Tinnitus: Apa Rahsia Di Sebalik Bunyi Desingan Telinga? – Dr Ahmad Nordin

tinnitus_ear_ringingTinnitus adalah satu keadaan di mana seseorang itu merasai telinga mereka berdesing. Jenis bunyi desingan berbeza bagi setiap individu. Biasanya desingan  tersebut bagaikan bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang. Tetapi ada yang menyatakan bahawa desingan yang mereka alami menyerupai bunyi desiran- seumpama bunyi air terjun mengalir. Ada yang menyamai  desingan seakan bunyi udara bergerak di dalam botol yang kosong. Terdapat pelbagai jenis desingan lagi yang dialami oleh pesakit dan kebiasaannya,  desingan bunyi  tersebut  mempunyai satu nada dan satu pic yang tertentu.

Definisi tinnitus adalah pengalaman di mana seseorang itu dalam keadaan sedar kewujudan bunyi di dalam kepala subjek  tanpa kehadiran sebarang bunyi di persekitarannya pada waktu yang sama Dengan erti kata lain- hanya subjek sendiri sahaja  yang boleh mendengar tinnitus. peratusan besar kes tinnitus adalah merangkumi symptom ini dan ia, juga dikenali sebagai tinnitus subjektif.

Jarang kali, terdapat tinnitus yang dapat didengari oleh orang lain. Ini kemungkinan berlaku  dalam kes ketumbuhan salur darah di bahagian leher yang besar di mana terdapat gangguan dalam aliran darah. Pada kebiasaannya bunyi ini boleh didengar dengan bantuan stetoskop yang diletakkan pada kawasan ketumbuhan tersebut dan bukannya pada jarak biasa pertuturan kita. Tinnitus sebegini yang boleh didengari oleh orang lain juga dikenali sebagai tinnitus objektif.

Dalam bidang ENT (telinga,hidung dan tekak), perlu diingatkan bahawa bunyi tinnitus adalah biasanya dalam satu nada yang sekata. Sekiranya bunyi adalah dalam bentuk pertuturan- iaitu sama ada bunyi orang bercakap kepada subjek, atau pebualan antara orang didengari tanpa orang di sekeliling, subjek tersebut bukan mengalami tinnitus. Ini adalah lebih kepada penyakit psikiatrik yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatrik Walaubagaimanapun, dalam pengalaman saya, ada juga yang akan berjumpa bomoh atau ustaz yang berkelayakan untuk menanggani situasi ini.

Antara sebab terjadinya tinnitus yang biasa:

  • Terdedah kepada bunyi bising- sama ada untuk waktu sangat sekejap (letupan, tembakan senjata api), sementara (menghadiri konsert, bilik yang bisisng) atau jangkamasa yang lama dan berulang (bekerja menggunakan alatan jentera seperti bertukang, membina jalanraya dan sebagainya)
  • Usia yang lanjut. Semakin tua seseorang itu, semakin banyak kerosakan pada sel sel pendengaran. Semakin banyak kerosakan, maka tinnitus akan menjadi semakin teruk.
  • Sumbatan tahi telinga (impacted ear wax)
  • Kecederaan kepala dan telinga, biasanya dari kemalangan jalan raya dan industri.
  • Darah tinggi dan arteriosklerosis
  • Ubat- pelbagai jenis ubat boleh meyebabkan tinnitus. Anda perlu merujuk kepada doktor atau informasi produk yang disertakan bersama bungkusan ubat.
  • Ketumbuhan di bahagian otak terutamanya saraf pendengaran atau ketumbuhan di hidung.
  • Jangkitan telinga- sama ada telinga dalam, tengah atau luar

Ada beberapa lagi punca tinnitus, tetapi ia jarang berlaku dan tidak tersenarai di sini.

Sekiranya anda menghadapi tinnitus, anda disarankan berjumpa doktor. Sekiranya perlu, anda akan dirujuk kepada pakar ENT. Perlu diingati bahawa tinnitus adalah satu gejala (simptom) dan bukan diagnosis. Tugas doctor ENT ialah mendapatkan informasi secukupnya dari pesakit, melakukan pemeriksaan telinga, hidung dan leher. Seterusnya, ujian pendengaran akan dilakukan untuk memgetahui tahap pendengaran.

Sekiranya ada punca penyakit yang boleh dirawat- seperti jangkitan telinga, darah tinggi, ubat tertentu; maka rawatan adalah ditujuhalakan ke arah punca tinnitus. Sekiranya ada kurang tahap pendengaran yang dikesan semasa ujian pendengaran tanpa sebab tertentu- pesakit akan diberi tempoh percubaan menggunakan alat pendengaran (hearing aid). Apabila pesakit boleh mendengar lebih baik dengan alat pendengaran, intensiti tinnitus akan berkurangan.

Source; http://www.alleviatetinnitus.com/tag/whats-are-tinnitus-maskers

Source; http://www.alleviatetinnitus.com/tag/whats-are-tinnitus-maskers

Segelitir pesakit malangnya, tidak dapat dirawat dengan kaedah ini. Terdapat alat pendengaran yang menggunakan tinnitus masker. Alat ini akan menjanakan bunyi sebagai bunyi asing yang boleh mengalih perhatian pesakit dari bunyi tinnitus. Walaubagaimanapun, bukan semua pesakit boleh sembuh dengan kaedah ini.

Kebanyakan pesakit di klinik saya kebiasaannya mengalami tinnitus, tetapi tidak sebegitu serius. Mereka cuma mengadu bunyi tersebut agak nyaring semasa keaadaan yang senyap, terutamanya ketika ingin tidur di waktu malam. Saya menyarankan agar mereka menggunakan radio atau muzik yang bernada rendah  atau jam yang mempunyai detik yang berbunyi semasa tidur. Dengan ini, mereka akan fokus kepada bunyi selain dari tinnitus.

Pesakit juga akan diberi percubaan pengunaan ubat betahistine, iaitu antagonis reseptor histamine 3 yang bertindak sebagai agen dilatasi salur darah ke alat pendengaran. Mereka juga diberi ubat komponen vitamin B12, methylcobalamine yang berfungsi untuk penambahbaikan fungsi saraf. Walaubagaimanapun, kebanyakan dari mereka masih tetap mengalami tinnitus dengan ubat yang diberi. Saya membenarkan pesakit saya menjalankan rawatan alternatif yang diikitiraf sekiranya mereka ingin mencuba kaedah lain. Antara yang disarankankan adalah akupuntur.

Pesakit yang mengalami tinnitus boleh mengalami kesan psikologikal yang agak mendalam sekiranya tidak dirawat. Mereka akan kurang bergaul, tidak mahu berinteraksi kerana sukar mendengar dan ada yang mengalami psikosis sekiranya teruk. Jika anda ingin merasai tinnitus, anda boleh menutup salur telinga luar anda dengan satu jari sehingga mendengar bunyi desingan. Itulah tinnitus yang mereka alami. Saya berpendapat, kebanyakan dari kita tidak boleh menutup telinga lebih dari 5 minit. Inilah yang pesakit tinnitus alami sepanjang masa.

Sekiranya anda mengalami tinnitus, segeralah berjumpa dengan doktor anda dan sebaiknya pakar ENT untuk pemeriksaan yang lebih lanjut kerana tinnitus adalah satu gejala yang akan memberi petunjuk kepada penyakit yang sebenarnya yang tidak diketahui.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan

  • Tinnitus Theory and Management Snow, 2004 BD Decker Inc
  • Hearing Matters: Debilitating Tinnitus: A Problem, and Solution, in Neuroplasticity,Colucci, Dennis A. AuD, Hearing Journal August 2013 Vol 66 Issue 8 p32
  • Alternative Therapies: Building Better Treatments for Hearing Loss By Karen Pallarito,The Hearing Journal Nov 2012 Vol 65 No 11

 [Artikel ini kepunyaan The Malaysian Medical Gazette. Sebarang pencentakan semula (samada di atas talian atau di luar talian) tanpa keizinan bertulis daripada pihak The Malaysian Medical Gazette tidak dibenarkan.]

10 comments for “Tinnitus: Apa Rahsia Di Sebalik Bunyi Desingan Telinga? – Dr Ahmad Nordin

  1. Jocelyn
    October 3, 2013 at 4:25 pm

    Can we please use english language here bcos most medical terms r in english term. Also, we, the health professionals r here to educate our communities, so wouldn’t it b more beneficial to them if we use international language? Im sure the health professionals r well-aware of the need to use layman term here. So such simple terms described using english would at the same time help brush up our malaysian english, wouldnt it?

    A concerned malaysian

    • Hidayah
      October 4, 2013 at 1:14 am

      Firstly thank you for your interest and support for The Malaysian Medical Gazette. Our main aim is to empower the public with knowledge regarding health and medicine. To do this, we need to cater for people from various different backgrounds, education levels and cultures. The key to an effective doctor-patient relationship and any educational endevour is communication. It is imperative that both the public/patient and the doctor/healthcare professional are able to understand each other.Although it is true that most medical terms are in English, our Malaysian patients and doctors must also be able to converse about medicine in both the international language of English and our national language, Bahasa Malaysia. Thus by providing articles in easy to understand laymen’s terms whilst still introducing the public to the correct medical terminology in both languages, The Malaysian Medical Gazette aims to cater for all Malaysians, allowing us to gain knowledge and brush up on both languages.

      Warm regards,
      Dr Hidayatul Radziah Ismawi
      Chief Editor
      The Malaysian Medical Gazette

      • Yuz
        January 12, 2014 at 11:25 pm

        Salam dan t/kasih kepada Dr kerana menulis atikel dlm bahasa Malaysia. Senang saya print.
        Orang tua saya tak faham bahasa english. Kepada yang x faham bahasa malaysia, boleh google
        atikel english yang sedia banyaj di internet untuk rujukan.

        Apa yang merisaukan saya, orang tua saya menghidap desingan telinga. Telah rujuk pada pakar,
        namun di sini pertama kali saya membaca tentang tinnitus mask. Boleh Dr. terang secara terperinci
        dalam bahasa Malaysia tentang ni. akan saya print dan berikan pada orang tua saya,

        T/kasih.

        • Dr Ahmad Nordin
          January 27, 2015 at 8:52 pm

          Waalaikumussalam Yuz,

          Saya memohon maaf kerana amat lewat menjawab.

          Saya memohon maaf lagi sekali kerana tidak dapat menyediakan tinnitus masker secara terperinci keana ia agak panjang jika diterangkan dalam panjang lebar.

          Tinnitus masker kelihatan seperti alat bantu pendengaran dan ada juga dibina sekali di dalam alat bantu pendengaran. Ia mengeluarkan bunyi yang kan meneggelamkan bunyi desingan atau tinnitus yang dialami oleh pesakit. Apabila pesakit mendengar bunyi tersebut, bunyi baru ini akan mengalih perhatian pesakit dai mendengar bunyi tinnitus.

          Bunyi tersebut boleh ditentukan dan diubah oleh pegawai audiologi. Perlu diingatkan bahawa bukan semua pesakit yang mengalami tinnitus akan bertambah baik dengan menggunakan masker ini. ia perlu dianalisa oleh pegawai audiologi sebelum digunakan oleh pesakit samada ia boleh mengurangkan rasa desingan atau tinnitus tersebut.

  2. fahimah
    August 12, 2014 at 9:09 am

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.trima kasih pd Dr n team kerana penulisan artikel n kwujudn website ini dlm bkongsi makl kesihatn kpd org awam spt sy.
    Dr, sjk mgandung ank ptama,sy mhadapi mslh pndgrn di mna sy sentiasa rs ada tekanan d dlm telinga spt kita berada d tmpt y tgi. Kdg kala sy dpt mdgr bunyi degupan jntg sy sendiri dan pckpn sy. Ini mybbkn sy tidak dpt mdgr dgn jelas apabila ada org bckp dgn sy.sy tpksa mnundukkan kepala ke bawah utk mdptkn klegaan memulihkn keadaan.namun utk masa seminit dua shj. Adakah simptom ini tmasuk sbg mslh bunyi bdesing@tinnitus?
    Sy pnh drujuk kpd ent,tapi doc y mrawat mnyatakn ia blaku dsebabkan oleh hormon mgandung dan akn pulih selepas bsalin.wlaubagaimnapun,mslh ini tidak pulih slps bsalin cuma simptom tsebut bkurangn sedikit. Apabila mgandung anak kedua,ia mjd lebih teruk sehingga mganggu khidupn sharian sy. Sekali lg sy minta drujuk kpd ent namun doc y merawat meminta sy dtg slps bsalin kerana tidak mahu mjejaskn kndungan sy.tetapi bila sy dtg slps bsalin,doc lain y incharge dan doc tsebut mnyatakan sy tiada mslh mmandangkn ujian audio sy normal walaupun sbnrnya sy mnahan nafas utk mberikn tumpuan kpd ujian bg mgelakkn sy mdengar bunyi nafas sy sendiri. Dan y mgecewakn sy, doc tsebut minta sy tiup belon utk mmulihkn keadaan..sedangkn shingga kini sy masih mhadapi mslh y sama.
    Utk pngetahuan doc,sy jg mhadapi mhadapi mslh resdung y teruk dan sllu bhadapan dgn rs sakit sangat d blkg telinga apabila mbasahkn rambut.
    Mohon nasihat doc apa y perlu sy lakukn. Terima ksh.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:03 pm

      Waalaikumussalam Fahimah,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      Oleh kerana anda mengalami masalah hidung yang teruk, ia boleh menyebabkan tinnitus berpunca dari masalah tiub eustachian yang menyambungkan hidung & telinga. Sebab itu mungkin anda diberi belon untuk ditiup untuk mengurangkan keadaan.

      Ada sebahagian pesakit mengalami tinnitus, tetapi ujian pendengaran ialah normal. Ini amat rumit untuk dirawat kerana amat sukar untuk mengenalpasti punca tinnitus.

      Memandangkan tinnitus anda bertambah semasa waktu mengandung dan anda kadangkala boleh mendengar bunyi degupan jantung, saya juga akan memeriksa bahagian leher anda kerana kadangkala aliran darah di leher mungkin bertambah & bunyi ini dipancarkan ke telinga menyebabkan bunyi tinnitus.

      Akhir sekali jika tiada punca kenapa bunyi tinnitus ini wujud & anda berasa risau, saya mungkin akan menjalankan ujian imbasan / scan jenis MRI untuk memastikan tiada atologi lain yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Tetapi ini cuma saranan saya, doktor yang anda jumpai sepatutnya memberi pandangan yang lebih jelas kerana dia dapat memeriksa Puan.

      Diharap anda akan beransur pulih, Insyaallah.

  3. Lin
    January 30, 2015 at 12:09 am

    Saya mengalami satu keadaan dimana telinga saya ada berbunyi seperti percikan di dalam telinga. Saya pikirkan ada sesuatu di dalam telinga jadi saya cuba korek telinga seperti biasa. Saya risau sebab kadang2 selepas bunyi percikan tersebut telinga saya seperti pedih.

    Boleh terangkan kenapa perkara ini boleh berlaku.

    Terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 6:31 pm

      Sama-sama Lin,

      Ada banyak sebab telinga itu berdesing. Anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan tiada tanda sumbat di telinga seperti tahi telinga, lendir,kebocoran gegendang telinga, dll.

      Jika anda mengorek telinga, kulit di salur telinga amat nipis & senang luka. Ini mungkin sebab telinga anda menjadi pedih. Anda boleh membaca artikel mengenai penjagaan telinga di MMG yang sedang dalam proses editing ketika ini.

  4. As
    March 4, 2015 at 3:29 pm

    salam dr,

    sy mempunyai masalah telinga berdegung…. saya dah pon jumpa pakar ENT dan melakukan pemeriksaan meggunakan sejenis kamera yg dimasukkan ke dalam telinga, hidung dan leher, tetapi dr mengata tiada sebarang masalah dan tidak memberi sebarang ubat kepada sy. sy amat kecewa dengan sikap ambik lewa dr tersebut. sy pernah “warded” di sebabknening yg terlampau dan pegsan, dan sy yakin ada kaitan dengan masalh telinga sy kerana sy rase badan sy tidak “balance”. sy mohon pandangan dar Dr tentng masalh sy ini… terima kasih.

  5. najib
    June 15, 2015 at 4:19 am

    Salam dr,sy dapati telinga sy berdesing sejak April 2015.. sy telah jumpa ENt disebabkan alami gejala Vertigo. eNt telah berikan sy ubat Betaserc 24 namun setelah 3 bln ambil ubat tersebut masih tiada perubahan.Sy selalu berjumpa ENT untuk follow up tetapi Dr tetap beri cara yg sama..apa yg perlu sy lakukan Dr?

Leave a Reply to Jocelyn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box