Kesan Kehilangan Gigi Kekal – Dr Anis Ezrina

Sumber: mentalfloss.com

Sumber: mentalfloss.com

Gigi adalah satu anugerah yang diberikan oleh maha pencipta untuk dijaga dan digunakan sebaik yang mungkin. Ia terbahagi kepada dua set iaitu set gigi susu dan set gigi kekal. Namun begitu, adakalanya gigi menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan ia terpaksa dicabut. Kehilangan gigi susu yang terlalu awal akan memberi kesan kepada pertumbuhan gigi kekal. Justeru itu, penjaga perlulah memberi perhatian kepada kebersihan mulut anak-anak mereka sejak dari awal lagi. Kehilangan gigi kekal pula akan memberi lebih impak kepada sesorang individu itu. Pesakit akan mula mencari alternatif untuk mengganti gigi yang tiada, supaya mereka boleh mengunyah dengan berkesan, mengekalkan kecantikan dan memudahkan pertuturan. Rawatan yang ada pada masa ini ialah ‘implant’, ‘korona’ dan ‘jambatan’ atau gigi palsu. Kebanyak pesakit lebih suka kepada rawatan ‘fixed restoration’ seperti ‘implant’ atau ‘korona’ dan ‘jambatan’ kerana ia kekal di dalam mulut. Rawatan gigi palsu pula jarang disukai oleh pesakit kerana ia bersifat ‘removable’.

Apakah kesan kehilangan gigi kekal?

gigi

Penyusutan tulang

Akibat daripada kehilangan gigi, tulang juga akan mengalami penyusutan. Ini adalah kerana ketiadaan gigi, stimulasi untuk menghasilkan tulang tidak berlaku pada kawasan gigi yang dicabut. Tulang akan menyusut. Kadang-kadang penyusutan yang kronik menyebabkan saraf terdedah dan tulang patah. Justeru itu jika gigi palsu dibuat, pesakit akan rasa sakit/tidak selesa. Pemakaian gigi palsu pula, akan memberi lebih tekanan kepada tulang rahang, dan tulang akan lebih menyusut, dan menjadi nipis. Apabila tulang menyusut, gigi palsu selalunya longgar, dan pesakit akan membuat gigi palsu yang baru.

gigi2gigi3

Pengecutan otot muka

Akibat daripada kehilangan gigi, penyusutan tulang akan menyebabkan otot muka mengecut selari dengan kehilangan tulang. Wajah pesakit juga akan kelihatan tua. Ciri wajah pesakit kehilangan gigi ialah:

  1. Bibir yang nipis
  2. Dagu semakin kehadapan
  3. Pipi yang menggelebeh

gigi4

Pergerakan gigi

Apabila gigi dicabut, pergerakan gigi akan berlaku. Ini adalah kerana gigi tidak stabil akibat daripada daya letusan (‘eruption forces’) dan siri kompleks hubungan tekanan (‘complex series of pressure contact’). Kesan daripada pergerakan ini, gigitan gigi menjadi tidak harmoni menjurus kepada masalah sendi rahang. Pergerakan gigi ini juga akan menyebabkan masalah gusi, dan lubang pada gigi akibat kesukaran untuk memberus gigi dengan sempurna.

gigi5

Pertumbuhan gigi berlebihan “Over-eruption”

Gigi akan terlebih tumbuh kerana tiada penampan setelah gigi bertentangan dicabut

Kesannya gigi akan berasa sensitif kerana berlakunya pendedahan kawasan akar gigi. Selain daripada itu, ia akan memberi kesukaran kepada proses rawatan untuk menggantikan gigi tersebut kerana tiada ruang untuk meletakkan gigi palsu, ‘korona’ atau ‘jambatan’ dan ‘implant’. Rawatan akan menjadi lebih sukar kerana pegawai pergigian akan mengubah suai gigitan pesakit. Proses ini dikenali sebagai pemulihan mulut secara keseluruhan (‘full mouth rehabilitation’).

gigi6 gigi7

Masalah kecantikan

Jika sekiranya gigi belakang tiada, proses pengunyahan akan dipindahkan ke gigi hadapan. Daya yang melampau akan menolak gigi ke hadapan. Gigi akan kelihatan jongang dan jarang

Masalah sendi rahang mulut

Ia berlaku apabila berlakunya ‘kontak’ atau pertembungan yang tidak harmoni di antara gigi (atas dan bawah) seperti gigi terlebih tumbuh. Apabila gigitan tidak harmoni, pesakit akan mengalami sakit pada sendi rahang, sakit kepala dan kawasan sekitar telinga dan leher.

gigi8

Justeru itu, saya sebagai pegawai pergigian, amat menyeru kepada semua masyarakat agar peka terhadap gigi. Gigi adalah sebahagian daripada kesihatan kita. Jaga gigi dengan sebaik yang mungkin dengan pemberusan yang berkesan, penggunaan ‘floss’ dan ubat kumur. Jika kita boleh melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun, begitu juga untuk pemeriksaan gigi. Datanglah untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Dr. Anis Ezrina adalah seorang pakar pergigian restoratif yang sangat mementingkan pendidikan pesakit terhadap masalah pergigian. Kenali beliau dengan lebih lanjut di lama The Team.

*Sumber gambar dari www.implantdentistryinstutute.com

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

Rujukan:

3 comments for “Kesan Kehilangan Gigi Kekal – Dr Anis Ezrina

  1. Elly
    October 26, 2014 at 12:03 pm

    Salam doctor, soalan saya, apa tindakan yang perlu dilakukan jika sesorang itu telah kehilangan gigi kekal untuk tidak terkena kesan-kesan seperti yang dinyatakan diatas. Terima kasih

  2. Dr Anis Ezrina
    October 27, 2014 at 10:13 am

    Tindakan yang pertama yang perlu anda lakukan ialah:
    1. Melawat ke klinik pergigian yang berdekatan dan mendapat nasihat daripada pegawai pergigian yang berkenaan.
    2.Gigi kekal yang hilang boleh diganti dengan pelbagai kaedah iaitu gantian menggunakan gigi palsu, korona atau jambatan dan implant.
    3.Kesesuaian gantian gigi bergantung kepada keadaan gigi yang masih ada, serta struktur anatomi di dalam mulut. Rawatan akan dirancang setelah meneliti apa yang terbaik untuk pesakit
    4. Bersegeralah untuk mendapat rawatan kerana kesan-kesan yang tersebut diatas adalah berbeza bagi setiap pesakit. Adakalanya sesetengah pesakit akan cepat merasai kesannya, dan ada pula yang mengambil masa yang lama. Ini bergantung kepada berapa banyak kehilangan gigi kekal bagi setiap pesakit.
    5.Justeru itu, jagalah set gigi kekal anda.

  3. Asyraff
    February 13, 2015 at 10:08 am

    Salam doktor,

    Semasa anak saya berumur 6 tahun, doktor gigi pernah mematikan urat pada gusi anak saya. Pesan doktor semasa umurnya 9 tahun, perlu pergi semula ke klinik gigi bagi menghidupkan kembali urat tersebut. Masalah saya, adakah doktor gigi berlainan dpt kenalpasti bahagian yg dimatikn urat tersebut memandangkn kami telah berpindah ke negeri lain dan rekod gigi tidak ada. Apa pendapat doktor tentang kaedah mematikan urat ini? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box