Leptospirosis: Perang Terhadap Tikus – Dr Chiam Keng Hoong

Sumber: www.knowils.info

Sumber: www.knowils.info

25 Ogos 2013 : Pendekatan tangkap-dan-bunuh digalakkan sebagai satu-satunya cara menangani masalah tikus di Kota Kinabalu. Pendekatan holistik dan kerjasama kerajaan tempatan serta NGO untuk mengatasi masalah tikus di seluruh negara termasuk aktiviti gotong-royong, pemusnahan sarang tikus, dan mewujudkan kesedaran pada masyarakat tempatan.

8 Oktober 2013 : Medan selera yang kotor, restoran, dan pasar raya di kawasan komersial di Kubang Kerian, Kota Bharu dikenalpasti sebagai kawasan yang sesuai untuk didiami tikus. Jarak yang dekat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia menimbulkan kerisauan kerana dipercayai tikus-tikus ini menyelinap masuk ke dalam hospital melalui sarang bawah tanah dan paip kumbahan yang menyambungkan kedua-dua kawasan ini.

12 November 2013 : Peniaga-peniaga di Yong Peng, Johor menimbulkan isu kebersihan dan penjagaan kesihatan yang kurang memuaskan sebagai penyebab utama kenaikan jumlah tikus dan binatang perosak. Hal ini dibawa kepada Majlis Perbandaran Yong Peng untuk menguatkuasakan program kawalan binatang perosak jangka panjang bagi menghentikan pembiakan tikus, lalat dan lipas.

 13 Mac 2014 : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengisytiharkan perang terhadap tikus dengan menggandakan usaha mereka ke atas binatang perosak ini. Antara kaedah yang dicadangkan ialah menyembur racun fendona ke dalam tong-tong sampah dan di tempat-tempat makan. Ini akan membunuh binatang perosak dengan serta merta melalui sentuhan secara langsung.

12 Mei 2014 : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meningkatkan usaha mereka dengan melancarkan kempen kesedaran awam terhadap denggi dan leptospirosis. Racun tikus dipasang dan pengkaputan dijalankan di kawasan-kawasan perumahan tertentu pada hari tersebut.

Leptospirosis juga dikenali sebagai jangkitan kencing tikus. Coretan-coretan akhbar di atas adalah peringatan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membasmi punca leptospirosis – tikus. Walaupun makhluk berbulu tersebut adalah kunci kepada penyebaran penyakit itu, menuding jari kepada tikus sahaja tidak mencukupi kerana terdapat juga pembawa lain seperti binatang ternakan, haiwan liar dan binatang peliharaan.

Daripada kitaran hidup, boleh dilihat bahawa Leptospira merupakan bakteria penyebab leptospirosis. Disebabkan bentuk bakteria ini seakan-akan skru gabus, ia digolong bawah kategori spiroket (langsing, berlingkar). Bakteria ini memasuki badan melalui:-

  • Luka dan lelasan kulit
  • Membran mukus yang rosak atau tidak sempurna (pada mulut, hidung dan mata)
  • Kulit terlampau lembap
  • Menghidu titisan air kencing tikus atau melalui minuman yang tercemar

Sejurus selepas memasuki badan, bakteria ini akan merebak ke seluruh badan. Walaupun manusia menjadi hos pembawa bakteria secara tidak sengaja dan jatuh sakit, masalah terbesar ialah pada haiwan-haiwan yang terjangkit. Meskipun haiwan-haiwan ini tidak jatuh sakit, mereka terus menyebarkan bakteria ini kepada haiwan-haiwan lain, seterusnya menjangkitkan manusia yang mandi dalam air tenang yang telah dircemari air kencing tikus. Amalan yang tidak bersih dan juga kawasan-kawasan kotor dan tercemar adalah tempat terbaik untuk pembiakan Leptospira.

Beberapa pekerjaan dan aktiviti seperti yang tersenarai di bawah mendedahkan kita kepada risiko jangkitan leptospirosis yang lebih tinggi daripada biasa.

Pendedahan pekerjaan  

 

Pendedahan rekreasi

Hubungan langsung Hubungan tidak langsung
Peladang

Doktor haiwan

Pekerja rumah sembelih

Pemeriksa daging

Pekerja kawalan tikus

 

Pekerja pembentung

Pelombong

Pembersih tangki kumbahan

Penternak ikan

Penjaga mergastua

Pekerja terusan

Pekerja sawah

Peladang taro

Penebang tebu

 

Berkaki ayam di tempat lembap

Berkebun dengan tangan tanpa perlindungan

Sukan air

l  Berenang

l  Berkayak

l  Rakit redah jeram

l  Memancing di kawasan air tawar

 

Seringkali didapati pesakit-pesakit yang dijangkiti leptospirosis mempunyai sejarah pendedahan kepada faktor-faktor risiko yang telah disebut di atas. Perolehan sejarah pendedahan penting dalam membuat diagnosis. Oleh itu, adalah sangat membantu jika pesakit boleh mengingat kembali aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam kehidupan harian.

Gejala-gejala dan Komplikasi

Kebarangkalian leptospirosis adalah tinggi jika pesakit demam atau pernah terdedah, diikuti oleh dua atau lebih gejala-gejala lain seperti berikut:

  • Sakit kepala
  • Sakit/lenguh pada sendi
  • Sakit/lenguh pada otot
  • Mata kemerahan
  • Sakit tengkuk, mata sensitif pada lampu
  • Kurang membuang air kecil
  • Kecenderungan pendarahan
  • Kadar jantung tidak menentu, kegagalan jantung
  • Jaundis
  • Ruam kulit
  • Rasa loya, muntah, sakit abdomen dan cirit birit

Walaupun komplikasi leptospirosis bukan perkara biasa, ia boleh juga berlaku dalam sesetengah kes. Oleh itu, adalah berbaloi Leptospirosi diberi tumpuan untuk mendapat manfaat daripada kesedaran. Antara komplikasi yang mungkin berlaku adalah pendarahan dalam peparu, meningitis aseptik, kegagalan ginjal akut, miokarditis dan uveitis.

Pengurusan

Untuk mengesahkan diagnosis penyakit ini, sampel darah akan diambil untuk diuji. Pengurusan bergantung pada takat dan keterukan penyakit. Untuk kes-kes ringan, pesakit mungkin boleh dirawat sebagai pesakit luar. Antibiotik dan temujanji bagi lawatan seterusnya akan diberikan untuk meninjau simptom dan pengulangan pemeriksaan darah. Perlu diingat bahawa jika keadaan bertambah teruk atau simptom baru timbul, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana kemasukan hospital mungkin diperlukan.

Adalah disyorkan bagi kes-kes sederhana dan berat untuk dimasukkan ke hospital untuk pemantauan ketat supaya doktor boleh mengambil tindakan untuk menanangani sebarang komplikasi yang mungkin berlaku. Tambahan lagi, rawatan akan ditukar daripada antibiotik yang diambil melalui mulut kepada rawatan intravena (dimasukkan terus ke dalam salur darah) untuk mempercepatkan pemulihan.

Umumnya, rawatan antibiotik diberikan selama seminggu. Walaupun begitu, ini tidak semestinya bermaksud anda cuma perlu berada di dalam wad selama seminggu sahaja kerana anda akan dibenarkan pulang hanya jika keadaan anda bertambah baik dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Pencegahan

Seperti pepatah yang berbunyi, “kebersihan adalah sebahagian daripada iman”, jelas sekali terdapat keutamaan untuk pelaksanaan amalan kebersihan yang baik dan menguatkuasakan pencucian tangan. Kedai-kedai makan terutamanya perlu meningkatkan taraf kebersihan dengan memastikan sampah dibuang dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang bertutup skru untuk menghalang binatang pembangkai daripada memasukinya dan memakan sisa makanan. Peralatan perlindungan seperti sarung tangan getah hendaklah dipakai ketika mengendalikan daging-daging tercemar kerana anda terdedah pada risiko lebih tinggi dijangkiti leptospirosis. Sekiranya pencucian tangan yang kerap kurang ideal, mendapatkan pensanitasi tangan (hand sanitizer) untuk diletakkan pada lokasi-lokasi strategik di tempat kerja juga adalah pilihan alternatif yang sesuai.

Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasi leptospirosis, perkara ini hendaklah menjadi usaha sama antara rakyat dan kerajaan untuk benar-benar mengatasi penyakit ini. Kesedaran mengenai penyakit bawaan vektor dan mengambil langkah-langkah perlu seperti yang disenaraikan dalam rencana ini perlu diambil untuk membantu mencapai matlamat ini.

Dr. Chiam Keng Hoong seorang doktor perubatan dalaman dan pemegang MRCP. Beliau sekarang bertugas di Sabah. Artikel ini diterjemahkan oleh Nur Nadhirah daripada https://www.mmgazette.com/leptospirosis-the-war-against-rats-dr-chiam-keng-hoong/

Rujukan:

  • Chan, Z. (2014). DBKU declares war against rats, flies. The Star. [online] Available at: http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/03/13/DBKU-declares-war-against-rats-flies-20-major-eateries-in-jurisdiction-identified-for-programme-to-i/ [Diakses 13 Nov. 2014].
  • Foo, N. (2014). MBPJ steps up fight against dengue and leptospirosis. The Star. [online] Available at: http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/05/12/MBPJ-steps-up-fight-against-dengue-and-leptospirosis/ [Diakses 13 Nov. 2014].
  • Lee, S. (2013). Let’s kill rats together. The Star. [online] Available at: http://‘Let’s kill rats together’ [Diakses 13 Nov. 2014].
  • The Star, (2013). Pest breeding grounds too close for comfort. [online] Available at: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/08/Pest-breeding-grounds-too-close-for-comfort/ [Diakses 13 Nov. 2014].
  • The Star, (2013). Campaign to fight against rats invasion in Ayer Hitam. [online] Available at: http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/11/12/Campaign-to-fight-against-rats-invasion-in-Ayer-Hitam/ [Diakses 13 Nov. 2014].

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box