Vaksin Pneumokokal: Pencegah Jangkitan Kuman Paru-paru Nombor 1 di Dunia! – Dr Mohammad Hj. Che’ Man

Penyakit jangkitan kuman pneumokokal (Streptococcus pneumoniae) adalah penyebab jangkitan kuman paru-paru yang tertinggi di dunia yang menyebabkan morbiditi dan mortaliti. Perebakannya dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui rembesan cecair paru-paru seperti air liur dan mukus. Selain daripada pencegah jangkitan kuman peparu yang utama, vaksin pneumokokal juga adalah pencegah jangkitan kuman selaput otak (meningitis), jangkitan kuman telinga tengah (otitis media) yang biasa berlaku pada golongan kanak-kanak dan bakterimia iaitu pengaliran kuman pneumokokal dalam saluran sistemik darah.

Kajian- kajian terbaru membuktikan bahawa vaksin pneumokokal melindungi:

  1. Sekurang-kurangnya 8 dari 10 bayi penyakit jangkitan pneumokokal yang serius
  2. Sekurang-kurangnya 75 dari 100 orang warga emas berumur 65 tahun ke atas dari jangkitan pneumokokal yang serius.
  3. Sekurang-kurangnya 45 dari 100 orang warga emas berumur 65 tahun ke atas dari jangkitan kuman pneumokokal paru-paru.

Jenis- jenis vaksin pneumokokal yang utama:

  1. Synflorix (Pneumokokal konjugat): Mempunyai 10 strains pneumokokal dan ‘coverage’ adalah untuk sepanjang hayat. Boleh diberikan kepada bayi seawal usia 6 minggu.
  2. Prevenar- 13 (Pneumokokal konjugat): Mempunyai 13 strains pneumokokal dan ‘coverage’ adalah untuk sepanjang hayat. Boleh diberikan kepada bayi seawal usia 6 minggu.
  3. Pneumovax-23 (Pneumokokal polisakarida): Mempunyai 23 strains pneumokokal dan perlu diperbaharui setiap 5 tahun. Boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun.

Jadual suntikan vaksin yang disarankan adalah seperti berikut:

  • Umur diantara 6 minggu sehingga 6 bulan: 4 dos (2 bulan jarak jarak untuk setiap dos)
  • Umur diantara 6 bulan sehingga 12 bulan: 3 dos (2 bulan jarak untuk setiap dos)
  • Umur diantara 12 bulan sehingga 2 tahun: 2 dos (2 bulan jarak untuk setiap dos)
  • Umur 2 tahun dan ke atas: 1 dos

“Centers for disease control and prevention” (CDC) sangat menyarankan supaya vaksin pneumokokal diambil oleh golongan seperti:

  1. Kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.
  2. Orang tua berumur lebih dari 65 tahun.
  3. Orang yang berusia antara 2 hingga ke tahun yang mempunyai masalah-masalah seperti:
  • Penyakit-penyakit kronik contohnya seperti penyakit jantung, hati, peparu dan buah pinggang, penyakit lelah asma dan penyempit saluran peparu disebabkan merokok dan juga pesakit yang menghidap kencing manis.
  • Penyakit lemah sistem pertahanan badan seperti HIV/AIDS, kanser atau yang mempunyai kerosakan atau telah membuang limpa.
  • Yang telah melalui prosedur telinga ‘cochlear implant’
  • Pesakit yang menghisap rokok.

BOLEH DIBERIKAN SEKALI DENGAN VAKSIN YANG LAIN PADA MASA YANG SAMA CUMA BERLAINAN TEMPAT!!

Kontraindikasi vaksin pneumokokal:

  1. Tidak boleh diberikan kepada pesakit yang ada sejarah alergi yang teruk kepada suntikan pneumokokal.
  2. Kanak-kanak yang kurang daripada umur 6 minggu

Kesan sampingan yang biasa: Kurang selera makan, senang ‘irritable’, mengantuk, kurang selera makan, demam, merah di kawasan suntikan dan ruam-ruam di badan.

Rujukan:

  1. Pneumococcal Vaccine: Centers for disease control and prevention (CDC)
  2. Paediatric Protocol for Malaysian Hospital, 3rdEdition
  3. World Health Organization (WHO): Pneumococcal conjugate vaccine

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA,

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE, KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN PAHANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box