Merokok dan Kesihatan Mulut #SmokeFreeMy – Dr Husna Razak

Source: http://beautifulwithbrains.com/

 

 

Ramai di antara kita tahu bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa merokok juga boleh mencacatkan penampilan kita? Merokok boleh mengakibatkan nafas berbau, penyakit gusi, gigi berkarat, luka sukar sembuh dan yang lebih merbahaya – kanser mulut. Sekarang, siapakah yang mahu ‘haruman’ aroma rokok apabila seorang perokok masuk ke ruang kamar?

Bagaimanakah merokok menjejaskan kesihatan mulut?

Nafas berbau

Rokok mengandungi rantaian hidrokarbon polisiklik yang memberikan rokok bau yang khusus. Walaupun anda telah selesai merokok, baunya boleh melekat di dalam mulut, pada baju dan juga pada sofa, sekaligus mengakibatkan bau tersebut kekal lama. Selain daripada bau yang kurang menyenangkan, ia juga mempunyai kesan bahaya asap kepada tangan ketiga (third hand smoking) kepada orang di sekeliling anda. Perokok juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit gusi yang lebih teruk, seterusnya menyebabkan nafas berbau.

Penyakit gusi.

Penyakit gusi merupakan punca paling biasa dan kerap kepada keguguran gigi di kalangan orang dewasa. Perkara ini agak menyedihkan bagi saya, kerana dalam kebanyakan kes, ianya boleh dielakkan. Para perokok juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit gusi yang lebih parah dan kritikal. Ini disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang terkandung di dalam rokok, yang membantutkan fungsi serta aktiviti tisu gusi yang normal. Bahan-bahan ini juga mengubah jenis bakteria dalam plak gigi, dengan menambah bilangan bakteria dari jenis yang memudaratkan. Kesannya? Ia mengurangkan pengaliran darah ke kawasan gusi, mengakibatkan perokok mungkin tidak mendapat tanda-tanda amaran awal penyakit gusi seperti gusi berdarah.

Teeth staining.

Gigi berkarat.

Senyuuuuum! Okey, mungkin anda perlu berlatih senyum tanpa menampakkan gigi mulai sekarang. Acah saja (sebenarnya tidak). Nikotin dan tar ialah ramuan asas dalam rokok yang mengaratkan gigi menjadi warna kuning, perang bahkan kehitaman. Pada awalnya, tar dan nikotin hanya terenap pada permukaan luar gigi. Lama-kelamaan, kotoran itu meresap ke lapisan dalam menerusi rekahan mikro yang ada pada permukaan gigi, menyebabkan ia mustahil untuk dihilangkan dengan ‘scaling’ dan gilapan.

Poor wound healing.

Luka sukar sembuh.

Merokok mengubah respon imuniti setempat di dalam mulut, sekaligus menyebabkan proses penyembuhan selepas mencabut gigi dan pembedahan mulut tertangguh. Merokok juga adalah salah satu faktor kepada kejadian soket kering (lompong gigi menjadi kering selepas gigi dicabut), suatu keadaan yang menyakitkan. Individu yang merokok sekotak rokok setiap sehari mempunyai 40% risiko mendapat soket kering selepas mencabut gigi geraham bongsu di bahagian bawah berbanding individu yang tidak merokok.

Mouth cancer.

Kanser mulut..

Ramai orang tahu hubungkait antara merokok dan kanser kerongkong. Terdapat banyak bukti yang mengaitkan merokok dengan kanser mulut, yang bermula daripada ulser tidak mampu-sembuh. Ulser ini boleh terjadi di mana-mana bahagian di dalam mulut, seperti pada lidah, bibir, gusi serta kawasan pipi sebelah dalam. Berdasarkan kajian yang dijalankan di HUSM, 60% pesakit kanser mulut ialah perokok.

Kita tahu bahawa merokok itu berbahaya. Kita tahu merokok boleh mengakibatkan maut. Kita mungkin tidak nampak kesannya sekarang namun bukan satu perkara yang mengejutkan jika besar kesan-kesan ini boleh dilihat pada jangka masa panjang. Berhenti merokok dan mengatasi ketagihan memerlukan semangat jati diri dan iltizam yang kuat sepanjang hayat, dan semestinya perkara ini tidak mudah. Jadi mulalah dari sekarang. Berikut ialah senarai klinik berhenti merokok – http://t.co/t3xDylY8Fq , mungkin ada yang berdekatan dengan anda? Saya akhiri artikel ini dengan satu kata-kata dari Confucius: “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.” Tidak pernah terlalu lewat untuk bermula.

.

Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) ialah pergawai perubatan pergigian di Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial/Maksilomuka di Kota Bharu. Kenali beliau lebih lagi di laman The Team.

References:

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box