Mesyuarat teknikal pertama MIMPA/MMG – Dr. Hidayatul Radziah Ismawi

groupPersatuan Intergrasi Profesional Perubatan Malaysia (Malaysian Integrated Medical Professionals Association) (MIMPA) adalah badan penaung Malaysian Medical Gazette (MMG) yang dianggotai profesional perubatan, pakar teknologi maklumat dan penasihat perundangan. Mesyuarat teknikal pertama diadakan pada 19 Oktober 2013 untuk membincangkan  prestasi dan masa hadapan MIMPA dan MMG.

Bertempat di Kuala Lumpur, mesyuarat teknikal pertama ini telah berlangsung selama tiga jam dan menyentuh isu sambutan terhadap MMG, aspek pentadbiran dan pengurusan serta rancangan inovasi dan penambahbaikan seperti pelbagai aplikasi kesihatan telefon pintar untuk kegunaan orang ramai. Ia juga merupakan kali pertama bersua muka di antara ahli-ahli lembaga MIMPA yang sebelum ini menggerakkan MMG menerusi perhubungan alam maya. Diharapkan MIMPA menerusi MMG dan kaedah-kaedah pendekatan yang lain, dapat memberi khidmat terbaik kepada komuniti dan merealisasikan wawasan MMG untuk menjadi pusat maklumat perubatan yang boleh diakses oleh seluruh masyarakat dengan menggunakan bahasa yang mudah, boleh difahami dan tidak terlalu teknikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box