Nasihat Kesihatan Semasa Keadaan Jerebu – KKM

Sumber: themalaysianinsider.com

Sumber: themalaysianinsider.com

Sehingga jam 10.00 pagi pada 27 Ogos 2015, semua kawasan merekodkan bacaan IPU sihat dan sederhana. Pada 26 Ogos 2015, Seri Manjung (10.00 pagi – 2.00 ptg) dan Pelabuhan Klang (3.00 – 6.00 pagi) merekodkan bacaan IPU tidak sihat untuk beberapa jam sahaja.

Mengikut kenyataan akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 26 Ogos 2015, JAS sedang memantau rapi status dan tren kualiti udara setiap jam berikutan keadaan jerebu masih tidak menentu dan jumlah titik-titik panas (hotspots) di negara jiran masih dikesan yang boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan berterusan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan ke negeri Sarawak.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu seperti berikut:

  • Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoors)
  • Jika terpaksa berada di luar untuk menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). 
  • Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
  • Jika mampu, pasanglah alat penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) di rumah. Penapis udara yang berkecekapan yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia boleh menghalang kebanyakan partikel halus yang berkaitan dengan asap dan seterusnya boleh mengurangkan jumlah pencemaran udara dari luar rumah masuk ke dalam rumah.

KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan pemantauan penyakit berkaitan jerebu (jangkitan saluran pernafasan, asma dan sakit mata) di klinik-klinik terpilih.

Bagi mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan bertambah teruk.

Kementerian juga ingin menasihatkan orang awam supaya peka dengan keadaan semasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan laman sesawang mengenai bacaan IPU.

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang KKM http://www.infosihat.gov.my atau http://www.moh.gov.my (info kesihatan).

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box