Kudis tekanan (Decubitus Ulcer)- Nur Nabiila Masfuzah Abdullah

“Kaklong, semalam kawan mak call, tanya kenapa punggung mak nya ada luka, sedangkan bukannya ada terkena apa-apa. Iyalah. Sejak mak dia kene angin ahmar, asyik terbaring je”

“Doktor, kenapa punggung mak saya luka, semalam dia cirit-birit, tetapi lambat sikit tukar pampers, tengok-tengok ada luka. Kenapa boleh jadi macam tu”

“Alamak Kak, sorry. Semalam masa tukar baju mak, kuku tercakar sikit bahu mak. Tengok-tengok hari ni luka makin besar”

Jersey City, New Jersey, USA --- Black woman recovering in hospital bed --- Image by © JGI/Tom Grill/Blend Images/Corbis

Mesti ramai yang tertanya kenapa ada sesetengah pesakit yang mengalami keadaan di mana terdapat luka pada sesetengah bahagian badan terutama di punggung, bahu, pinggul, siku serta tumit.

Keadaan ini di panggil DECUBITUS ULCER ataupun KUDIS TEKANAN/PRESSURE SORE/BED SORE.
Ia biasanya terjadi terhadap kulit yang meliputi tulang atau ‘Bony Area’.

Sering terjadi kepada;
~ Warga Tua
~ Orang Kurang Upaya Pergerakan
~ Mereka yang menghabiskan masa yang lama di katil
~ Mereka yang tidak dapat menggerakkan sesetengah anggota badan tanpa bantuan.
~ Mereka yang mempunyai ‘fragile skin’ / kulit mudah rapuh.

Faktor Risiko Decubitus Ulcer;

 Boleh terjadi apabila pesakit tidak dapat merubah posisi tubuh apabila terlalu lama duduk di atas kerusi roda atau baring di atas katil

 Terjadi kepada pesakit yang mempunyai kulit yang mudah rosak/luka terutama pesakit yang tua,

 Pesakit yang tidak mendapat nutrisi yang cukup selain mengalami pola pemakanan yang tidak tersusun seperti, kurang minum air bagi memastikan kelembapan kulit.

 Penyakit seperti Diabetis Mellitus (Kencing Manis) yang menyebabkan gangguan dalam perjalanan darah ke tisu tubuh, menyebabkan gangguan dalam penghasilan tisu baru pada kulit.

Tanda-tanda Decubitus Ulcer;
~ Perubahan warna pada kulit
~ Sakit pada kulit yang terlibat
~ Jangkitan kuman
~ Kelihatan luka terbuka pada kulit
~ Kawasan terlibat jika disentuh, akan terasa lembut/lembik jika dibandingkan dengan kulit sekeliling.
~ Sensitif terhadap sentuhan.

Kebiasaannya bagi pesakit yang mempunyai risiko terjadinya Decubitus Ulcer, pemerhatian penuh akan diberikan serta tindakan awal akan diambil bagi mengelakkan berlakunya perkara tersebut antaranya;

~ Menukar posisi pesakit setiap 2 jam seperti dari mengiring kiri ke kanan, ataupun dari mengiring kanan ke kiri.

~ Meletakkan ‘Ripple Mattress’ yang mempunyai fungsi seperti ‘urutan’/alunan ombak dimana udara yang dimasukkan akan bertindak untuk memberikan kesan gerakan pada tubuh pesakit.

~ Meletakkan losyen pelembab terutama pada kawasan bony area.

~ Meletakkan bantal/alas di kaki, punggung, bahu serta kawasan yang berisiko bergesel antara satu sama lain.

~ Menukar pampers dengan kerap terutama jika pesakit membuang air besar, kuman daripada kelembapan yang ketara boleh meransang berlakunya kudis tekanan.

~ Penukaran cadar setiap hari juga perlu dilakukan selain memastikan tidak terdapat kedutan ketara pada cadar, sisa- sisa makan atau alatan yang boleh memberikan geseran kepada kulit.

~ Pakaian yang lembab akibat peluh atau air liur juga perlu ditukar dengan kerap.

~ Memastikan ventilasi pengudaraan adalah baik, seperti penghawa dingin/kipas angin supaya kelembapan serta kekeringan kulit dapat dikawal.

~ Memakaikan pressure socks juga boleh digunakan kerana pengaliran darah yang elok boleh mengurangkan risiko terjadinya Decubitus Ulcer.

* Kepada perawat atau penjaga pula, dinasihatkan untuk memastikan kuku adalah pendek, tidak memakai jam/gelang/bangle yang boleh menyebabkan geseran terhadap kulit boleh terjadi.

* Walaubagaimanapun, apabila terjadinya Decubitus Ulcer, pencucian luka atau ‘dressing’ akan dilakukan bagi membersihkan kawasan yang luka ataupun ‘debridement’ iaitu satu procedure dimana pembuangan tisu mati/rosak dilakukan bagi menggalakkan penghasilan tisu baru.

Penjagaan serta kaedah pengurusan pesakit dengan betul dapat membantu dalam memastikan Decubitus Ulcer tidak berlaku.

Seeloknya juga sebagai penjaga, kita juga terlibat sama dalam menjaga integriti kulit pesakit supaya dapat mengelakkan risiko Decubitus Ulcer terjadi.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah sedang menyambung pengajian keperingkat ijazah dalam bidang kejururawatan dan Jururawat Terlatih Dewan Bedah Hospital Banting

Medical Mythbusters Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box