodus limfa akan bertambah besar dan dapat dirasai di bawah kulit. Umumnya, kita menggunakan istilah limfadenopati (lymphadenopathy) untuk kejadian ini.

Kita juga mempunyai nodus limfa di bahagian aksila (ketiak), inguinal (celah paha) & abdomen. Beberapa contoh situasi yang dipaparkan adalah untuk menggambarkan kepelbagaian rangkaian penyakit yang boleh menyebabkan limfadenopati.

Pesakit 1

Seorang budak lelaki berumur 5 tahun mengalami  sakit dan bengkak di bahagian leher dan boleh dirasai di bawah kulit selepas mengalami demam dan sakit tekak selepas beberapa hari. Pemeriksaan fizikal menunjukkan bahawa kedua belah tonsil bengkak dengan beberapa tompok putih dan nodus limfa bengkak sebesar 1 sm di kedua belah leher. Diagnosis ialah jangkitan tonsil bersama jangkitan nodus limfa- ini dikenali sebagai limfadenitis (lymphadenitis).

Kanak-kanak lebih kerap mengalami limfadenitis. Kadang kala ia muncul di bahagian leher dan tengkuk, biasanya berukuran kurang daripada 1 sm. Keutamaan adalah untuk mencari punca jangkitan di bahagian kepala dan leher- terutamanya mulut, gigi, tekak dan kulit rambut. Virus dan bakteria adalah punca kejadian ini. Rawatan dengan antibiotik biasanya disyorkan sekiranya pesakit mengalami gejala jangkitan dan sekiranya nodus limfa itu bersaiz besar ( >1 sm).

Tuberkulosis (tuberculosis, TB) nodus limfa (dikenali sebagai tuberculous lymphadenitis) adalah agak berleluasa di rantau ini dan merangkumi semua peringkat umur. Aspirasi atau sedutan menggunakan jarum halus (Fine needle aspiration cytology, FNAC) adalah teknik menggunakan jarum kecil yang dicucuk ke dalam bengkak tersebut dan seterusnya sel yang disedut akan diletak di atas slaid kaca, diproses dan dikaji menggunakan mikroskop oleh Pakar Patologi. Dalam kebanyakan kes, diagnosis boleh dikesan dengan kaedah ini dalam 94% keseluruhan kes. Jarang kali, bengkak nodus limfa TB ini akan pecah dan nanah akan mengalir keluar.

Pesakit 2

Seorang budak lelaki 10 tahun mengalami bengkak yang semakin membesar di kedua belah leher selama 1 bulan dengan demam yang berulang (Imej 1 & 2) Dia tidak mengalami gejala di bahagian mulut atau tekak. Ujian untk penyakit TB dijalankan tetapi kesemuanya negatif. Dia perlu menjalani pembedahan biopsi dengan kaedah bius am untuk pengesahan penyakit. Diagnosis mengikut keputusan biopsi ialah limfoma (lymphoma) iaitu barah sel darah  putih limfosit (lymphocyte).

Imej 1: Limfadenopati di leher kiri dengan kulit yang normal di bahagian bengkak Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 1: Limfadenopati di leher kiri dengan kulit yang normal di bahagian bengkak
Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 2: Bengkak di leher kanan pada pesakit yang sama. Perubahan kulit ini jarang berlaku pada pesakit limfoma. Jahitan di atas bengkak ialah dari pembedahan biopsy pada hari keenam pasca pembedahan. Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 2: Bengkak di leher kanan pada pesakit yang sama. Perubahan kulit ini jarang berlaku pada pesakit limfoma. Jahitan di atas bengkak ialah dari pembedahan biopsi pada hari keenam pasca pembedahan.
Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Kes seperti ini agak jarang berlaku. Bengkak pada nodus limfa yang tidak sakit dan semakin membesar perlu dirujuk awal untuk pemeriksaan lanjut.

Pesakit 3

Seorang lelaki berumur 50 tahun mengadu bengkak di leher selam 3 bulan. Beliau juga ingat pernah mengalami pendarahan hidung beberapa kali 6 bulan dahulu dan ada merasa bahawa telinga sebelah kiri semakin terasa tersumbat.

Imej 3: left neck massive cervical lymphadenopathy Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 3: Limfadenopati di leher sebelah kiri berukuran 9cm
Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Image 4: endoscopic view of the ear canal showing the ear drum (tympanic membrane) which is sucked inwards due to otitis media with effusion caused by the cancer. Source: Dr. Ahmad Nordin (with permission)

Imej 4: pandangan endoskopi salur telinga menunjukkan gegendang telinga yang kelihatan tersedut ke dalam kerana wujudnya lendir di bahagian telinga tengah (di belakang gegendang telinga) disebabkan oleh kanser..
Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 4: pandangan endoskopi hidung menunjukkan ketumbuhan berbentuk sebagai kobis bunga (cauliflower) di bahagian kiri nasofarinks pesakit (bahagian kanan gambar). Bahagian kanan nasofarinks pesakit normal Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Imej 4: pandangan endoskopi hidung menunjukkan ketumbuhan berbentuk sebagai kobis bunga (cauliflower) di bahagian kiri nasofarinks pesakit (bahagian kanan gambar). Bahagian kanan nasofarinks pesakit normal
Sumber: Dr. Ahmad Nordin

Pemeriksaan menunjukkan bahawa terdapat nodus limfa leher berukuran 9 cm (Imej 3). Telinga kiri beliau menunjukkan tedapat cecair di ruang telinga tengah, iaitu di sebalik gegendang telinga (otitis media with effusion) (Imej 4). Pemeriksaan endoskopi hidung menunjukkkan bahawa adanya ketumbuhan di nasofarinks (Imej 5). Malangnya, pesakit ini menhidapi kanser nasofarinks, yang pernah saya bincangkan dalam artikel saya sebelum ini.

NPC ialah salah satu penyebab limfadenopati di rantau ini. Kanser di bahagian kepala dan leher, dan juga di paru-paru, perut dan usus juga boleh menyebabkan bengkak di bahagian leher melalui sebaran sel kanser ke bahagian badan yang lain (metastasis).

Kesimpulannya dan untuk menjawab soalan di permulaan artikel ini tadi: Adakah saya perlu risau sekiranya mengalami bengkak kelenjar limfa?

Ada banyak sebab berlakunya limfadenopati. Adalah baik sekiranya anda berjumpa doktor jika terjadi limfadenopati, terutamanya jika saiz nodus limfa melebihi 1 sm. Kemungkinan besar ia adalah jangkitan yang akan sembuh tanpa memerlukan ubat. Tetapi ia bukan dijadikan alasan untuk tidak mendapat rawatan. Pakar ENT sepatutnya dirujuk sekiranya kes tersebut mempunyai simptom yang luar biasa.

*penggunaan gambar yang diambil untuk laman sesawang terlebih dahulu telah diberi kebenaran oleh pesakit dan/ atau penjaga dan kakitangan berkenaan

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan

  • Cervical lymphadenopathy – diagnosis by F.N.A.C., a study of 219 cases, A. B. Pandav, P. P. Patil, D. N.Lanjewar; Asian J Med Research   Jul-Sep 2012 Vol-1  Issue-3   79-83
  •  The Royal Children’s Hospital Melbourne, Cervical Lymphadenopathy Clinical Practice Guidelines; Accessed 28 October 2013

[Artikel ini kepunyaan The Malaysian Medical Gazette. Sebarang pencentakan semula (samada di atas talian atau di luar talian) tanpa keizinan bertulis daripada pihak The Malaysian Medical Gazette tidak dibenarkan.]

45 comments for “Bengkak Kelenjar Leher; Perlukah Saya Risau? – Dr Ahmad Nordin

  1. Laila
    December 2, 2013 at 1:01 pm

    Anak saya mengalami sakit tekak dan apabila berjumpa doctor, doctor mengesahkan dia mengalami bengkak tonsil. Dia tidak demam tetapi mengalami sakit kepala dan hidung berair.Doktor adajuga mencadangkan saya untuk membawa anak saya menemui pakat ENT.Disebabkan tonsil tersebut saiznya lebih dari satu 1 cm, doctor juga ada mencadangkan supaya melakukan pembedahan buang tonsil. Sekarang, saya belum lagi membawa anak saya berjumpa pakar ENT dan tengah berfikir cara terbaik untuk merawat anak saya.

  2. Dr Ahmad Nordin
    December 2, 2013 at 10:04 pm

    Sebaiknya Puan berjumpa dengan Pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut, kerana keputusan sama ada pembedahan tonsil perlu dijalankan bergantung kepada beberapa faktor. Kebiasaan utama pembedahan tonsil dijalankan ialah apabila sakit tekak berlaku dengan kerap, sehingga 4 ke 6 kali setahun. Ada kala kanak yang berdengkur sehingga terhenti pernafasan sementara semasa tidur dengan tonsil yang besar juga perlu dibedah.

    Anak Puan Laila mengalami hidung berair dan sakit kepala. Lendir dari hidung yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan sakit tekak dan tonsil yang bengkak. Saya berpendapat masalah hidung ini perlu dirawat dahulu, insyaallah sakit tekak anak anda beransur pulih dan boleh mengelakkan sebarang pembedahan.

    Diharap Puan boleh berjumpa Pakar ENT untuk analisis yang lengkap.

    • Lina
      January 26, 2014 at 6:39 pm

      Assalamualaikum doc. Saya confused sikit kat sini . Jadi saya nak minta pendapat dan nasihat doc mengenai masalah saya . Almost 3year saya sakit . Bawah sikit drpd kepala , atas sikit drpd leher . Makin lama , mkin ketara bengkaknya . Kadang2 kepala saya tak boleh letak atas bantal pun , tersentuh pun mmg sgt sakit . Mulanya saya ingat migrain biasa saja sbb doc sahkan saya mgrain dr umur 12tahun lagi . Saya jugak pena jatuh tangga 2kali kat sekolah. Sekarang saya dah brumur 16tahun . Dan kawasan bengkak tuu pun sampai sekarang rasa lagi sakitnya . Mcm2 artikel saya baca , tp semuanya menakutkn saya . Doc rasa apa perlu saya buat ? Saya bingung doc . Saya takut byangkan nasib saya setiap kali kepala saya jd berat , byk kali langkah sy hampir rebah, hidung n kahak saya berdarah , mata saya jadi pedih n berair bila tengok cahaya . Saya harap doc blh bantu saya .

      • Dr Ahmad Nordin
        January 26, 2014 at 9:37 pm

        Waalaikumussalam Lina,

        Saya kurang pasti sama ada ia penyakit yang sama atau ia kesan dari kesan jatuh tangga yang dahulu. Bengkak di leher ada banyak sebabnya, tetapi saya kurang pasti kecuali dapat melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengetahui jenis & lokasi sebenarnya bengkak tersebut.

        Saya rasa anda perlu berjumpa doktor ENT untuk pemeriksaan bengka tersebut & pemeriksaan endoskopi untuk hidung & kahak berdarah. Seterusnya, jika dirasai perlu oleh dkctor tersebut, anda perlu menjalani imbasan CT atau MRI bahagian otak & leher untuk memastikan tiada penyakit lain yang tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal & endoskopi.

  3. Sera
    December 6, 2013 at 2:34 am

    Assalamualaikum,

    Saya pernah dibedah dibahagian leher sebelah kiri yang disebabkan oleh ‘Swollen Lymph Node’ pada tahun 2011 Hospital Gleneagles. Hasil dari ujian makmal menunjukkan negatif iaitu bukan kanser ia hanya ketulan/lebihan daging.
    Hari ini (05/12/2013) saya dapati leher saya sakit di mana ada bengkak pada lymph node tetapi berlainan tempat berdekatan dengan telinga kiri. Saya sudah ke klinik untuk dapatkan rawatan & diberi ubat tahan sakit (Ponstan-Pontalon 500mg), antibiotik (Auroxetil 250mg) & bengkak (Papase-Denzo 5mg).Saya tidak mengalami demam. Adakah saya perlu rujuk kembali kepada pihak hospital untuk pemeriksaan lanjut?

    • Dr Ahmad Nordin
      December 6, 2013 at 2:59 pm

      Waalaikumussalam,

      Saya kurang pasti apa sebenarnya keputusan makmal yang terdahulu, kerana ketulan / lebihan daging tidak begitu memberi gambaran yang tepat mengenai diagnosis yang sebenarnya. Alhamdulilah, ia bukan kanser.

      Kadangkala akan muncul nodus limfa pada bahagian yang lain. Ada juga nodus limfa yang bengkak tanpa sebarang demam. Pada kebiasaannya di klinik ENT- pemeriksaan lengkap telinga, hidung , tekak & leher akan dilakukan. Kelenjar di celah peha (groin) dan ketiak juga diperiksa. Sekiranya pemeriksaan organ-organ tersebut normal- rawatan antibiotik akan diberi sehingga 2 minggu.

      Ujian Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) juga akan dijalankan dalam kes di mana saiznya agak besar (~2cm). Jarum yang sama saiz untuk pengambilan darah (saiz 21G) akan dimasukkan ke dalam bengkak tersebut dan kandungan sedutan akan dihantar ke pakar patologi untuk pemeriksaan lanjut.

      Pembedahan mengeluarkan kelenjar limfa akan dilakukan sekiranya FNAC tidak muktamad atau saiz kelenjar bertambah selepas rawatan antibiotik.

      Diharap bengkak Sera akan surut selepas rawatan antibiotik.

      • Fahim
        January 13, 2014 at 8:37 am

        Assalamualaikum..
        Kepala anak sudara saya dipenuhi dengan biji2…3 tahun dah cuba macam2 ubat tapi xsembuh2 pun..tapi leher dia ada la bengkak2..ramai yang cakap kudis..tp knapa bengkak2 kat leher dia..sakit apa doktor?

        • Dr Ahmad Nordin
          January 13, 2014 at 2:17 pm

          Waalaikumussalam Fahim,

          Pada pendapat saya, ada jangkitan kronik di kepala anak saudara anda. Dia patut berjumpa dengan pakar kulit sekiranya tidak sembuh dengan rawatan biasa.

          Bengkak di leher ialah reaksi badan mengawal jangkitan dari merebak ke seluruh badan ia dengan pengaktifan / pembesaran kelenjar/ nodus limfa. Kelenjar limfa ini akan terus bengkak sekiranya jangkitan kulit kepala tidak terkawal. Perlu diingati jika semakin teruk, kelenjar limfa boleh menjadi sangat besar dan berkumpul menjadi nanah.

          • Fahim
            January 13, 2014 at 11:41 pm

            Terima kasih ya doktor

  4. mohd zaini
    December 8, 2013 at 1:11 pm

    Assalammualaikum,
    Dr,
    29.11.2013 anak saya dibedah utk dibuang ketumbuhan di dalam telinga sebelah kanan.30.11.2013 anak saya demam,sehingga la sekarang(8.12.13) ,demam hari ke 2, saya telah membawa anak berjumpa doktor di hospital pakar, menurut doktor suhu tinggi dan perlu masuk wad dan di ambik darah utk diperiksa.ujian darah menunjukkan darah anak saya kotor, bacaannya 19000.hari ke 2 di wad, saya perasan ada bengkak di bahagian leher sebelah kiri.x ray telah dilakukan, menurut doktor banyak kelenjar di bahagian leher.Menurut doktor yg merawat,oleh kerana bengkak di leher, yg menyebabkan demamnya tidak baik.Di sini saya ingin meminta pandangan dr doktor,
    1.apakah yang harus saya lakukan terhadap anak saya, doktor menyarankan melakukan pembedahan, jika tidak mahu akan diberi antibiotik.
    2.Adakah demam yg di alami, mempunyai kaitan dgn bengkak tersebut.
    3.Apakah kesannya jika tidak membuat rawatan yang secukupnya.

  5. Dr Ahmad Nordin
    December 10, 2013 at 10:04 pm

    Waalaikumussalam En Mohd Zaini,

    Saya kurang pasti akan jenis ketumbuhan yang dihidapi oleh anak Encik. Kemungkinan besar jangkitan berlaku pada waktu peri-operatif (sebelum, sewaktu atau selepas pembedahan) Sekiranya jangkitan telinga tidak terkawal, ia akan merebak ke dalam darah dan menyebabkan darah berkuman/ kotor (septicaemia) yang terbuti dgn kenaikan sel darah putih 19,000.
    Bengkak di leher ialah salah satu reaksi badan untuk menghalang jangkitan dari telinga merebak ke seluruh badan. Sel darah putih akan bertambah, dan juga saiz kelenjar limfa leher akan bertambah besar kerana sistem imun semakin aktif. Kadangkala bila nodus limfa leher bertambah besar- ia akan menjadi nanah dan perlu dibedah.

    1. Sekiranya ada pembentukan nanah pada bengkak tersebut, pembedahan dan diikuti oleh antibiotik adalah terbaik kerana anak Encik akan sembuh lebih cepat, berbanding dgn antibiotik sahaja.

    2. Demam berpunca dari jangkitan telinga, yang telah merebak ke leher & seluruh aliran darah pada setakat ini.

    3. Sekiranya jangkitan kuman di aliran darah tidak terkawal, ia akan menyebabkan kerosakan kepada organ lain seperti buah pinggang, hati, ketidakstabilan tekanan darah dan akhirnya boleh menyebabkan kematian jika kuman ialah jenis agresif.

    Diharap Encik berbincang semula dengan Pakar yang merawat anak Encik untuk rawatan yang terbaik. Diharap juga anak Encik akan sembuh secepat mungkin.

  6. Khairunnisa
    December 11, 2013 at 7:33 pm

    Assalamualaikum doctor. Saya berusia 25thn mengalami benjolan di leher sebelah kanan. Apabila menelan akan terlihat benjolan bergerak. Saya sudah melakukan ujian darah di klinik biasa. Ujian untuk ujikaji thyroid. ujian result T4 119.9nmol/l T3 1.38 T3 29% FTI 34.77 TSH 0.80. Ujian diadakan pada bln 10. Saya juga mengalami kitaran haid yg tidak teratur. Dalam sebulan 2kali. Persoalan saya adakah saya mengidapi thyroid? Adakah kitaran haid tidak teratur itu salah satu simptom thyroid?

  7. Dr Ahmad Nordin
    December 11, 2013 at 8:53 pm

    Waalaikumussalam,

    Mengenai keputusan ujian tiroid, kesemuanya agak normal kecuali FTI yang agak tinggi. Saya kurang pasti kerana unit tidak disertakan dan saya tidak dapat melihat keputusan & nilai normal yang dikeluarkan dari makmal.

    Kitaran haid tidak teratur perlu diperiksa oleh pakar sakit puan. Pemeriksaan rahim perlu dilakukan dan ujian hormon lengkap juga mungkin akan dilakukan. Masalah tiroid cuma satu antara banyak sebab kitaran haid tidak tetap.

    Ujian FNAC juga mungkin perlu dijalankan untuk mengetahui jenis bengkak di leher, kemungkinan besar kelenjar tiroid, tetapi bengkak dari sumber lain perlu dipastikan melalui ujian ini.

  8. Syuhada
    December 18, 2013 at 11:31 pm

    Assalamualaikum,Saya syuhada berumur 26 tahun,saya ingin bertanya , dalam tempoh beberapa harini saya terasa susah untuk makan kerana terasa sakit dibahagian tekak malah apabila menelan air liur juga terasa sakit, saya alami demam dan HARINI saya dapati di bahagian bawah leher saya sebelah kiri terasa sakit apabila ditekan ataupun bergerak. saya ada mencuba memasukkan jari kedalam tekak Dan saya dapati terasa satu ketul daging yg memuati ruang kerongkong saya. adakah sakit saya ini serious? terima kasih.

    • Dr Ahmad Nordin
      December 20, 2013 at 7:20 pm

      Waalaikumussalam Syuhada,

      Kemungkinan besar anda mengalami jangkitan di bahagian orfarinks / tekak dan kelenjar / nodus limfa di bawah leher sedang membengkak untuk mengawal jangkitan. Saya kurang pasti apa jenis bengkak di dalam tekak anda, ada kemungkinan ia adalah sebahagian dari organ limfoid (Waldeyer’s ring) di belakang lidah anda.

      Saya menyarankan agar anda berjumpa doktor biasa atau pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan antibiotik mungkin perlu memandangkan keaadaanya bertambah teruk dengan demam ketika ini. Ia boleh bertambah seius sekiranya rawatan tidak diberi dalam tempoh yang awal.

  9. Liza
    December 19, 2013 at 10:34 pm

    Salam Dr,
    Bln sept 2013 sy telah di diagnosed TB Kelenjar/TB Limphadenopathy di leher. Selepas pembedahan membuang bengkak sebesar 2cm itu sy telah diberi ubat TB dan hingga hari ini sy masih makan ubat yg diberi mengikut jadual. Tetapi sejak seminggu kebelakangan ini bekas pembedahan tersebut mula terasa sakit dan membengkak semula seperti sebelum pembedahan. Apakah sy perlu sy lakukan doctor? Mungkinkah bengkak itu perlu di bedah semula?

    • Dr Ahmad Nordin
      December 20, 2013 at 7:33 pm

      Wasalam Liza,

      Biasanya ada beberapa kemungkinan bengkak TB lymphadenopathy membesar kembali:
      1. jangkitan dari kuman TB yang kuat yang kebal kepada ubat TB regimen biasa (multidrug resistant TB)
      2. jangkitan semula / berulang dari sumber TB/ persekitaran TB
      3. tidak memakan ubat mengikut jadual- dalam kes ini tidak, dan saya mengucapkan syabas kerana anda masih memakan mengikut jadual ditetapkan.

      Saya menyarankan agar Liza berjumpa semula dengan doktor ENT/ Perubatan (Medical/ Infectious disease). Ada kemungkinan jangkitan TB kembali aktif. Ada juga kemungkinan pembentukan nanah di dalam bengkak tersebut.

      Pakar mungkin akan menyarankan beberapa cara untuk mengendalikan kes sebegini seperti pemberian ubat TB jenis lain atau pembedahan semula kelenjar untuk mengetahui jenis kuman TB dan sensitiviti kepada ubat TB yang terbaik melalui sampel kelenjar yang dibedah.

  10. suhaili
    December 20, 2013 at 11:16 am

    Assalamualaikum, saya berumur 28 tahun. Untuk makluman, saya ada bengkak di kiri,kanan leher saya dan tepi pipi kanan.Bila pergi klinik, doktor cakap itu adalah simptom demam.Menurut beliau tonsil saya juga bengkak.Untuk pengetahuan, saya tidak selsema & batuk (malah, hidung saya lebih kering daripada biasa).Kerisauan saya, pada hari ketiga, bengkaknya makin membesar.Doc ada bagi antibiotik, ubat selsema/gatal dan paracematol. Perlu ke saya tunggu bengkak ini surut atau pergi membuat pemeriksaan kali kedua.TQ

  11. haziqa
    December 20, 2013 at 2:15 pm

    Assalamualaikum , saya haziqa berumur 18tahun . Saya ingin bertanya , mengapa saya sering sakit didalam hidung bahagian kiri yang kemudian menyebabkan mata kiri saya juga sakit dan bahagian kiri kepala akan turut sakit . Adakah ini satu penyakit atau hanya perkara biasa . Terima kasih .

    • Dr Ahmad Nordin
      December 20, 2013 at 8:14 pm

      Waalaikumussalm Haziqa,

      Ada kemungkinan anda mengalami sinusitis- iaitu inflamasi sinus rongga hidung. Kemungkinan sinus di sebelah kiri (frontal, ethmoid & maxilary sinuses) yang terjejas mengakibatkan kesakitan di bahagian kepala, mata & hidung.

      Ada baiknya sekiranya anda berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi & rawatan ubatan, biasanya menggunakan ubat semburan hidung (nasal spray)

  12. Dr Ahmad Nordin
    December 20, 2013 at 8:08 pm

    Waalakumussalam Suhaili,

    Saya kurang pasti berapa lama wujudnya bengkak di leher & pipi anda. Bengkak di pipi ada kemungkinan dari nodus limfa \’buccal\’ atau kelenjar air liur parotid yang juga mengadungi nodus limfa di dalam kelenjar tersebut,

    Ada sestengah orang mempunyai nodus limfa yang saiz kecil atau sederhana dalam jangkitan atau inflamasi jangka panjang (kronik) dan hanya perlu diawasi saiznya dari menjadi terlalu besar.Ada sebahagian orang juga mempunyai tonsil yang besar tanpa mengalami sebarang masalah.

    Pemberian antibiotik atau pembedahan tonsil perlu sekiranya terdapat jangkitan berulangkali dalam beberapa tahun atau terdapat penyempitan salur pernafasan terutamanya ketika tidur akibat tonsil terlalu besar. Kebiasaannya pembesaran nodus limfa mengambil masa beberapa hari ke 1 minggu untuk surut saiz. Saya biasa memberi antibiotik selama 2 minggu untuk bengkak nodus limfa yang beasr.

    Saya menyarankan anda kembali ke doktor anda sekiranya bengkak semakin besar, tiada tanda beransur baik selepas 2 hari, demam semakin teruk atau kehadiran gejala lain yang luar biasa seperti sukar bernafas, muntah, dll.

  13. ridzuan
    December 23, 2013 at 10:57 am

    assalamualaikum dr…
    anak saya umur 3 tahun. mengalami bengkak kelenjar dan demam, kadang-kadang muntah, selera makan juga berkurangan. dan saya telah membawanya ke hospital dan klinik swasta dan dr mengesahkan bengkak kelenjar dan menyarankan saya untuk bagi antibiotik kepada anak saya.
    dr,
    adakah bengkak kelejar ini berisiko? untuk makluman juga. anak saya telah 5 hari demam, dan hari ketiga baru ada begkak kelenjar tu. terima kasih dr.

  14. Dr Ahmad Nordin
    December 23, 2013 at 5:41 pm

    Waalaikumussalam Ridzuan,

    Kanak-kanak agak biasa mengalami bengkak kelenjar di bahagian leher dan tengkuk kerana mereka biasa mengalami jangkitan di bahagian di kepala, mulut & tekak. Kebiasaannya bengkak itu kurang dari 1cm dan boleh kekal sehingga berbulan atau tahun pada saiz yang kecil ini. Ia mungkin membesar sedikit sekiranya mereka demam dan megalami jangkitan di salur respiratori bahagian atas (upper respiratory tract infection/ URTI)

    Jangkitan ini / URTI dan juga jangkitan lain seperti tonsilitis boleh menyebabkan bengkak nodus limfa leher beberapa hari seperti yang berlaku kepada anak anda- ini memang fenomena biasa selepas jangkitan. Ia agak berisiko sekiranya saiz nodus limfa menjadi semakin besar (>2cm) dan tidak surut gejala seperti demam, muntah, dll selepas rawatan antibiotik. Kadangkala nodus limfa boleh menjadi semakn besar & bertukar menjadi lembut akibat pembentukan nanah di dalm bengkak tersebut dan pembedahan perlu dijalankan untuk mengeluarkan nanah.

    Disarankan anak anda berjumpa doktor pakar ENT sekiranya situasi semakin teruk.

  15. Lin
    January 5, 2014 at 2:41 pm

    Assalamualaikum doktor,

    Saya Lin dan berumur 42 tahun. Baru baru ini, (kurang dari seminggu ini) saya mengalami pembengkakan di bahagian leher berhampiran dengan telinga kanan saya yang membuatkan saya susah hendak menoleh ke kiri kanan dan susah hendak tunduk dan mengangkat kepala. Seingat saya seminggu sebelum itu saya kerap bersin dan mata saya terasa amat gatal, saya sangka ini disebabkan saya allergik kepada seafood. Saya tidak mengalami demam, selesema, batuk dll.. saya sihat seperti biasa.. cuma pada hari ini saya rasa bengkak ini semakin sakit, malah kalau tersentuh sikit pun sudah terasa sakit. Untuk pengetahuan doktor, saya kurang minum air masak, adakah bengkak ini disebabkan panas dalamam? Adakah normal atau mungkin saya perlu mendapatkan rawatan?Terima kasih doktor.

  16. Dr Ahmad Nordin
    January 6, 2014 at 8:48 pm

    waalaikumussalam Lin,

    Saya kurang pasti samada episod alahan anda berkaitan dengan bengkak yang and alami sekarang. Kadangkala jika ada jangkitan di kulit atau muka, ia boleh merebak ke saluran limfa dan bengkak itu adalah kelenjar limfa yang sedang meghalangi jangkitan sekunder (secondary infection)

    Kemungkinan anda mengalami jangkitan kelenjar limfa (lymphadenitis)
    Diagnosis lain ada kemungkinan jangkiitan dari preauricular sinus atau dari bahagian kulit leher. Pada peringkat awal jangkitan, mungkin tiada tanda demam.

    Ada baiknya sekira anda berjumpa doktor untuk mengesahkan jangkaan saya dan kemungkinan anda memerlukan rawatan antibiotik.

  17. nurul
    January 7, 2014 at 11:09 pm

    assalamualaikum, sya berumur 23 tahun dan dlm 2-3 hari ini sya mengalami kesakitan di setiap sendi badan sya terasa seperti dicucuk jarum,sebelum itu sya mengalami sakit tekak dan terasa kering apabila menelan air liur, selepas sehari sya terasa seperti ad benjolan dan sakit dlm tekak ketika cuba menelan air liur. memburukkan lagi keadaan, sehari kemudian sya terasa sgt sakit di bahagian urat leher seolah olah leher terlalu tegang dan masuk hari ketiga sya dapati ada benjolan lembut di bawah lapisan kulit leher kanan sya dan ianya sakit apabila disentuh.apa yang harus sya lakukan?badan sya terasa sangat lemah seperti org demam tetapi bdan saya tidak panas,

  18. Dr Ahmad Nordin
    January 8, 2014 at 9:23 pm

    Waalaikumussalam Nurul,

    Kemungkinan besar anda mengalami jangkitan tekak, dan ia telah merebak ke kelenjar limfa leher kanan. Jangkitan akan memberi gejala sistemik seperti sakit sendi & lemah. Sekiranya semakin teruk- demam mungkin akan muncul.

    Ada baiknya jika anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan sepatutnya & menerima rawatan seperti antibiotik jika perlu.

  19. jasmin
    January 9, 2014 at 11:14 pm

    Salam doktor. Saya jasmin dan berusia 24 tahun. Dalam 3 hari lepas, saya terperasan ada benjolan yg agak menyakitkan di bahagian bawah telinga kanan saya. Bahagian belakang & bawah telinga saya menjadi kemerahan serta gatal2. Benjolan itu juga sakit bila ditekan. Adakah hal ini ada kaitan dengan sakit gigi yg sedang dialami saya kini atau penyakit lain? Mohon pencerahan doktor.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 11, 2014 at 5:58 am

      Salam Jasmin,

      Fungsi kelenjar limfa ialah untuk mengawal jangkitan atau penyakit lain yang berpunca dari satu bahagian tisu/ organ dari merebak ke bahagian badan yang lain. Di bahagian kepala & leher, kelenjar limfa leher akan membesar sekiranya ada jangkitan kepala & leher. Terutamanya jangkitan seperti di gigi, lidah, rongga mulut, hidung, rambut, telinga akan menyebabkan bengkak nodus/ kelenjar limfa.

      Saya berpendapat bahawa jangkitan gigi anda telah menyebabkan bengkak leher tersebut. Sebaiknya anda berjumpa doktor gigi untuk merawat gigi anda agar penyakit ini tidak berulang. Mereka akan merujuk ke doktor ENT sekiranya bengkak tersebut bukan berpunca dari jangkitan gigi.

  20. aziera
    January 10, 2014 at 10:47 am

    Salam Doktor,
    Saya berusia 29 tahun, pada ketika ini masih mnyusukan anak, masalh saya mendapati ada kelenjar di bawah leher, kedudukan diatas kedudukan paru2, saya sering sakit kepala disebelah kanan, kebetulan kelenjar itu pun disebelah kanan, sekarang saya merasa sakit pada kawasan tersebut.

    • aziera
      January 10, 2014 at 10:54 am

      saya memberbetulkan, kedudukan betul2 dia ats tulang selangka saya

      • Dr Ahmad Nordin
        January 11, 2014 at 5:49 am

        Salam Aziera,

        Kebiasaannya apabila menyusukan anak, ada kemungkinan berlaku jangkitan di buah dada (mastitis), dan akan menyebabkan kelenjar limfa bengkak untuk mengawal jangkitan merebak ke sebelah badan. Sebab Puan berasa sakit, ia juga adalah salah satu tanda jangkitan.

        Selalunya bengkak kelenjar limfa untuk bahagian buah dada ialah di bahagian aksila (ketiak), ada juga yang mengalami bengkak di kelejar di tulang selangka (klavikel/ ‘clavicle’). Sebaiknya Puan berjumpa doktor untuk pengesahan penyakit & rawatan untuk jangkitan.

  21. awie
    January 10, 2014 at 9:39 pm

    Assalamualaikum Doc…
    Saya mngalami prmasalahan bengkak kelenjar di bawah dagu sbelah kanan setiap kali semasa makan…tp sindrom nie tidak brlanjutan lama…maknanye dlm stengah jam selepas mkn kelenjar tu akan surut sperti biasa..masalah nie baru brlaku dlm 3 hari nie..boleh Doc bg pndapat ttg masalah nie…
    Sekian terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      January 11, 2014 at 6:09 am

      Waalaikumussalam Awie,

      Terima kasih kerana memberi gambaran yang penting dalam simptom anda iaitu bengkak semasa makan & surut kembali selepas makan. Kemungkinan besar anda mengalami masalah di kelenjar air liur. Kelenjar air liur ialah topik yang berbeza dari kelenjar limfa dalam artikel ini.

      Apabila saluran kelenjar air liur seseorang itu tersumbat, kelenjar air liur akan berkumpul di dalam kelenjar semasa makan kerana air liur sukar untuk keluar melalui saluran yang sempit. Akibatnya, kelenjar itu membengkak. Selepas makan, rembesan air liur kurang kembali & dengan itu saiz kelenjar air liur surut kembali.

      Biasanya sumbat tersebut ialah akibat batu karang atau kesempitan (stenosis) di saluran kelenjar air liur. Saya berharap Awie akan berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan & rawatan lanjut.

  22. siti
    January 12, 2014 at 8:00 am

    assalamualaikum dr, emak sy mengalami bengkak pd tengkuknya,… ketulan itu sgt la keras.. dia berumur 53 thn n mghidapi tekanan darah tinggi.. adakah bengkak di bhgian leher itu dsbbkn drh tinggi? adakah bahaya bengkak itu? dan sy nk minta nasihat dr, emak sy selalu marah n tertekan..adakah ini kesan drpd pykt nya itu? n mcm mne nk suruh dia bertenang dlm prckpnnya? kerana dia sering berkasar yg akn mybbkn tekanan darahnya naik..apakah saranan dr? kalau pergi ke hospital, apakah tindakan dr? adakah ada ubat yg khusus utk mslh leher bengkak ini.. adakah ia jg akan menyebabkan saluran darah pecah? mohon pencerahan dr. terimkasih nkaaq

    • Dr Ahmad Nordin
      January 12, 2014 at 4:33 pm

      Waalakumusalam Siti,

      Saya kurang pasti apa sebenarnya bengkak di tengkuk itu tanpa membuat pemeriksaan yang lengkap kerana ada banyak jenis bengkak di bahagian tersebut. Disarankan agar anda membawanya bejumpa doctor untuk pemeriksaan yang lanjut & pemberian ubat/ pembedahan sepatutnya sekira perlu. .

      Bengkak di bahagian leher tidak menyebabkan bengkak pecah. Tekanan darah tinggi tidak kebiasaannya menyebabkan bengkak leher. Kebiasaan tekanan darah tinggi menyebabakan salur darah otak jenis ‘aneurysm’ pecah dan menjadi angina akhmar (‘stroke’).

      Kebanyakkan hospital & klinik biasa tiada unit khas untuk menangani masalah kemarahan & rasa tertekan. Ada unit psikiatri mempunyai unit kaunseling yang mungkin boleh membantu dalam aspek ini. Dorongan dari ahli keluarga & bimbingan dari segi agama boleh membantu ibu anda mengawal rasa kemarahan ini, InsyaAllah.

  23. hanisah
    January 12, 2014 at 5:39 pm

    salam doktor ,
    saya berumur 18 tahun , saya mendapati ada benjolan kecil dan keras di belakang telinga kiri saya. Saya tak demam atau tidak mempunyai apa apa sipmtom yang serious . Apabila di tekan ia sakit . apekah itu doktor ?

  24. Dr Ahmad Nordin
    January 12, 2014 at 10:05 pm

    Wasalam Hanisah,

    Ada kemungkinan ia adalah kelenjar limfa di belakang telinga. Kemungkinan juga ‘sabeceous cyst’- iaitu dari kelenjar minyak di kulit. Jika ia sangat keras, anda mungkin merasa tulang ‘mastoid’ yang jarangkali ada jangkitan. Kelejar air liur parotid di bahagian hujung (tail of parotid) boleh juga bengkak di bahagian tersebut.

    Sebaiknya saudari berjumpa dengan doktor untuk pengesahan diagnosis & rawatan selanjutnya.

  25. amira abu bakar
    January 19, 2014 at 6:38 pm

    Salam doktor.
    Ketika berusia 9 tahun, saya telah menjalani pembedahan untuk membuang tonsil. Sebelum pembedahan, saya sering demam dan tonsil akan membengkak.

    Sekarang saya sudah berusia 17 tahun. Saya seringkali demam. Setiap kali demam bahagian tengkuk saya akan terasa bengkak. Doktor yang saya rujuk di klinik akan memberikan saya antibiotik. Sekiranya keadaan ini berlaku lagi, adakah tidak berbahaya sekiranya saya tidak merujuk doktor di klinik dan membiarkan demam saya baik sendiri?

    • Dr Ahmad Nordin
      January 20, 2014 at 5:28 am

      Wasalam Amira,

      Sekiranya anda demam & mengalami bengkak tengkuk, kemungkinan besar ia adalah kelenjar limfa yang bengkak & sedang mengalami jangkitan. Jangkitan ini kemungkinan dari mana-mana bahagian rongga mulut/ tekak kebiasaannya.

      Kebanyakkan demam disebabkan oleh virus, yang tidak perlu antibiotik. Tetapi kebanyakkan doktor akan memberi antibiotik kerana sukar untuk mengesahkan jangkitan virus. Ada juga penyakit yang boleh kritikal tanpa antibiotik. Ini adalah satu isu & debat yang panjang.

      Sekiranya anda sudah biasa dengan demam ini, anda boleh mula dengan mengambil ubat demam (seperti paracetamol/ ‘Panadol’) mengikut masa & dos yang tetap & minum banyak air. Tetapi selepas 1 atau 2 hari demam menjadi lebih teruk, baik jika anda berjumpa doktor.

      Oleh kerana demam anda terlalu kerap, ada baiknya anda berjumpa dengan pakar ENT:
      1. Untuk mengesahkan bengkak tersebut samada ia ialah kelenjar/ nodus limfa
      2. Untuk mencari punca jangkitan & masalah yang berulang. Ada kemungkinan dari hidung (‘post nasal drip’), refluks (laryngopharyngeal reflux), masalah gigi, dll
      3. anda telah menjalani pembedahan tonsil (‘palatine tonsil’) di bahagian bawah lelangit. Segolongan kecil akan mengalami bengkak tonsil di bahagian belakang lidah (‘lingual tonsil’) dalam beberapa tahun selepas pembedahan ‘palatine tonsil’.

      • Syafiqah Haslin
        January 22, 2014 at 3:00 pm

        Assalamualaimum Dc,Saya berumur 21 tahun. Baru2 ni saya ada demam selama 2 bulan lebih sejak nov 2013 sihingga jan 2014 awl bulan. Pada mulanya ia demam on and off tetapi pada bulan disember 2013 demam saya menjadi setiap hari. Kemudian saya admitted hospital, mereka hanya memberi saya augmentin dan panadol kerana saya demam, tetapi kelenjar yg ada pada leher kiri dan di tulang clavicle saya diabaikan. Kelenjar ni berukuran 2cmx3cm menurut pemeriksaan doktor. Kemudian saya discharged dari hospital kerana ada exam. Ketika itu saya masih demam tapi demam saya tak terasa demam. Saya rasa seolah2 saya tidak demam. Hanya ada temperature 38c-39c. Kemudian saya admitted lagi di HUKM. Mereka telah menjalankan mcm2 ujikaji kepada saya dan mereka suspek saya terkena TB. Apa yang saya musykil adalah keputusan darah dan sputum saya negatif, macam mana mereka suspek saya TB. Doktor memberitahu saya kerana saya ada lymph nodes, sebab itu mereka cakap saya menghidap TB. kemudian saya diberi ubat anti TB dan sebagainya tetapi saya masih demam malah makin naik temperature saya kerana dicucuk sana sini untuk ambil darah oleh houseman tetapi tak keluar darah kerana houseman salah cucuk. . Doktor memberitahu saya pada hari keempat saya di hospital supaya jangan mengambil sebarang ubt kerana dia ingin memantau demam saya tanpa ubat, jadi mereka berhenti bagi saya ubat. Kemudian mak saya beli sejenis madu gula batu dari gunung himalaya Saya minum air madu itu terus demam saya resolved. 2 hari kemudian saya minta discharge dari doktor, tetapi mereka mengaggap saya pesakit TB dan sekeras2nya larang dan memarahi saya untuk keluar dari hospital. Salah seorang doktor juga telah memarahi saya kerana nak keluar hospital. Mereka ada melakukan FNAC, tetapi keputusannya hanya akan keluar 2 minggu selepas dijalankan. Jadi, saya discharged pada 16.1.2014 dan tak dapat tahu keputusan FNAC itu. Tetapi Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak lagi demam dan sihat tanpa mengambl sebarang medications. Hanya kelenjar yg ada pada leher kiri yang membimbangkan saya. Apakah sebenarnya kelenjar yang ada pada saya ini doktor?

  26. Dr Ahmad Nordin
    January 22, 2014 at 6:29 pm

    Waalaikumussalam Syafiqah,

    Saya bersimpati dengan anda kerana penyakit anda masih dibuktikan dengan ujian yang dijalankan & pengalaman anda bersama doktok pelatih di hospital. Masalah yang timbul dalam situasi anda ialah tiada keputusan yang muktamad dari ujian yang dijalankan. Ada beberapa kelainan strategi merawat anda yang saya perhatikan.

    Saya tidak berani menyatakan bahawa rawatan yang diberikan ialah salah, tetapi berikut ialah panduan yang biasa kami lakukan di hospital kami.

    Biasanya apabila pesakit demam berpanjangan dan disyakki menghidap TB- kami akan:

    1. melakukan ujian saringan TB: ujian darah ESR, ujain suntikan tangan Mantaux, Xray dada, ujian kahak.
    Sekiranya positif: ubat TB akan diberi.
    Sekiranya negatif: kami akan menjalankan ujian ke atas kelenjar limfa yang bengkak. Ada kalangan doktor akan memberi ubat TB sekiranya banyak tanda atau sejarah yang lebih kepada TB, seperti demam berpanjangan, ahli keluarga/ kontak dengan pesakit TB

    2. Ujian ke atas kelenjar limfa biasanya ada 2
    a. FNAC- ia adalah lebih selesa kepada pesakit, dan boleh mengesan sehingga 94% penyakit. Hadnya ialah kekurangan isi semasa mengambil sampel. Sekiranya tidak konklusif, kami akan melakukan biopsi atau mengulangi FNAC.
    b. Biopsi- ia adalah lebih konklusif tetapi memerlukan belahan di leher, samada bius setempat atau bius am di dewan bedah.

    Ada beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan bengkak kelenjar leher. Jangkitan kronik kelenjar limfa selain TB juga boleh menyebabkan spektrum yang sama. Demam anda surut mungkin dari progresi penyakit tersebut, di mana demam akan hilang atau datang.

    Air madu boleh membantu penyembuhan kerana ia mempunyai khasiat tersendiri dan boleh digunakan sebagai ‘supplement’, tetapi saya tidak menyarankannya sebagai rawatan utama penyakit anda.

    Saya menyarankan anda kembali ke hospital untuk mendapat keputusan FNAC. Diharap ada keputusan konklusif mengenai penyakit anda, InsyaAllah. Sekiranya rawatan penyakit adalah betul, kelenjar tersebut akan mengecil saiznya & hilang.

  27. Zam
    January 26, 2014 at 10:56 pm

    Assalamualaikum

    Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami bengkak di kawasan belakang leher..saiznya sederhana..hanya mula mengalami bengkak dalam 1-2 tahun yang lepas..selepas itu, saiz bengkak tersebut tidak lagi berkembang..adakah ini tandanya saya mengalami Kanser Tiroid? saya pernah mendapatkan rawatan di klinik biasa serta hospital swasta untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi mengetahui apa punca sebenarnya berlaku bengkak tersebut..tapi doktor di klinik dan hospital berkenaan hanya menyatakan saya hanya mengalami “cyst” yang boleh dibuang melalui minor surgery..tidak perlu membuat imbasan MRI..saya masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan mereka kerana kadangkala saya merasa di bahagian bawah leher saya..di sebelah kiri menjadi bengkak..begitu juga dengan gusi di sebelah kiri saya akan bengkak..ianya akan berlaku serentak..selepas 3-4 hari rasa bengkak itu akan hilang..saya ingin dapatkan pandangan doktor mengenai perkara ini

  28. Ifa
    January 28, 2014 at 10:56 pm

    Asalamualaikum

    Saya bertanya bagi pihak ibu saya.ibu saya mengalami batuk berkahak selama 2 bulan,dalam tempoh berkenaan ibu saya telah menjalani ujian kahak,x-ray serta ujian darah.alhamdulillah semua keputusan baik.masalahnya terdapat benjolan di tepi leher namun ia tidak menganggu.baru baru ini ibu saya mengambil ubat bagi mengurangkan kahak.setelah ibu saya makan ubat berkenaan benjolan yg sedia ada itu sedikit membengkak.persoalannya skrg adakah ia merbahaya.patutkah di rujuk ke doktor pakar.mohon penjelasan daripada doktor .terima kasih

  29. Dr Ahmad Nordin
    January 30, 2014 at 2:25 pm

    Waalaikumussalam Ifa,

    Kadangkala jika ada jangkitan paru-paru, akan muncul juga bengka di bahagian leher, kebiasaannya berhampiran tulang selengka (clavicle). Bonjolan itu menjadi semakin besar ada kemungkinan dari penyakit yang menjadi aktif, tidak semestinya kesan dari ubat mengurangkan kahak.

    Jika bengkak tersebut bersaiz 1cm atau kecil dari itu, ibu anda perlu memeriksa selalu untuk memastikannya tidak menjadi semakin besar. Jika ia lebih besar dari 1cm , baik berjumpa doktor di klinik biasa atau doktor ENT untuk pemeriksaan lanjut.

Comments are closed.