Mesyuarat Teknikal Pertama Konvensyen Persediaan dan Tindakan Kecemasan Antarabangsa 2014

photo 1Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (Malaysian Integrated Medical Professionals Association) (MIMPA) telah mengadakan mesyuarat teknikal buat pertama kali pada 12/11/2013 yang lalu. Mesyuarat tersebut membincangkan perancangan dan persediaan untuk Konvensyen Persediaan dan Tindakan Kecemasan Antarabangsa yang bakal diadakan pada bulan Oktober 2014.

Bertempat di Kota Kinabalu Sabah, mesyuarat ini telah dihadiri oleh 21 orang yang terdiri daripada pegawai perubatan, pakar perubatan dan pegawai tertinggi syarikat swasta yang akan terlibat dalam menjayakan konvesyen ini.

Selain daripada bersua muka buat pertama kali di kalangan ahli-ahli, mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan persediaan Konvensyen Persediaan Dan Tindakan Kecemasan Antarabangsa yang akan dianjurkan oleh MIMPA dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti pihak polis, bomba, marine, Sabah Air, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Tujuan utama konvensyen ini dirancang adalah untuk menambah pengetahuan dan memupuk integrasi di antara setiap agensi yang terlibat semasa mengendalikan situasi kecemasan dan bencana.

photo 2Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden MIMPA yang juga selaku penasihat untuk konvensyen tersebut, Dr. Dhesi Baha Raja, telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik AJK-AJK konvensyen bagiĀ  mengerakkan aktiviti dan perjalanan pengurusan persatuan ini.

Setiap AJK telah diberikan aktiviti-aktiviti atau tugasan yang akan dijalankan unutk konvensyen itu nanti. Ahli mesyuarat juga membincangkan masalah-masalah yang dihadapi pada masa kini mengenai persiapan dan tindakan kecemasan yang masih lemah di antara agensi-agensi apabila menghadapi masalah-masalah kecemasan dan bencana alam. Ahli mesyuarat telah bersetuju bahawa sasaran konvensyen ini dijalankan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat dan seterusnya mengintergrasi pelbagai agensi dan memperkasa masyarakat tentang persediaan dan tindakan kecemasan sekiranya terjadi bencana alam atau kes-kes kecemasan.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu telah mencapai beberapa keputusan berkaitan konvensyen yang bakal dijalankan pada 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box