Skoliosis: Apabila tulang belakang membengkok – Dr Ahmad Mahyuddin

Sumber: ADAM interactive anatomy

Sumber: ADAM interactive anatomy

“Itulah doktor, hari-hari bawa beg berat pergi sekolah. Sekarang tulang  belakang pun dah jadi bengkok”. Seorang ibu mengadu kepada saya bahawa tulang belakang anak beliau yang berusia 13 tahun kelihatan senget  menyebabkan cara berjalan beliau kelihatan agak aneh.

Skoliosis ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.

Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:

  • Idiopathic (punca tidak diketahui)
  • Congenital (skoliosis berlaku sejak di dalam rahim)
  • Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy, muscular dystrophy)
  • Tumour (ketumbuhan pada saraf atau tulang belakang)
  • Infection (jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)
  • Metabolic (gangguan proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis, Ricket)
  • Mesenchymal disorders (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome, Ehler-Danlos syndrome)
  • Traumatic (kecederaan)
  • Degenerative (De Novo Scoliosis)

‘Idiopathic Scoliosis’ merupakan kes skoliosis yang paling kerap saya jumpa, diikuti dengan  ‘Degenerative Scoliosis (De Novo Scoliosis)’ dan ‘Congenital Scoliosis’. Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang ‘Idiopathic Scoliosis’ memandangkan ia adalah skoliosis yang paling kerap berlaku.

Skoliosis torasik kanan, apeks T9 Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin

Skoliosis torasik kanan, apeks T9
Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin

Untuk pengetahuan anda, ‘Idiopathic Scoliosis’ ini dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada umur pesakit semasa masalah ini dikesan.

  • Infantile Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga mereka berusia 3 tahun
  • Juvenile adalah skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun
  • Adolescent adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.

Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) merupakan kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.

Kenapa ia berlaku? 

Punca AIS masih lagi tidak diketahui secara pasti dan berdasarkan kajian, terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca keadaan ini terjadi termasuk faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan sebagainya. Sebilangan penyelidik turut mengkaji sama ada terdapat faktor mekanikal yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini seperti membawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang.

Pada kebiasaanya, skoliosis disedari oleh ibubapa atau saudara-mara pesakit. Pesakit sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang. Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan yang dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti usia ketika pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa kebas atau lemah pada kaki, kesukaran pernafasan, serta masalah membuang air besar dan kecil.

Menurut kajian, wanita yang mengalami skoliosis didapati lebih berisiko untuk mempunyai magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbanding lelaki. Antara faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai magnitud skoliosis yang besar pada masa ia mula dikesan.

Pemeriksaan

Seterusnya doktor akan membuat pemeriksaan teliti termasuk ‘Adam forward bending test’ di mana doktor akan berdiri di belakang pesakit dan pesakit akan diminta bongkok ke hadapan. Tujuannya untuk mengesan ketidakseimbangan tulang skapula pesakit (Scapular hump). Pemeriksaan ini juga digunakan bagi melihat sama ada kebengkokkan tulang belakang pesakit itu keras (rigid) atau fleksibel. Ia amat penting untuk menentukan jenis rawatan yang akan diberikan. Pemeriksaan lain termasuk pemerhatian keadaan pesakit ketika berjalan, memeriksa keseimbangan tulang bahu dan pinggul (shoulder and pelvic balance) serta pemeriksaan saraf (neurological assessment).

Pengiraan 'Cobb's Angle' Sumber: Spine Secrets, Vincent J. Devlin, page 67.

Pengiraan ‘Cobb’s Angle’
Sumber: Spine Secrets, Vincent J. Devlin, page 67.

Pemeriksaan X-ray pula penting bagi mengetahui tahap skoliosis yang dialami pesakit. Secara lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan  kedudukan Apeks (tempat tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokkan serta mengira magnitud darjah kebengkokkan dengan menggunakan ‘Cobb’s angle’.

Sumber: http://www.e-radiography.net/radpath/r/risser-sign.htm

Risser Staging
Sumber: http://www.e-radiography.net/radpath/r/risser-sign.htm

X-ray pinggul pula diambil untuk menentukan tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging) bagi menjangka sama ada darjah kebengkokkan skoliosis pesakit akan bertambah teruk pada kadar yang pantas atau sebaliknya.

Sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan saraf  seperti simptom lemah atau kebas pada kaki, atau kegagalan mengawal pencerut najis atau kencing, doktor mungkin perlu membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) bagi memastikan keadaan saraf tulang belakang.

Rawatan

Secara keseluruhannya, rawatan bagi skoliosis merangkumi penggunaan tiga ‘O’ – ‘Observation’ (pemerhatian), ‘Orthosis’ (pengunaan alat sokongan dengan tujuan pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung) & ‘Operation’ (pembedahan).

Secara amnya, skoliosis dengan magnitud kurang daripada 20 darjah tidak memerlukan sebarang rawatan yang spesifik. Temujanji untuk rawatan susulan setiap 6-12 bulan akan diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.

Sumber: ADAM interactive anatomy

Sumber: ADAM interactive anatomy

Bagi skoliosis dengan magnitud 20-40 darjah, ia biasanya dirawat dengan ortosis atau ‘bracing’. Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging). Ortosis tidak sesuai digunakan untuk masalah tulang belakang yang telah matang (mature spine), magnitud melebihi 40 darjah dan juga dalam kes-kes tulang  torasik yang melengkung ke belakang (thoracic lordosis).

Faktor yang amat penting bagi rawatan dan pemakaian ortosis ini ialah kerjasama daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23 jam setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa kerjasama dari pesakit, rawatan pasti tidak akan berjaya.

Pembedahan pula mungkin perlu dilakukan bagi pesakit remaja yang mempunyai skoliosis melebihi 40 darjah, skoliosis tulang torasik melebihi 30 darjah (boleh menganggu fungsi paru-paru dan jantung) serta skoliosis yang melebihi 50 darjah pada pesakit dewasa.

Pembedahan biasanya melibatkan prosedur menstabilkan tulang belakang melalui pembedahan depan atau belakang (anterior or posterior instrumentation) atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone graft). Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang normal.

Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami skoliosis, nasihatkan mereka supaya segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Lebih awal ia dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan dapat dielakkan.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:

[Artikel ini kepunyaan The Malaysian Medical Gazette. Sebarang pencentakan semula (samada di atas talian atau di luar talian) tanpa keizinan bertulis daripada pihak The Malaysian Medical Gazette tidak dibenarkan.]

90 comments for “Skoliosis: Apabila tulang belakang membengkok – Dr Ahmad Mahyuddin

  1. Siti
    October 5, 2013 at 11:58 am

    doktor, saya selalu bawa beg sekolah berat2 dari darjah 1 hingga tingkatan 5, habis tingkatan 5 sy ada buat medical check up + x-tray dan tulang belakang sy masih ok, tapi selepas 3 tahun (dlm masa 3 tahun tu sy elakkan drp membawa beg berat), baru2 ni sy ada buat x-tray, dan doktor mendapati tulang belakang sy sedikit bengkok… adakah faktor ‘bawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang’ tu yg menjadi penyebabnya? dan sy hairan kalau itulah faktornya, kena tulang tu x bengkok sebelum 3 tahun tu lg, atau mungkin tempoh masa yg mempengaruhi utk tulang tu bengkok?

    (terima kasih, maklumat tentang skoliosis ini sangat berguna dan menjawab beberapa persoalan sy kerana doktor yg melakukan pemeriksaan pd sy tempoh hari tidak menerangkan apa yg sebenarnya berlaku dan membuatkan sy tertanya-tanya)

  2. October 7, 2013 at 2:21 pm

    Cik/Puan Siti,

    Terima kasih kerana mengunjungi website kami dan juga kerana bertanya. Seperti yg saya nyatakan diatas, terdapat banyak sebab yang mungkin menyebabkan tulang belakang kita membengkok, dan sebab-sebab ini masih dalam peringkat teori, dimana ia tidak dapat disahkan sepenuhnya lagi. Kajian masih lagi dijalankan.

    Benar kata cik/puan, adalah agak pelik sekiranya dalam kes cik/puan ini, kita menyalahkan beg berat sebagai faktor penyebab memandangkan pemeriksaan yg cik/puan lakukan selepas tingkatan 5 menunjukkan tulang belakang cik/puan adalah normal.

    Namun, apa yang penting disini ialah kita fokuskan kepada rawatan yang boleh diberikan kepada cik/puan. Saya nasihatkan cik/puan segera membuat pemeriksaan di klinik Ortopedik bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

    Terima kasih.

    Dr. Mahyuddin

  3. Linda
    October 31, 2013 at 12:39 am

    Dr, umur saya 24 tahun. Tahun ini saya dapati seperti tulang belakang saya berbonggol. Adakah bermakna tulang saya membongkok? ini mungkin terjadi kerana selalu membongkokkan badan ketika duduk, menulis dan baring atau mungkin disebabkan bentuk fizikal saya yg agak kurus. Bolehkah tulang belakang itu kembali normal jika saya menukar cara postur duduk dan berdiri tanpa pergi ke hospital untuk rawatan? Terima kasih.

    • November 24, 2013 at 1:11 am

      Cik Linda,

      Berdasarkan apa yang Cik ceritakan, kita perlu melakukan pemeriksaan lanjut ke atas Cik. Ada kemungkinan ianya adalah masalah tulang belakang membengkok (skoliosis atau kyphosis). Kyphosis adalah keadaan dimana kebengkokkan itu hanya berlaku pada satu arah iaitu menghala ke hadapan. Kita perlu melakukan pemeriksaan dan juga xray bagi memastikan diagnosis ini sebelum boleh berbicang lebih lanjut mengenai rawatan.

      Posture yang tidak betul adalah salah satu risiko yang boleh menyebabkan sakit belakang. Saya cadangkan Cik Linda berjumpa doktor Ortopedik yang berhampiran.

      Terima kasih

  4. Pn.Faridah Hanim
    December 8, 2013 at 7:46 pm

    Salam doktor..saya baru saja mengesan perubahan pd tubuh anak perempuan ke3 yg berumur 11tahun saya hari ini.dia belum akil baligh.ketika itu anak saya sdg duduk bersimpuh.ingatkan senget sebab bersimpuh,rupanya memang bengkok.masalahnya anak saya menghidapi penyakit injap jantung berlubang ketika berumur 9tahun tp tak memerlukan pembedahan cuma perlu mendapatkan suntikan penisilin setiap bulan sehingga umur 21.adakah penyakitnya salinh berkaitan?

    • December 21, 2013 at 2:24 pm

      Waalaikumussalam Puan Faridah,

      Skoliosis yang paling kerap berlaku ialah AIS atau Adolescent Idiopathic Scoliosis (kebengkokan tulang belakang). Ia berlaku kepada anak-anak yang meningkat usia remaja. Bagi pesakit AIS, mereka tidak mempunyai apa-apa masalah pada organ lain (jantung, paru-paru atau buah pinggang).

      Namun begitu, kita perlu pastikan anak puan tidak menghidap jenis skoliosis yang dikenali sebagai congenital scoliosis. Bagi jenis congenital, skoliosis biasanya telah pun dapat dikesan sejak awal kelahiran lagi. Ia terjadi akibat kegagalan tulang belakang terbentuk dengan sempurna. 10 peratus pesakit Congenital Scoliosis mempunyai masalah jantung (heart abnormality or defect).

      Pada pengamatan saya, berkemungkinanan besar anak puan menghidap AIS atau Adolescent Idiopathic Scoliosis, antara sebab paling kerap skoliosis (kebengkokan tulang belakang) ini berlaku. Ia berlaku kepada anak-anak yang meningkat usia remaja. Bagi pesakit AIS, mereka tidak mempunyai apa-apa masalah pada organ lain (jantung, paru-paru atau buah pinggang).

      Berkemungkinan besar ia adalah dua entiti yang berbeza memandangkan puan mengatakan diagnosis sakit jantung berlubang hanya dibuat semasa anak puan berusia 9 tahun.

      Pesakit AIS memerlukan rawatan pakar ortopedik. Sekiranya memerlukan pembedahan (bergantung kepada berapa teruk kebengkokan tulang anak Puan). Saya cadangkan puan segera mendapatkan rawatan dengan pakar ortopedik yang berhampiran, Pastikan puan menceritakan masalah jantung anak puan semasa bertemu doktor ortopedik nanti kerana ia berkait dengan diagnosis dan juga rawatan yang perlu diberikan.

      Terima kasih.

  5. noraini
    December 9, 2013 at 8:45 pm

    salam doc…saya berumur 26 tahun.ada mslh chronic back pain dah 2 bulan.2hari lps jumpa doktor dan xray.doc beritahu tulang belakang bengkok tapi xketara sangat sebab kalau tengok dari posture badan mmg xnampak la ,tapi kalau saya bongkokkan badan akan nampak tulang belakang yang bengkok tu.masalah saya sekarang ni doc belakang saya semakin sakit,dan saya bimbang tulang belakang saya akan jadi lebih teruk??
    doc..1) apakah rawatan yang paling berkesan utk merawat skoliosis
    2) bolehkah skoliosis menjadi lebih teruk

    • December 21, 2013 at 2:39 pm

      Waalaikumussalam wbt Cik Noraini,

      Rawatan skoliosis boleh dibahagikan kepada observation (pemerhatian), brace support (alat sokongan luar badan) dan juga pembedahan.

      1. Rawatan skoliosis bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya jenis skoliosis, berapa teruk kebengkokan yang berlaku, umur pesakit, sudah akil baligh atau belum dan masalah perubatan lain yang pesakit ada.

      Sekiranya darjah kebengkokan agak besar, ada kemungkinan pembedahan akan ditawarkan kepada pesakit. Begitu juga sekiranya pesakit mempunyai skoliosis congenital dengan tulang belakang yang tidak normal, kerana skoliosis jenis ini boleh membengkok dengan kadar yang cepat.

      Tidak ada jawapan yang mudah dan straight-forward bagi menjawab soalan ini kerana ia bergantung kepada banyak faktor dan perlu dilihat secara keseluruhan. Saya rasa elok Cik berjumpa pakar Ortopedik bagi mendapatkan jawapan (bergantung kepada faktor2 di atas dan xray Cik).

      2. Skoliosis memang boleh menjadi semakin teruk. Bagi pesakit congenital skoliosis, darjah kebengkokan boleh menamnbah dalam tempoh masa yang singkat. Bagi pesakit skoliosis tanpa punca (Idiopathic scoliosis) pula bergantung kepada umur pesakit, ia biasanya bertambah bengkok semasa pesakit sedang membesar (growth spurt) atau akil baligh,

      Sekiranya pesakit telah matang (maturity), darjah kebengkokan boleh meningkat sebanyak 1 (satu) peratus setiap tahun.

      Terima kasih.

  6. Haida
    December 10, 2013 at 8:45 am

    As salam Doktor. ?Anak saya berumur 9 bulan sekarang. Dia mengalami beberapa kecederaan sewaktu dilahirkan disebabkan saiz yang besar dan kelahiran adalah normal. Doktor terpaksa menarik bayi keluar selepas dia tersangkut di bahagian bahu. Setelah MRI scan dijalankan, anak saya mengalami kecederaan saraf di bahu,kecederaan tulang belakang dan juga sedikit kecederaan dibahagian belakang otak. Anak saya kini menjalani fisioterapi untuk memulihkan tangan dan bahagian yang lain. Anak saya masih belum boleh mengiring, meniarap atau duduk. Baru – baru ni fisioterapist mengatakan bahawa terdapat sedikit skoliosis. Apakah rawatan yang sesuai untuknya?

    • December 23, 2013 at 9:56 pm

      Waalaikumussalam Puan Haida,

      Skoliosis yang diberitahu oleh fisioterapist itu berdasarkan pemerhatiaan atau xray? Saya tidak boleh memberikan jawapan yang tepat berdasarkan maklumat yg puan berikan di atas. Anak puan perlu pemeriksaan yg lebih teliti serta xray bagi menentukan diagnosis serta rawatan yg sesuai.

      Rawatan adalah berdasarkan diagnosis (jenis skoliosis), darjah kebengkokan serta beberapa faktor lain yg saya telah jelaskan di atas.

      Terima kasih

  7. Niza
    December 13, 2013 at 2:03 pm

    Salam doktor,Terima kasih atas entry yang bagus.

    Saya berumur 25 tahun, Saya kelihatan seperti tiada apa2 masalah pada diri saya tetapi semakin hari baru saya sedar yang saya mempunyai masalah tulang kaki kiri membengkok dari betis ke kaki dan kedua-dua jari tangan hantu membengkok….Jari tengah kanan membengkok ke kanan dan jari tengah kiri membengkok ke kiri.

    Persoalan saya adakah ini tergolong dalam penyakit Skoliosis?Terlalu byk persoalan yang berlaku kepada saya terutama masalah “PERGERAKAN” walaupun saya tidak berasa saya ada masalah dalam pergerakan tetapi org sekeliling Nampak:

    #Semasa berada di tingkatan 2 ada seorg kawan saya menegur saya suka berjalan berjengket tetapi saya anggap itu hanyalah usikan kawan saya kerana bagi saya saya berjalan seperti biasa.

    #Setiap kali mengambil gambar, Jurugambar terpaksa memberi arahan kepada saya tolong jgn sengetkan kepala di sebelah kanan atau kiri sampai Jurugambar tersebut terpaksa luruskan kepala saya sendiri.( Pada masa itu saya berasa saya berada dalam position yang betul untuk luruskan kepala.) Lagi satu yg kerap di tegur oleh Jurugambar berkaitan bahu saya yg tidak berkeadaan relax.

    #Pada zaman sekolah jika ada apa2 tarian saya berputus asa untuk menyertai walaupun berminat kerana pernah di reject oleh ahli lain sebanyak 3 kali kerana mereka berkata pergerakan saya tidak betul dan kaku lalu terpaksa di gugurkan.

    #Bila saya membuat pekerjaan seperti mencuci pinggan mangkuk atau memerlukan saya membongkok bahagian belakang saya terasa amat lenguh.

    # Pada tahun 2010 apabila melangkahkan diri ke alam pekerjaan ada kawan saya menegur kenapa Kaki kiri saya macam senget? Bila saya pulang ke rumah memeriksa kaki saya seperti apa yang di kata kawan saya itu…Saya berdiri di depan cermin dan saya lihat di bahagian kaki kiri memang YA kaki saya membengkok ke kanan dan betis seperti membengkak walaupun saya tidak dapat merasakan apa2 kesakitan.

    1)Adakah saya tergolong dalam sakit tulang belakang membengkok atau Skoliosis? Jika YA bagaimanakah cara untuk merawatnya?

    2)Adakah ini akan memberi kesan pada kehidupan saya pada masa akan datang?

    3)Adakah bila saya berkahwin ia akan memberi kesan kepada kehamilan?

    • December 23, 2013 at 10:24 pm

      Waalaikumussalam,

      Cik, terima kasih kerana berkongsi cerita dan masalah cik dengan saya.

      Tidak mudah untuk saya membuat diagnosis tanpa xray bahagian belakang cik.Namun berdasarkan cerita cik, masalah utama cik ialah di bahagian kaki, yang membengkok dan juga kedua2 jari tengah cik.

      Masalah kaki yang bengkok boleh disebabkan oleh masalah di tulang pinggul (hip), lutut (knee joint), tulang kering (tibia) ataupun kaki cik sendiri.

      Antara sebab2 yang mungkin berlaku ialah Tibial torsion dan metatarsus adductus. Manakala jadi yang membengkok dikenali sebagai Clanodactyly yg biasa berlaku kepada jari kelingking. Antara sebab lain ialah ketidaknormalan pada tulang jari seperti Delta phalanx.

      Untuk memastikan tulang belakang cik ada skoliosis atau tidak, cik perlu berjumpa pakar ortopedik di hospital berhampiran bagi pemeriksaan dan xray. Jawapan bagi soalan 2 bergantung kepada diagnosis masalah yang cik hadapi.Skoliosis memerlukan rawatan lanjut.

      Secara umumnya, Skoliosis biasanya tidak menggangu kesuburan. Bagi skoliosis yang minima, ia tidak akan mengganggu proses melahirkan anak, namun pesakit skoliosis mungkin akan mengalami masalah sakit belakang semasa mengandung. Namun, terdapat juga jenis skoliosis yang dikaitkan dengan sindrom2 tertentu. Skoliosis ini biasanya mempunyai kebengkokan yang agak teruk dan boleh menggangu fungsi jantung dan paru2. Ia boleh menyukarkan ibu yang mengandung.

      CIk perlu berjumpa pakar ortopedik bagi pemeriksaan lanjut. Terima kasih.

  8. Liza
    December 23, 2013 at 8:46 pm

    Salam doktor, saya merupakan bekas pesakit adolescent idiopathic scoliosis, sy sekarang berumur 22 tahun. scoliosis saya dikesan sewaktu umur saya 13 tahun dan telah memakai brace hampir 2 tahun setengah. Doktor yang merawat saya mengatakan saya tidak akan sakit kembali kerana telah habis tumbesaran. kebelakangan ini saya mengalami sakit di bahagian pinggang. Adakah scoliosis boleh terjadi lagi sekiranya kita aktif bersukan dan ada mengambil barang yang berat?

    • nana
      January 25, 2015 at 2:08 am

      Salam.Dr. Adik perempuan saya tahun ni berumur 19 tahun dan menghidapi scoliosis yg teruk. Hasil check up terbaru(dis 2014)dengan doc yg merawatnya, tulangnya telah membengkok sebanyak 60 darjah.Tiap hari saya melihatnya hati saya sayu dan sebak. Dia seorang adik yang sangat baik dan penyabar dengan keadaan tubuhnya. Kesan dari keadaan tulangnya, kadang2 bila dia buat kerja2 rumah dia akan cepat penat dan buat kerja agak lambat. Doc yg merawatnya kata risiko dia jalani pembedahan sangat tinggi. Doc, apa pendapat doc tentang penyakit adik saya? Masih kah ada harapan dan cara untuk adik saya sembuh seperti sediakala

  9. December 26, 2013 at 12:34 am

    Waalaikumussalam Liza,

    Secara umumnya, apabila tulang kita telah matang, ia tidak lagi akan tumbuh atau memanjang. Sekiranya skoliosis cik telahpun pulih sepenuhnya pada usia 15-16 tahun dahulu, kemungkinan skoliosis akan terjadi kembali adalah kecil, melainkan ia disebabkan oleh sebab2 lain seperti ketumbuhan (tumour) atau trauma.

    Namun begitu, sekiranya skoliosis masih ada (tidak pulih sepenuhnya), darjah kebengkokan boleh bertambah sebanyak 1 darjah setiap tahun. Skoliosis yang minima ini tidak semestinya membuatkan cik mengalami sakit belakang.

    Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai sebab lain lagi. Sekiranya cik banyak melakukan aktiviti sukan seperti gymnastics, sakit belakang boleh disebabkan oleh kondisi yang dikenali sebagai spondylolysis. Mengangkat barang berat secara berterusan pula memudahkan kondisi Prolapse Intervertebral Disc (PID atau slipped disc) berlaku. Kedua-dua kondisi ini boleh menyebabkan sakit belakang.

    Saya cadangkan cik ke hospital untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor ortopedik.

    Terima kasih.

  10. Ieqa
    January 6, 2014 at 1:55 pm

    Salam doktor..terima kasih di atas perkongsian info yg berguna..

    Sy berumur 25 tahun dan sy menyedari yg tulang belakang sy membengkok ke kanan yg menampakkan bahu sebelah kanan sy bongkok ketika berumur 18 tahun semasa menjalani check up utk kemasukan ke universiti..sy juga dimaklumkan oleh doktor yg memeriksa sy ketika itu masalah tulang sy ini tidak merbahaya..tetapi masalahnya sekarang ini sy kerap sakit belakang dan kaki juga cepat terasa kebas..adakah saya tergolong dalam sakit tulang belakang membengkok atau Skoliosis?..terima kasih..

    • January 7, 2014 at 11:51 pm

      Waalaikumussakam Ieqa,

      Terima kasih atas soalan saudari. Daripada maklumat yg saudari beri, berkemungkinan besar saudari mempunyai masalah skoliosis ini. Ia hnaya dapat dipastikan apabila saudari pergi berjumpa doktor bagi membuat xray tulang belakang.

      Sekiranya kebengkokkan yg berlaku adalah amat ketara, ia boleh menyebabkan masalah sakit belakang dan boleh menekan saraf yg akan menyebabkan kaki menjadi kebas.

      Saya harap saudari boleh segera berjumpa pakar ortopedik bagi membuat siasatan lanjut. Terima kasih

  11. Nadia
    February 4, 2014 at 3:07 pm

    Assalamualaikum , terima kasih doktor , entri yang sangat berguna , saya berumur 16 tahun , baru2 ni saya ada buat medical check up , doktor ada cakap yang tulang belakang saya bengkok , doktor ada kata kemungkinan , faktornya adalah infection sebab saya pernah masuk hospital masa umur 3 tahun sebab jangkitan kuman di paru2 , postur badan saya sentiasa tegak , dan tiada siapa pernah bagitahu saya bahawa saya jalan senget , cuma saya banyak kali mengalami sakit lutut , saya mendapat tawaran ke sbp , dan saya mengalami kesukaran untuk berjumpa pakar, Berdasarkan apa yang saya ceritakan :
    1. perlukah saya pergi berjumpa pakar dalam masa terdekat ini ?
    2. Adakah skoliosi yang saya hidapi ini tak berbahaya , dan tak memerlukan rawatan segera ?
    3, apakah rawatan sampingan yang saya boleh buat di rumah , sebelum dapat berjumpa pakar ?

  12. February 4, 2014 at 11:36 pm

    Waalaikumussalam wbt,

    Saudari Nadia, terima kasih kerana membaca dan berkongsi masalah dgn pembaca yang lain.

    1. Saya nasihatkan cik ke klinik yang berhampiran untuk mendapatkan surat rujukan ke klinik pakar ortopedik. Orang yg paling tepat untuk membuat pemeriksaan ke atas cik ialah pakar ortopedik bg memastikan diagnosis cik yang sebenar. Elok jumpa pakar dalam masa terdekat.

    2. Tidak mudah bg saya menjawab soalan ini dgn hanya bersandarkan cerita yg cik ceritakan. Perlu pemeriksaan lengkap dan xray bagi memberi komen samada ia berbahaya atau tidak. Kita perlu pastikan jenis skoliosis yg cik alami.

    3. Sekiranya ianya skoliosis, tidak banyak rawatan yg boleh dilakukan di rumah. Apa yg boleh cik lakukan ialah memakai brace (alat sokongan badan/tulang belakang) dan juga regangan fisioterapi bagi menguatkan otot belakang cik.

    Terima kasih

  13. miss F.A
    February 12, 2014 at 9:39 am

    salam doktor….beberapa hari yg lalu sy telah membuat pemeriksaan di klinik swasta dan doktor mengesahkn sy menghidapi skoliosis dan di refer ke hospital..tp sy takot utk ke hospital & sampai ke hari ini sy masih takot utk pergi check..
    sy bercadang ingin membuat follow up di hospital private..jika saya memerlukan pembedahan, berapakah kos yg perlu sy sediakn jika buat di private hospitl?

    • February 17, 2014 at 5:51 pm

      Waalaikumussalam wbt.

      Saudari Ms FA, sebenarnya cik tak perlu takut. Pemeriksaan di hospital amat perlu bagi memastikan tiada masalah-masalah lain yang berkaitan dengan skoliosis tersebut. Pemeriksaan ini tidak bermaksud cik perlu menjalani pembedahan.

      Pembedahan, sekiranya perlu dijalankan, kos nya bergantung kepada keperluan implant yang diperlukan oleh pakar bedah Ortopedik tersebut bagi memastikan pembedahan tersebut berjaya. Sekiranya skoliosis cik memerlukan penggunaan implan (besi/titanium) yang banyak, maka kosnya adalah lebih tinggi. Kos di hospital swasta biasanya lebih berbanding hosiptal kerajaan,

      Tujuan utama pembedahan adalah bagi mengelakkan kebengkokan itu menjadi semakin teruk sehingga mengganggu fungsi paru-paru, jantung atau saraf pesakit.

      Pandangan saya, elok cik segera berjumpa pakar ortopedik (swasta atau kerajaan) bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut. Terima kasih.

  14. En Nasri
    February 18, 2014 at 12:13 am

    Assalamualaikum doktor.
    Terima kasih di atas info yang penting ini. Saya ingin bertanya mengenai kalau seseorang itu selalu berdiri dengan badan yang membongkok, maksudnya tidak berdiri tegak dengan betul atau ada bongkok sedikit semasa berdiri..adakah kebiasaan tersebut akan memberi kesan pada tulang belakang di masa hadapan. Jika memberi kesan, berapakah darjah bongkok seseorang itu yang dikatakan tidak elok utk tulang belakang ?
    Terima Kasih.

    • February 26, 2014 at 3:20 pm

      Waalaikumussalam Encik Nasri,

      Berdiri lama dengan postur yang tidak betul akan mengebabkan lenguh2 dan ketidakselesaan kepada bahagian pinggang dan belakang. Ia boleh menjadi punca kepada sakit belakang.

      Tulang belakang kita (spine) mempunyai darjah kebengkokan yang normal mengikut tempatnya, samada bahagian cervical, thoracic, lumbar dan sacrum. Sekiranyanya darjah ini melebihi ada kurang daripada yang sepatutnya, maka ia boleh menyebabkan masalah. Darjah bongkok yang besar adalah lebih tidak elok berbanding bongkok yang sedikit kerana ia boleh mengganggu fungsi paru-paru dan jantung sekiranya melibatkan bahagian thoracic.

      Contohnya, lumbar lordosis (kebengkokan tulang lumbar) yang normal adalah antara 30-80 darjah dengan mean 50 darjah. Ia berbeza sekiranya dibandingkan dengan thoracic dan cervical vertebra.

      Untuk penerangan lanjut, encik boleh berjumpa doktor di hospital berhampiran. Terima kasih.

  15. roslida binti mohd nor
    February 20, 2014 at 10:49 am

    sy dr shah alam,nk tny,bahu sy nampak senget,ape bila pakai bj,ye nampak senget,tp sy x rase sakit lak..jd kin normal,kin mase kecil sy slalu angkat benda berat..adakah sy mingidap scolisis..

    • February 26, 2014 at 3:09 pm

      Waalaikumussalam Saudari Roslida,

      Ada kemungkinan saudari menghidap skoliosis daripada apa yang saudari ceritakan. Untuk mengesahkan diagnosis ini kita perlu buat pemeriksaan dan juga xray bahagian tulang belakang saudari.

      Saya nasihatkan saudari ke hospital yang berdekatan bagi tujuan ini. Terima kasih

  16. mursyidah
    March 22, 2014 at 8:32 pm

    assalam…..saya salah seorng yg mnghidap pnykit scoliosissaya dah jumpa doktor pakardoktor galakkan buat pembedahan..tp doktor ckp risiko sebab tulang yg bengkok tu hampir dgn urat tunjang
    soalan saya:
    1.patut tak saya buat pembedahan
    2.saya selalu bwk beg berat dan angkat barng berat…adakah tulang saya berisiko untuk semakin membengkok
    3. jika saya tdk buat pembedahan…apa kesan yg akan saya alami

    • April 21, 2014 at 9:48 pm

      Waalaikumussalam wvt,

      Cik Mursyidah,

      1. Adalah sukar bagi saya untuk memberitahu cik sama ada patut atau tidak membuat pembedahan cuma berdasarkan penceritaan cik. Keputusan perlu dibuat setelah melakukan pemeriksaan, dan melihat xray cik, serta selepas melakukan perbincangan lanjut antara doktor pakar dan cik sendiri.

      2. Tidak mustahil tulang belakang cik boleh menjadi semakin membengkok. Menjaga posture badan adalah amat penting bagi mengelakkan sakit belakang.

      3. Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, pada kebiasaannya, kebengkokan boleh menjadi semakin teruk (1 darjah setahun sekiranya daripada jenis Idiopathic Scoliosis). Sekiranya ianya dari jenis neuromuscular atau congenital scoliosis, kebengkokan boleh menh=jadi teruk dengan lebih cepat. Sekiranya lokasi kebengkokan ialah pada bahagian thoracic, ia boleh mengganggu fungsi jantung dan paru-paru.

      Saya nasihatkan cik berbicang dgn Pakar Bedah Ortopedik bagi rawatan lanjut. Terima kasih.

  17. ain
    April 12, 2014 at 5:59 pm

    assalam dr. sy mrupakn pljr yg akn mngmbil spm pd thun ini. bru2 ini, sy tlh prgi ke hspital disbbkn skit blkg dn ini brlaku ktika sdg bljr yg mmbuatkn sy sukar brgerak. sakit ini actually disbbkn sy prnh trjatuh dulu n skrg ini makin terasa sakitya. dr hspital tersebut mndpti sy ada scoliosis ttpi bgkok tulang tuu tdklah terlalu teruk ttpi saraf sy trlalu sakit. sakit ini byk menganggu sy krn sakit terasa pd saraf brhmprin scapula dan perkara yg sy risau adalah utk sy menulis. sy bimbang if semua ni menganggu exam sy escpecially time spm nnti krn susahnya tuk menulis lately. soalan sy adakah skoliosis ni mmg menganggu saraf2? pd pndgn dr, apakh thp skoliosis ini dan patutkah sy truskn pemeriksaan krn sy tlh mndpt appoinment dlm buln 10 ini tetapi tarikh ini hmpir n tarikh exam spm. sy takut akan mnjejaskan exam sy tpi sy juga ingin sihat krn sy takut makin lama sakit ni makin teruk. minta pndgn dan jawapan drpd dr. terima kasih.

    • April 21, 2014 at 9:55 pm

      Waalaikumussalam wbt,

      Adik Ain,

      Masalah sakit belakang adik tidak semestinya disebabkan oleh skoliosis. Sakit pada bahagian scapula boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Namun dikalangan pelajar sekolah, ia disebabkan oleh cara pelajar membawa beg sekolah (menggalas beg di atas sebelah bahu) yg menyebabkan spasm (ketegangan) pada otot Rhomboid (di celah tulang scapula).

      Skoliosis yg teruk boleh menyebabkan gangguan pada saraf, namun ia agak jarang berlaku sekiranya kebengkokan adalah minima. Saya cadangkan adik pergi periksa dulu dengan doktor pakar ortopedik yg berhampiran. Saraf sakit boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, tidak semestinya oleh skoliosis tersebut.

      Sekiranya ia tidak mengganggu, adik boleh mengambil temujanji baru selepas peperiksaan SPM adik. Namun jika sakit atau kebas adalah serius, elok berjumpa dengan lebih cepat bagi rawatan awal.

      Terima kasih

      • ain
        April 25, 2014 at 9:37 pm

        terima kasih doc. sebenarnya sy mendapat memo drpd hospital dan pada memo tersebut mengatakan tntg mid thoracic scoliosis. boleh doc. trgkan sedikit tentang skoliosis ini?

  18. lili
    April 25, 2014 at 2:55 pm

    assalamualaikum dr..saya ingin bertnya..sya merupakan slah seorg pesakit scoliosis.saya telah melakukan pembedahan 14 thun y lalu.saya akn mendirikan rumahtangga baberapa bulan lgi.persoalan saya,boleh kah saya hamil nanti,sbb spt y doc thu,slpas pmbdahan,besi y dimasukkan akn kekal dlm bdan sya..saya bertnya kerana,biasanya org y normal pregnant,dia akn mengalami skit blakang dan semakin bsar kndungan,ianya semakin menekan tulang blakang,sdangkan saya ade besi bersama tlang blakang..macam mane yea doc.dan,klau sya boleh hamil,bolehkah sya bersalin scra normal?terima kasih

    • September 3, 2014 at 11:01 pm

      Waalaikumussalam wbt,
      Puan Lili, bagi pesakit skoliosis yang telah menjalani pembedahan memasukkan implan (besi), insyaAllah Puan tidak akan mengalami apa2 masalah untuk hamil. Masalah untuk hamil tidak ada kena mengena dengan skoliosis. Begitu juga dengan proses melahirkan anak, insyaAllah tidak akan ada apa2 masalah akibat daripada pembedahan ini..

      Masalah mungkin timbul bagi sebahagian kecil pesakit (bukan semua) apabila kandungan membesar kerana tulang belakang perlu menampung berat badan yang meningkat. Namun masalah yang sama akan timbul juga walaupun puan tidak menjalani pembedahan pembetulan tulang belakang ini kerana posture tulang belakang yang senget akibat skoloiosis.

      Nasihat saya, puan perlu menjaga posture badan ketika mengandung bagi mengelakkan beban berlebihan pada bahagian belakang. Kita fikir positif, insyaALlah tempoh puan mengandung dan melahirkan anak akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

  19. Hans
    April 28, 2014 at 3:04 pm

    As-Salam Doktor,

    Mohon maaf jika berlainan forum. Sekadar ingin mendapat pandangan kedua dan tiada berkaitan dgn skoliosis. Anak saya yang berusia 13 tahun baru sahaja di sahkan sebagai penghidap spondylolysis dan sentiasa mengalami kesakitan apabila membuat pergerakan tertentu. Buat masa ini beliau hanya membuat latihan terapi fizikal. Adakah spondylolysis ini boleh di pulihkan dan di hilangkan kesakitan yang di alami?

    Wassalam. Terima kasih.

    • September 18, 2014 at 10:25 pm

      Waalaikumussalam Hans,

      Spondylolysis bermaksud terdapat defect atau ketidaksempurnaan pada bahagian ‘pars interarticularis’ tulang belakang. Ia dirawat pada permulaannya dengan rehat, uabt tahan sakit anti-inflammatory dan juga activty modification iaitu mengelak aktiviti yg memerlukan dia memlentik ke belakang (hyper-extension). Kesakitan ini boleh dihilangkan insyaALlah.

      Namun, sekiranya rawatan tersebut gagal, ataupun kesakitan bertambah teruk melebihi 6 bulan, terdapat masalah penglibatan saraf, anda perlu berjumpa pakar Ortopedik bagi membincangkan kemungkinan pembedahan perlu dilakukan atau tidak bagi rawatan seterusnya.

      Terima kasih.

  20. Aini
    May 8, 2014 at 10:13 am

    Salam doctor.saya mempunyai masalah tulang belakang.. dan sekrg saya berumor 29thaun..sebelum ini saya memang telah dan saya juga mengetahui saya mempunyai penyakit ini semasa saya berumor 14 thun,pada masa itu saya jugak ade berulang alik kehospital untuk mendapat rawatan lanjut. Doktor di hospital tersebut ade menyuruh saya membuat pembedahan tetapi pada mase itu keluarga tidak mempunyai kewangan yg byk dan saya membuat keputusan utk tidak melakukan pembedahan. Utk pengetahuan doktor saya juga sudah mendirikan rumah tangga dan saya juga tidak mempunya apa2 masalah dengan kesihatan saya.. kecuali semasa saya di tingkatan 6 saya dimasukan ke hospital kerana dijangkiti kuman pada paru2 dan pada masa yg sama, doktor ade memberitahu bahawa tulang belakang saya tidak bole dibetulkan balik kerana tulang saya sudah matang.. dan pada mase itu umor saya bru 18tahun.saya tidak mengendahkan kerana saya still bole melakukan tugas seperti biasa..tetapi kadg2 sy sedikit semput dan terasa sukar benafas.Sekarang sudah hampir setahun saya mendirikan rumah tangga, saya dapati sy ssh hendak bernafas..adakah saya patut berjumpe dengan doktor dan mmbuat rawatan susulan,

    • September 18, 2014 at 10:32 pm

      waalaikumussalam wbt Aini,

      Terima kasih kerana bertanya. Nasihat saya, saudari perlu segera berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut serta xray tulang belakang. Ada kemungkinan kebengkokkan skoliosis tersebut semakin teruk sehingga mengganggu fungsi paru-paru atau jantung saudari. Namun ia tidak dapat dipastikan sehingga xray dibuat.

      Selain daripada itu, kita perlu pastikan kesusahan bernafas itu tidak disebabkan oleh masalah perubatan yang lain. Harap saudari dapat segera berjumpa doktor.

      Terima kasih.

  21. Pn Lynn
    May 12, 2014 at 1:37 pm

    Salam Dr,

    Saya mmg ada masalah scoliosis. Mula dikesan pada 2005. Masalah sekarang, saya menghadapi sakit tapak & tumit kaki. Biasanya org ckp sakit ni akan menyerang pada waktu pagi masa bangun tidur. Tapi tidak pada saya. Sakit tu berlanjutan dari pagi sampai malam. Setiap kali saya berdiri, berjalan, mmg akan rasa sakit. Sehingga kadang2 saya terpaksa menjegketkan kaki bila berjalan. Adakah masalah ini berkaitan dengan scoiliosis saya doktor? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

    • September 18, 2014 at 12:15 am

      Waalaikumussalam wbt Puan Lynn,

      Berkemungkinan besar sakit pada tapak dan tumit kaki puan tidak kena mengena dengan scoliosis yg puan ada. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh Plantar fasciitis. Harap puan dapat berjumpa doktor ortopedik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Puan juga boleh baca di lawan sesawang kami ini terlebih dahulu (artikel saya yang lepas).

      Terima kasih

  22. fiza
    May 13, 2014 at 1:07 pm

    assalammualaikum doktor.

    saya ingin bertanya. saya adalah salah seorang pesakit scoliosis dan telah melakukan pembedahan 6 tahun lepas. saya seorang yang minat bersukan seperti bermain bola jaring. bolehkan saya aktif bersukan selepas melakukan pembedahan? adakah ia akan memberi kesan kepada besi dan tulang belakang saya?

    • September 18, 2014 at 12:21 am

      Waalaikumussalam wbt,

      Fiza, terima kasih kerana bertanya. Pada kebiasaanya, pesakit dinasihatkan bagi mengelak melakukan aktivit lasak atau contact sport selama lebih kurang setahun dari tarikh pembedahan bagi membolehkan tulang benar-benar bercantum dan pesakit dapat melakukan proses rehabilitasi yang telah ditentukan.

      Pada pandangan saya, untuk memastikan cik sudah boleh kembali bersukan atau tidak, kita perlu pastikan dulu keadaan tulang belakang dan besi dibahagian belakang cik dengan melakukan xray terlebih dahulu dan juga pemeriksaan. Saya nasihatkan cik berjumpa doktor di terlebih dahulu bagi mendapatkan maklmat ini. Secara amnya, tiada masalah bagi kembali bersukan selepas 6 tahun berlalu.

      Terima kasih.

  23. Teo
    May 15, 2014 at 3:33 pm

    Anak saya berumur 1tahun setengah juga mengalami masalah scoliosis ini. 23darjah pada masa itu.
    rawatan pada hospital kerajaan pada bulan hadapan. saya ingin bertanya jika berlakunya darjah meningkat
    bolehkah anak saya memakai TLSO brace? Adakah di hospital kerajaan membekalkan TLSO brace untuk kanak2?

    • September 18, 2014 at 10:36 pm

      Teo,

      Terima kasih kerana bertanya. Anak puan boleh memakai brace sekiranya darjah meningkat. Jenis brace (TLSO, LSO atau sebagainya)bergantung kepada jenis scoliosis, tempat scoliosis serta umur pesakit. Ia biasanya boleh dipakai sehingga seseorang pesakit mencapai umur akil baligh (puberty).

      Brace boleh didapati di hospital kerajaan, namun ia perlu di tempah (order) dan pesakit perlu membayarnya (harga biasanya akan lebih murah berbanding sekiranya dibeli di farmasi atau hospital swasta).

      Terima kasih

  24. Famira
    May 31, 2014 at 9:47 am

    Assalamualakum dr,

    Maaf bertanya,bagaimana pula dgn masalah tulang kaki bengkok atau lebih dikenali sebagai bow leg? Sy menghidapi bow leg sejak lahir. Pada mulanya sy tiada sbrg masalah wlupun keadaan fizikal kaki membengkok. Namun sejak kebelakangan ini,keadaan kaki semakin membengkok dan ini menyebabkan kaki mudah lenguh walaupun berjalan beberapa minit. Jika berjalan menaiki bukit,kaki saya teramat lenguh hingga menyukarkan pernafasan. Dr,apakah terdapat kaedah penyembuhan bagi bow leg?

    Mohon penjelasan Dr.

    Terima kasih ,assalamualaikum.

    • September 18, 2014 at 11:00 pm

      Waalaikumussalam Famira,

      Kurang sesuai sy jawab di sini. Di sini kita berbincang mengenai skoliosis dan masalah tulang belakang. InsyaAllah nanti saya akan tulis mengenai bowleg.

      Saya nasihatkan Famira berjumpa doktor pakar ortopedik bagi mengenalpasti punca bowleg tersebut kerana ada banyak sebab – Antaranya ricket, Blount disease dan trauma (ada banyak lagi). Memang ada kaedah penyembuhan.

      Terima kasih

  25. nur liyana
    June 13, 2014 at 7:36 pm

    Doktor,saya pelajar ipta sewaktu buat medical check up utk student saya baru tahu saya menghidapi scoliosis adalah saya perlu membuat rawatan susulan?perlukah saya mengelak utk melakukan aktiviti lasak dan apa yg saya perlu lakukan utk mengelakkan kerap rasa sakit dibahagian belakang?

    • September 18, 2014 at 11:04 pm

      Nur Liyana,

      Terima kasih kerana bertanya.Kebanyakkan pesakit skoliosis tidak perlu mengelak dari melakukan aktiviti lasak, namun ia bergantung kepada jenis skoliosis pesakit.

      Kesakitan bahagian belakang biasanya disebabkan oleh struktur bahagian belakang yg berubaha akibat skoliosis. Harap dapat berjumpa pakar ortopedik bagi memastikan tahap kebengkokan tulang saudari dan rawatan seterusnya.

      Terima kasih.

  26. nat
    July 6, 2014 at 1:18 am

    Dr . Saya menghidap skoliosis . Saya tahu bila saya 12 tahun . Sekarang dah 15 . Tp buat xray tk delah teruk sgt . Tp lately kalau saya duduk saya kena sandar . Kalau tk.sandar tulang belakang selalu sakit . Knp ya ?

    • September 18, 2014 at 11:05 pm

      Nat,

      Terima kasih kerana bertanya.

      Kesakitan bahagian belakang biasanya disebabkan oleh struktur bahagian belakang yg berubaha akibat skoliosis. Harap dapat berjumpa pakar ortopedik bagi memastikan tahap kebengkokan tulang saudari dan rawatan seterusnya.

      Terima kasih.

  27. Auni Nadzirah
    July 8, 2014 at 12:02 am

    doktor. saya Auni. Saya berumur 15 tahun. saya mengalami skoliosis kategori (AIS) dah setahun lebih saya menderita penyakit ini. saya seorang student yang aktif dlm kebudayaan seperti menari. skoliosis saya dikesan selepas tamat darjah enam dan naik tingkatan 2 mula nampak kebengkokan badan. naik tingkatan tiga ia bertambah serius dan membengkok dengan cepat sekitar 6 bulan-12 bulan.. last saya check peratus bengkok adalah 35 and my doctor suggest observe lagi another 6 months and see sama ada lebih baik atau makin bengkok. saya bukan dari keluarga yang senang. my mom takut kalau saya operate bcs doktor ckp its complicated surgery which can affect organ lain. saya paham lepas baca penerangan doktor. sekarang doktor saya cakap brace sudah tak membantu sebab tulang dah matang. so now saya buat treatment urut tulang belakang called “ceragem” (u can google it). my question is, adakah operation salah satu cara yang terbaik untuk keadaan skoliosis saya? hope you read& replay 🙂 thanks doctor

    • September 18, 2014 at 11:11 pm

      Saudari Auni,

      Ceragem tidak akan dapat membetulkan kebengkokkan tulang belakang saudari. Ia mungkin boleh mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan akibat skoliosis.

      Pembedahan skoliosis memang komplikated, namun ia akan dilakukan oleh pakar ortopedik dengan pengkhususan bahagian tulang belakang (spine surgeon) dan insyaALlah pembedahan akan berjalan lancar.

      Sekiranya kebengkokan sudah terlalu teruk (melebihi 40 darjah) ia boleh mengganggu fungsi paru-paru dan mungkin juga jantung, bergantung kepada kedudukan tulang yang bengkok itu. Brace memang tidak akan membantu pada usia cik sekarang.

      Pandangan saya, pembedahan patut difikirkan sebagai salah satu alternatif rawatan. Samada terbaik atau tidak tu cik perlu berbicang dgn pakar yg bakal membuat pembedahan tersebut.

      Terima kasih.

      • Auni Nadzirah
        December 18, 2014 at 12:09 am

        doktor, ive a question berkaitan dengan KESAN SEPANJANG aya mengidap skoliosis. selain daripada postur badan saya yg senget, saya jarang berasa sakit dibahagian belakang, which i think i supposed to. tapi my whole body sakit dan tak menentu sakitnya. kadang sakit di pinggang, kadang di rahim dan kadang di tulang rusuk. dan saya selalu (sekali dlm1-2 bulan) di attack dengan satu serangan perit which i dont understand what it is. it attack my whole body like an electric current. saya rasa macam tersentak sekejap in 1-2 second like that. i havent make any mri yet, but is there any possible i might paralyse if i didnt do anything? like operation? sebab sekarang saya rasa banyak perubahan. macam badan saya akan vibrate everytime bila saya pegang/tahan something. dia bukan berketar like parkinson tapi vibrate. if you can explain, apa yg saya alami skarang?

  28. samlee jumat
    July 23, 2014 at 7:02 am

    Salam DR.
    Skrg sy brusia 34 thn. Masalah sy skrg, tulang blakang sy sakit tp bukan smua, terdpt satu tulang yg sakit bila ditekan atau dipicit, tulang slari dgn pinggang, gambar xray x mnunjukkan apa2 yg tdk normal, sy suda mgidap sakit ini slama 2 tahun. Doc yg mrawat sy bagi ubt utk vitamin urat shj dan pain killer d mkn ketika sakit. Namun shingga kini sakit tersebut masih ada. Utk makluman DR sy seorang yg aktif bsukan bola sepak, bdminton dan berbasikal. Skrg ini sy d nasikatkan agar x bsukan. Skrg apa yg perlu sy lakukan atau cadangan drpd DR…..skian.

    • September 18, 2014 at 12:10 am

      Waalaikumussalam wbt Samlee,

      Saya berpendapat tuan perlu mendapatkan pemeriksaan pakar ortopedik bagi memastikan diagnosis tuan yang sebenarnya. Saya tak dapat memberi pandangan yang sempurna sekiranya berdasarkan penceritaan di ruang ini semata-mata.

      Terima kasih.

  29. Nur Baiti Zahir
    August 6, 2014 at 5:56 pm

    salam Dr,
    sy brusia 24thun, sy menyedari tulang belakang sy bengkok smsa sy brusia 15thun. tetapi sy abaikan perkara ini kerana menganggap ianya perkara kecil..kemudia saya melakukan xray utk smbung blaja, dr tersebut berpesan utk sy berjumpe dengan pakar tulang..disebabkan fmly sy fmly yg kurg berada jadi sy diamkan shaja. utk pengetahuan dktor, sy merahsiakan perkara ini kpd kluarga sy.hingga sekarang, sy sedar bhwa sy menghadapi mslah kesukaran bernafas dan berasa td selesa apbila duduk atau brdiri trlalu lame. jd bley sy taw, dmna boleh sy wt rwatan scoliasis dgn kos yg berpatutan.

    • August 18, 2014 at 11:06 pm

      Salam Nur Baiti,

      Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya cik sudah mengalami tanda2 seperti sukar bernafas, ia mungkin menandakan kebengkokan (scoliosis) tersebut adalah agak signifikan (darjah bengkok yang besar) sehingga paru2 tidak dapat mengembang dengan baik atau ia menghalang jantung mengepam darah. Elok saudari segera mendapatkan rawatan doktor pakar Ortopedik.

      Kos pembedahan adalah amat tinggi sekiranya dilakukan di hospital swasta (3 atau 4 kali ganda) berbanding hospital awam. Sy cadangkan cik pergi ke Hospital Kuala Lumpur dimana kos hanya melibatkan pembelian implan sahaja. Kos ini boleh ditampung dengan pelbagai cara sekiranya pesakit tidak mampu.

      CIk perlu segera ke hospital. Jangan risau mengenai kos. Terima kasih.

  30. asha
    August 11, 2014 at 11:04 pm

    salam doctor saya asha umur 19 tahun.saya ada masalah scapula besar sebelah,sebelah lagi tu normal.scapula sebelah kanan berserta kerangka badan pun tidak sama.Adakah ini menyebabkan apa2 masalh?

    • August 18, 2014 at 11:00 pm

      Salam Asha,

      Terima kasih kerana bertanya. Pada pandangan saya anda perlu berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal, xray serta ujian darah sepenuhnya. Saya tidak dapat beri komen hanya berdasarkan maklumat yg diberi di sini. Terima kasih.

  31. faten farhana
    August 14, 2014 at 8:57 am

    assalamualaikum doktor 🙂 saya faten dan berumur 22 tahun. saya akan menjalani pembedahan tulang belakang pada september ini. saya ingin tahu apa kesan2 yg saya akan hadapi dan berapa lama masa yg akan diambil untuk sembuh memandangkan saya masih belajar lagi. terima kasih.

    • August 18, 2014 at 10:58 pm

      Waalaikumussalam wbt Faten,

      Sebenarnya ada banyak jenis pembedahan tulang belakang yang mungkin dilakukan. Awk perlu bgtau saya apa jenis pembedahan yang awak akan jalani sebelum saya boleh jawab soalan ni. Terima kasih.

      • Faten farhana
        August 26, 2014 at 10:00 am

        Assalamualaikum doktor. Maaf sy tak berapa pasti. Contoh jenis pembedahan tulang belakang bagaimana?

        • September 17, 2014 at 11:53 pm

          Waalaikumussalam Faten,

          Pembedahan bergantung kpd maslah awak. Tak semua masalah memerlukan pembedahan. Apa sebenarnya Diagnosis awak?

          Contoh:
          1. Prolapse Intervertebral Disc (PID) – Mungkin memerlukan pembedahan Discectomy iaitu membuang disc atau kusyen tulang belakang yang menekan saraf.

          2. Severe Spinal Stenosis – Memerlukan pembedahan bagi mengurangkan tekanan pada saraf tunjang. Sekiranya teruk, mungkin memerlukan besi (implan) dimasukkan iaitu laminectomy atau laminoplasty with posterior instrumentation.

          Dan pelbagai lagi. Awak perlu berjumpa doktor yang akan melakukan pembedahan ke atas diri awak dan bertanya secara berdepan bagi mendapatkan gambaran sejelas-jelasnya.

          Terima kasih

          • faten farhana
            September 23, 2014 at 6:29 pm

            saya dah pun membuat pembedahan.seminggu yang lepas.belakang saya dimasukkan satu plat besi.dan 10 skru.selepas seminggu,sukar untuk saya bergerak.selain itu,saya sering berasa otot saya tegang apabila cuba bergerak.berapa lama masa yang mungkin diambil untuk sembuh doktor?

  32. fieka
    September 5, 2014 at 4:47 am

    Assalamualaikum..saya doktor..sy syafikal berumur 18 tahun..saya Ingin bertanye apekah kemungkinan penyakit sy?sy sering mengalami rse sakit di bahagian pinggang ke bhagian tulang belakang..sy juge mengalami gngguan penafasan..saya cpt merase letih..dan ad satu mase apabila sy hndak tdo sy merase ketidak selesaan pada tulang blkg sy..apakah masalah yg mengalami sy sebenarnya doktor?

    • September 17, 2014 at 11:56 pm

      Waalaikumussalam fieka,

      Saya tak mampu untuk memberi diagnosis cuma berdasarkan penceritaan sebegini, terlalu umum. Perlu periksa tulang belakang anda, buat pemeriksaan darah dan juga xray. Saya nasihatkan anda berjumpa doktor bagi pemeriksaan sempurna, pemeriksaan darah dan mungkin juga xray bergantung kepada keputusan pemeriksaan doktor nanti.

      Terima kasih

      • Afii
        February 11, 2015 at 11:45 pm

        Assalamualaikum doc,
        Saya 22 tahun, sejak dr sekolah rendah saya kerap bawa bag berat, angkat barang berat. Posture duduk saya juga kerap membongkok sejak sekolah. Sewaktu 18 tahun saya ada buat x-ray utk medical check-up utk sambung belajar..

        Sejak sambung belajar saya masih bawa bag berat faktor bawa laptop tp tak sekerap di zaman sekolah, cuma kadang kala dalam jangka masa lama.

        Saya memang lemah di bahagian kaki sebab pernah jatuh berapa kali sejak kecil. Semasa belajar dulu saya ada sakit belakang cuma tak teruk sbb terpaksa duduk atau diri pada masa lama. Tapi satu hari saya jatuh dan hentak tulang tengah pinggul. Saya dpt rasa sakit sehingga tulang belakang. Dan sejak tu jika saya overwork saya mula sakit belakang, sama ada di bahagian bawah dekat dgn pinggul atau di bahagian tengah selari dgn tulang rusuk. Kadang kala serentak sakit, dan sakit nya menyucuk.

        Adakah sakit belakang yg saya rasa tu sbb posture duduk saya yg tak bagus atau masalah pada tulang belakang? Thanks doc 🙂

  33. MissConfuse
    September 8, 2014 at 8:27 pm

    Assalammualaikum Doktor,

    Pasangan saya pernah jatuh semasa kecil dan telah menyebabkan tulang belakangnya bengkok. Adakah ini scoliosis? Kerana seorang kakak nya mempunyai masalah yang sama. Tulang belakang bengkok dan pernah membuat pembedahan semasa kecil kerana mempunyai masalah untuk bernafas.

    Adakah saya akan berkemungkinan untuk mendapat zuriat yang tak sihat sehingga lumpuh doktor?

    Tiada masalah untuk saya berkahwin dengan pasangan yg mempunyai masalah ini kan doktor?

    • September 18, 2014 at 12:07 am

      Miss Confuse,

      Waalaikumussalam wbt. TUlang belakang bengkok boleh disebabkan oleh trauma juga yg menyebabkan kepatahan. Namun, tidak mustahil juga ia memang sedia ada even sebelum pasangan anda jatuh, cuma tiada orang yang perasan. Orang cuma perasan ada kebengkokan itu apabila memeriksa belakang pasangan anda apabila dia jatuh semasa kecil (red-herring).

      Scoliosis tidak semestinya diwarisi kepada zuriat, namun sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa mempunyai scoliosis, kebarangkalian anak mendapatnya adalah lebih tinggi peratusannya. Namun dalam kebanyakan kes idiopathic scoliosis, ia tidak lah sampai menyebabkan kelumpuhan. Kes Congental Scoliosis adalah lebih merbahaya dan perlu rawatan lebih segera apabila diagnosis telah dibuat.

      Tidak mudah bagi saya menjawab soalah terakhir cik. Apa masalah yang cik maksudkan? Sekiranya cik maksudkan kesuburan pasangan, Masalah idiopathic scoliosis, secara asasnya, tidak mengganggu kesuburan seseorang. Begitu juga kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin, sekiranya kebengkokan scoliosis tidak teruk dan tidak melibatkan saraf, maka kemampuan untuk bersama tidak akan terjejas.

      Terima kasih.

  34. maizal
    September 20, 2014 at 11:02 pm

    salam doktor,,
    skrg sy umur 36,,sy sedar tulang sy bengkok waktu umur 16 tahun,,pernah dpt rawatan di hospital,,cuma xray setiap tahun,,jd sy stop g hospital lepas 3,4 tahun,bila sy buat kerja lasak bahagian belakang ok je,,cuma bila buat kerja duduk lama-lama ,,bahagian belakang belah kanan jd kebas,bisa dan lenguh sampai punggung,,untuk kurangkan sakit sy hanya berbaring,,rawatan apakah yang sesuai mengikut pendapat doktor untuk masalah saya,,,terima kasih

    • September 26, 2014 at 1:18 am

      Waalaikumussalam wbt Maizal,

      Terima kasih kerana bertanya. Rawatan bergantung kepada jenis skoliosis, umur pesakit, darjah kebengkokan, keterukan simptom (sakit, lemah anggota badan, kebas, susah nafas dll) serta apa expectation pesakit sendiri.

      Saya cuma boleh cadangkan Encik untuk ke hospital yang ada Pakar Ortopedik bagi melakukan pemeriksaan serta xray, sebelum berbincang dengan pakar mengenai rawatan yang sesuai untuk encik.

      Walaibagaimana pun keputusan akhir adalah ditangan pesakit. Tanpa persetujuaan dan kerjasama pesakit, tiada rawatan yang akan dapat dijalankan.

      Terima kasih

  35. syahirah
    October 3, 2014 at 1:47 pm

    Salam doktor… sy mula perasan tulang belakang sy bengkok kedalam setelah kawan menegurnya dua tahun yg lepas..pada mula nye sy igt ia adalah normal…lama kelamaan pgg belakang sy makin sakit.. dulu sy masih boleh brdiri lama…tapi sekarang sy baru berdiri dalam 10 minit pgg blakang sy sakit dan kaki sy akan berasa kebas setiap kali bangun dari tidur….adakah ia perlu mngambil rawatan?

    • October 8, 2014 at 11:58 pm

      Waalaikumussalam Shahirah, terima kasih kerna bertanya. Pada pendapat saya awak patut segera ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar ortopedik bagi memastikan masalah awak yang sebenar dan dirawat. Terima kasih

  36. Zatul
    October 11, 2014 at 5:24 pm

    Salam doktor. Saya seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun. Sebelum ini saya memang bongkok, tetapi semenjak usia makin meningkat kawan saya tegur kenapa saya duduk makin lama makin membongkok. Adakah itu sgt serious dan akan jadi teruk jika umur sudah meningkat? Postur badan semasa jalan pun membongkok. Dan sejak2 akhir ni, tulung rusuk kiri saya sakit, nak bernafas pun susah dan tidur pun tak selesa. Kalau angkat barang yang berat, tulang belikat saya akan sakit. Apa patut saya buat? Ada cara utk tegak kan balik?

  37. October 13, 2014 at 10:55 pm

    Waalaikumussalam wbt Zatul,

    Terima kasih kerana bertanya. Pertama sekali kita perlu pastikan apakanh diagnosis adik yg sebenarnya. Sy cadangkan adik segera ke hospital berdekatan yg ada kepakaran Ortopedik. Berkemungkinan besar ianya adalah Skoliosis (bongkok ke tepi, depan & terpusing (rotated)) atau pun Kyphosis (bongkok ke depan sahaja). Perlu diperiksa oleh pakar dulu.

    Tetapi sekiranya adik sudah menghadapi masalah sakit tulang rusuk dan susah bernafas, ada kemungkinan ianya Thoracic Scoliosis iaitu kebengkokakn pada paras tulang thoracic (tulang belakang paras paru-paru) dan perlu mendapat rawatan segera.

    Sekiranya tidak dirawat ia boleh menjadi lebih membengkok. Ia boleh dibetulkan kembali insyaAllah. Rawatan bergantung kepada diagnosis adik nanti. Segera lah ke hospital. Rawatan tradisional (mengurut dsb) tidak akan membantu dalam kes ini.

    Terima kasih.

  38. brenda
    October 17, 2014 at 6:40 pm

    selamat sejahtera doc, say seorang pelajar yangberumur 19 tahun pada tahun ni dan saya telah menjalankan pembedahan pada tahun lalu iaitu bulan mac. saya ingin bertanya, adakah skru di tulang belakang sy ni berkemungkinan untuk tercabut dari tempat asal atau tidak sama sekali jika saya melakukan senaman yang kerap? dan adakah tulang belakang saya berkemungkinan untum mmbengkok lagi slpas ni jika sy telah mnjalankan pmbedahan?

  39. October 22, 2014 at 2:29 pm

    Selamat Sejahtera Brenda,

    Terima kasih kerana bertanya. Skru pada bahagian tulang belakang cik ditelakkan pada bahagian yang kuat (pedicle) dan tidak akan tertanggal hanya dengan melakukan senaman. Skru ini walaubagaimanapun boleh menjadi longgar sekiranya terjadi jangkitan kuman pada bahagian tersebut.

    Dalam majoriti kes, tulang belakang skoliosis yang telah dibetulkan oleh pakar mengikut darjah tertentu tidak akan kembali membengkok melainkan terdapat sebab-sebab lain seperti ketumbuhan atau trauma.

    Terima kasih

  40. Brenda
    November 8, 2014 at 4:44 pm

    terimakasi atas maklum balas doktor, saya mempunyai satu lagi pertanyaan. Bagaimanakah jangkitan atau trauma boleh terjadi? dan adakah terdapat petanda petanda sekiranya terjadi trauma atau jangkitan?

    • November 26, 2014 at 11:21 pm

      Cik Brenda,

      Trauma bermaksud terjadi kecederaan pada bahagian tersebut akibat jatuh, kemalangan, terhantuk dan sebagainya. Sekiranya terasa sakit yang lebih daripada biasa selepas trauma, elok berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan dan mungkin imbasan xray jika perlu.

      Jangkitan pula boleh terjadi daripada pelbagai sebab, antaranya terdapat luka pada bahagian pembedahan itu, atau luka tidak sembuh dengan sempurna. Jangkitan juga boleh terjadi daripada sumber ‘hematogenous spread’ iaitu jangkitan kuman dari tempat yang jauh daripada implan (besi) tetapi kuman dibawa oleh sistem peredaran darah ke tempat implan. Jangkitan ini boleh jadi daripada luka kulit, jangkitan tekak, paru-paru, pundi kencing dan sebagainya.

      Sekiranya terdapat jangkitan kuman, cik mungkin demam dan luka tersebut mungkin mengeluarkan air atau nanah. Cik perlu segera berjumpa doktor sekiranya ini terjadi.

      Terima kasih

  41. shazlina
    November 28, 2014 at 1:52 am

    Assalamualaikum Dr..
    Sy jgk salah seorg pnyakit scoliosis..berumur 23tahun..sy telah mmbuat pembedahan lebih kurg 6tahun yg lepas dimana 14skru dimasukkn di tulg blkg sy.. Tp akhir2 ini sy berasa sakit pd tulg belakang sy.. Adkh ini faktor drpd sy mmbawa beg sandang yg berat dan trlalu lasak? Adakah tulg sy berkemungkinan akan bengkok semula? Perlukh sy meneruskan temujanji bersama pihak hspital?
    Terima kasih Dr..

    • December 3, 2014 at 3:54 pm

      Waalaikumussalam Shazlina,

      Terima kasih kerana bertanya. Saya rasa elok Cik mendapatkan pemeriksaan daripada pakar ortopedik yang merawat. Sekiranya cik ada membawa beg sandang yang berat, memang ia boleh menyebabkan sakit belakang. Dalam majoriti kes, tulang tidak akan kembali bengkok, namun saya berpendapat elok cik dapatkan pemeriksaan dan mungkin juga xray jika doktor fikirkan perlu nanti. Terima kasih

  42. maya
    December 19, 2014 at 12:01 am

    Asssalamualaikum , saya 16 tahun , saya mula tahu saya ada skoliosis masa awal tahun ni , sebab buat check up nak masuk asrama . pada mulanya saya tak amik kesah sangat sebab bagi saya sebelum saya tahu pasal skoliosis ni sayaa sihat , alhamdulillah . basically saya sebenarnya taknak terpengaruh dengan mentaliti , jadi saya buat macam biasa . sebulan lepas , masa saya main basketball tiba saya rasa sakit sangat kat belakang , dan tak boleh nak sujud , saya check kat klinik biasa je dan dia cakap maybe ada masalah muscle bukannya slip disc, then doktor bagi ubat saraf . saya tak pernah pergi specialist untuk tahu masalah saya , dan saya tak tahu tahap skoliosis saya. saya ada beberapa soalan , jika tidak keberatan silalah jawab 🙂

    1, sekarang saya rasa sakit di bahagian lutut . adakah ada kena mengena dengan skoliosis ?

    2. belakang saya selalu sakit dan lenguh , bila bongkok contohnya masa nak menulis , dan belakang saya sakit bila tidur di atas lantai . adakah ini menunjukkan skoliosis saya memerlukan rawatan ?

    3. saya tak pernah berjalan bengkok . mungkin sebab saya selalu tegakkan badan bila berjalan atau duduk , tapi haritu kawan saya cakap badan saya bongkok , saya cuba tegakkan tapi diorang still cakap bongkok .

    4. bolehkah saya bermain sofbol ? adakah berbahaya ?

    5. parent saya suggestkan untuk pergi urutan tradisional adakah ini membantu ?

    Terima kasih doktor 🙂

  43. nur widad omar
    December 25, 2014 at 12:44 pm

    salam dr. sya ingin bertanya. baru-baru ini saya mengalami sakit belakang..sya boleh berjalan seperti biasa tetapi apabila saya duduk sya tidak boleh bangun berdiri dengan betul sebab terlalu sakit.saya tidak boleh tegakkan badabn sya. sya terpaksa membongkok. jadi utk menegakkan kembali belakang sya terpaksa berbaring buat seketika kemudian barulah sya boleh bangun dan tegakkan badan sya…apakah masalah sya doktor…sya sangat risau.

  44. Jenny
    January 11, 2015 at 1:50 am

    Salam Dr saya mempunyai masalah khyposcoliocis kebengkokan melebihi 60 darjah dan sakit tengkuk yang teruk jika terlalu tunduk lama..sebelum ini saya jumpa doktor pakar dekat Hospital Umum Sarawak lebih kurang setahun saya ulang alik tapi tidak dapat apa2 rawatan cuma diberi ubat tahan sakit sahaja.saya ingin tanya doktor adakah saya masih boleh menjalani pembedahan kerana sekarang usia saya sudah 34 tahun

  45. Azmi
    January 16, 2015 at 7:34 am

    As salam doktor,
    Anak saya sekarang 14th mengalami kembung perut dan sembelit sudah setahun dan setahun juga tak sekolah kerana mengalami lengah pinggang bila duduk lama dlm kelas.Sekarang ni perutnya kembung dan tulang belakangnya bengkok.Adakah ini gejala sakit tulang belakang. Saya telah ke klinik pakar dan mengatakan anak saya mengalami gastrik yg teruk dan masaalah usus. Betul ke doktor?

  46. Natasha
    January 22, 2015 at 1:43 am

    Salam Doctor.

    Saya adalah penghidap bagi masalah tulang Scoliosis ni. Saya berumur 22 tahun. Saya sedar tentang masalah ini sejak 4 tahun lalu dimana degree saya was only 24 degrees. Sekarang, degrees dah meningkat kepada 32 degrees. Saya perasan setiap tahun akan naik satu degree. Semakin saya membesar, saya terasa kesakitan yang amat sangat pada badan belakang saya. Kadang kadang, semasa berjalan, bahagian tepi pinggul & kaki saya akan terkehel dan terjatuh. Setiap pagi setelah bangun tidur, tapak kaki kiri saya mula rasa mencucuk.

    Apa yang harus saya lakukan untuk megurangkan kesakitan yang saya alami ni, Doc? Medical appointment saya setahun sekali sahaja sbb doctor hospital kata saya dah dewasa, degree takkan membengkok, Dan kesakitan yg saya alami takdapat nak dibendung. Adakah saya akan begini selamanya?

  47. farhana
    February 12, 2015 at 11:50 pm

    Assalamualaikum Dr.
    Saya baru dapat tahu saya mengidap penyakit skoliosis ni bulan september 2014. kata Dr ianya tidak akan beri kesan apa apa. Namun apabila saya mengalami demam dan batuk. Saya akan mengalami sakit belakang yang teruk adakalanya sampai susah nak berjalan. ApabIla dirujuk Dr, saya diberi ubat tahan sakit dan disarankan untuk mengurangkan batuk agar dapat mengurangkan sakit belakang. Apa pendapat Dr berkenaan isu ini? Saya pengidap mild scoliosis. dan saya ingin bertanya adakah keberangkalian pengidap mild scoliosis boleh berubah menjadi moderate dan juga severe scoliosis? kerana setahu saya progression untuk tulang membengkok agak lambat. Mohon penjelasan. Tq

  48. nur
    February 21, 2015 at 5:15 pm

    salam dr.. saya berusia 18 tahun dan saya perasan sejak saya berusia 13 tahun ( tingkatan 1 ) saya mengalami tulang belakang yang membongkok ke depan. apabila saya berjalan atau berdiri kepala dan tengkuk saya agak ke depan dan bahu agak membongkok. dan sejak akhir2 ini saya sering sakit belakang. sampai sekarang saya membongkok.. saya rasa tidak ada keyakinan diri utk berdiri dan berjalan kerana masalah bongkok saya amat lah ketara.. keluarga dan rakan2 juga menegur saya supaya jgn bongkok.. saya cuba utk berdiri tegak tp kelihatan bongkok juga.. boleh doktor bagi pendapat tentang masalah saya ini.. apa yg perlu saya buat supaya saya tidak bongkok lagi … saya harap doktor dpt balas.. terima kasih byk2.. 🙂

  49. emmy
    February 24, 2015 at 9:25 pm

    Salam dr..
    suami sy seoramg guru + jurulatih sukan.
    jika diamati kakinya..kalau berdiri secara tegak..kakinya tidak rapat dan ada bentuk seperti ricket tp sgt sikit lengkunganye..

    Baru2 ni suami sy ade mengalami sakit pinggang kemudian bawak turun ke paha dan betis..makin lama makin sakit..sudah dibawa urut dan juga sudah ke hospital..dr ade beritahu saraf tunjangnye menekan tulang kaki yg menyebabkan kaki kananye sakit sedemikian rupa..

    Padamulanya dr suspect slip disc..dan diarah berehat..tp selepas seminggu keadaan masih sama..inisiatif kami yg seterusnya ke hospital gov dan cek untuk xray..selepas xray didapati kemungkinan menghadapi scoliosis kerana tulang belakang atasnye sedikit bengkok..sedikit sahaja..dan dinasihati menjalani pisio

    Persoalan saya adekah kerana tulang belakang itu yg menyebabkan sakit kaki nya? Tulang pinggul sangat sakit katanya..dan suami sy juga x boleh duduk lama..setiap kedudukan kakinya dia akn mengadu sakit..bila malam akn lbih terasa..sejuk barangkali..

    Saranan dan pendapat dr?

    Terima kasih dr..

  50. syazwani
    March 4, 2015 at 7:47 pm

    assalamualaikum Dr pada awal tahun lepas saya buat medical check up x-ray dkt klinik tanpa tidak diduga saya baru tahu yang sebenarnya tulang belakang saya dia senget ke kiri bahagian bawah and saya selalu kerap sakit bila nak baring straight and kadang kadang mcm sakit dkt dada . adakah ini bahaya ataupun tidak ? sebab semasa saya buat x – ray itu semasa saya berusia 18 tahun now saya dah 19 tahun tapi saya cuba elakkan utk baring straight sebab tulang belakang saya memang akan sakit and bila saya duduk pun dia sakit sikit . adakah bahaya utk remaja mcm saya ini ataupun memang ini perkara biasa utk sesiapa yg menghidap penyakit tulang belakang ini . terima kasih

  51. March 5, 2015 at 9:27 am

    Salam doktor, saya didapati mempunyai sakit skoliosis ni masa umur saya 20 tahun. Tetapi tulang belakang saya hanya membengok sikit sahaja dan bengkok itu bengkok ke kanan badan saya. Walaupun tulang belakang saya bengkok sikit tetapi saya mengalami kesakitan yang berpanjangan dan terasa sakit sangat. Hal ini menyebabkan saya harus mengurangkan aktiviti seharian saya dan saya ini adalah seorang yang aktif. Saya sedar saya sakit belakang sejak umur saya di sekolah rendah lagi kerana saya pernah mengajukan kesakitan saya kepada ibu bapa saya tetapi mereka mengatakan sakit lenguh biasa sahaja. Tetapi apabila saya mencecah umur 21 tahun, sakit itu makin kerap pula. Saya sudah jumpa dengan pakar orthopedik tetapi dia mengatakan saya punya tulang belakang tak teruk tetapi saya sakit sangat sangat dan berpanjangan. Jika saya tidak dapat hadir kuliah, kawan kawan dan pensyarah saya tidak mempercayai kesakitan yang saya alami. Apakah yang harus saya lakukan selain rawatan fisioterapi?

  52. nur
    June 5, 2015 at 5:53 pm

    salam dr, saya ingin bertanya saya sering berasa sakit di belakang seperti tanda2 skoliosis. sye ad membuat check up pd tahun lepas dan mendapati tulang belakang sedikit bengkok tetapi saya menghiraukan. saya ada sedikit rasa takut utk membuat check up akibat msalah ini. soalan saya:

    1.wajarkah saya hanya memakai baju yang menjadi sokongan untuk tulang belakang yang terdapat di mana2 farmasi tanpa merujuk dr dan membuat pemeriksaan?
    2. adakah dengan memakai baju sokongan tersebut dapat menyelesaikan masalah saya?

Leave a Reply to shazlina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box