Kematian dan Kedukaan – Dr Sumeet Kaur

beauty girl cry

Berduka atau hiba ialah suatu situasi traumatik yang boleh dirasai oleh seseorang insan. Malangnya, ramai antara kita yang telah melalui pengalaman kehilangan orang yang sangat kita kasihi. Duka ialah satu emosi yang kuat dan rumit yang mengiringi apa jua jenis kehilangan.

Kedukaan bukan sahaja berlaku sekiranya ada kematian, tetapi juga boleh terjadi sekiranya terputus hubungan, hilang pekerjaan, atau hilang haiwan peliharaan. Setiap orang berduka dengan cara berbeza; proses berduka itu unik; seunik cap jari masing-masing.

Senario berikut ialah situasi sebenar yang mugkin di alami oleh sebilangan kita sebagai pengamal perubatan.

Senario 1

Komal ialah guru berusia 40 tahun dan kakaknya telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Kakaknya mempunyai hubungan rapat dengan anak-anak Komal. Mereka berumur 5 dan 7 tahun. Kanak-kanak itu seperti faham yang “sesuatu yang buruk” telah berlaku tetapi masih bertanyakan hal makcik mereka. Mereka tidak mengerti bahawa makcik mereka telah tiada lagi di dunia ini.

Dalam situasi di atas, Komal sepatutnya tahu bahawa sebagaimana orang dewasa bersedih, kanak-kanak juga bersedih. Terutama sekali apabila anak itu mempunyai hubungan rapat dengan mendiang. Pada kanak-kanak yang masih muda, ia boleh jadi pengalaman pertama kehilangan seseorang dan mereka menganggap diri mereka sebenar-benarnya telah ditinggal dan diabaikan.

Kanak-kanak mungkin mengasingkan diri, kencing malam atau mempamerkan tingkah laku yang mungkin memusnahkan diri mereka di sekolah sepanjang proses ini. Adalah dinasihatkan supaya mereka dibenarkan turut serta dalam proses berduka dan ritualnya tetapi harus juga mengekalkan rutin kebiasaann mereka sebanyak mungkin untuk memberikan mereka rasa keamanan.

Mereka juga mungkin bertanyakan soalan berkenaan kematian. Antaranya mungkin sebegini:

  • Adakah saya buat salah hinggakan makcik meninggalkan saya?
  • Bagaimana jika ibu dan ayah saya juga meninggal dunia?
  • Kenapa makcik pergi?
  • Bolehkah saya berjumpanya/berbicara dengannya lagi?

Adalah ideal menjawab persoalan mereka dengan nada simpati, jujur tetapi juga penuh dorongan. Yakinkan mereka bahawa keperluan mereka akan terus dipenuhi. Contohnya, jika makcik mereka biasa menghantar dan menjemput mereka setiap hari di sekolah, akan ada orang lain yang memikul tugas itu kelak.

Senario 2

Puan S mengadu kepada doktor yang dia bimbangkan suaminya semenjak kematian anak mereka dua tahun lalu. Anak Encik S membunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik tidur selepas putus cinta. Encik S tidak lagi bersama kawan-kawan dan keluarga dan menghabiskan masanya di bilik tidur anaknya sambil minum wiski. Beliau mencerca Puan S kerana melepaskan dan ‘melupakan’ anak mereka. Encik S merasa bersalah terhadap kematian anak mereka dan asyik berbicara tentang itu. Baru-baru ini, Puan S ada juga mendengar Encik S bercakap dengan mendiang anaknya, merayunya agar pulang ke dunia. Terdapat ahli keluarga yang mengata mereka akibat peristiwa bunuh diri itu dan mereka tidak lagi mengunjungi kuil lantaran malu.

Encik S mengalami kedukaan trauma atau kompleks. Satu daripada tiga orang yang berduka mengalaminya. Dalam situasi Encik S, perlu diambil perhatian bahawa beliau telah mula mengambil dadah untuk mengubat dirinya sendiri. Walaupun kebanyakan individu yang mengalami kedukaan tidak perlukan bantuan psikiatri, dalam hal ini Encik S seharusnya dinilai oleh pakar kesihatan mental dan diberikan rawatan yang sewajarnya. Kedukaan trauma ada pelbagai komplikasi seperti yang dipaparkan dalam Jadual di bawah.

Terapi Kedukaan (Grief Therapy/GT) mungkin berguna untuk Encik S. Langkah pertama GT ialah memandu rasa kehilangan – iaitu menyalurkan emosi yang betul kepada perasaan kehilangan. Tahap kedua ialah berorientasikan pemulihan yang membantu untuk fokus terhadap penyelesaian dan kebolehan untuk mencampakkan kehilangan itu ke masa lalu dan menumpukan kepada masa depan. Ini dapat membantu Encik S mengenalpasti peranan baru bagi dirinya dan menempa hubungan baharu. Encik S seharusnya diyakinkan bahawa dia tidak mengkhianati anaknya dengan dia memandang ke hadapan dan merancang untuk masa depan. Encik S boleh mendapat faedah daripada rawatan jangka masa pendek SSRI (Selectice Serotonin Reuptake Inhibitors) iaitu dengan ubat anti-murung baris pertama. Komplikasi kedukaan trauma seperti penyalahgunaan dadah dan risiko membunuh diri perlulah disaring dan diberikan rawatan yang sebaiknya.

Kebanyakan individu berduka dengan bersangatan tetapi pulih semulajadi. Biasanya tiada indikasi untuk bantuan psikiatri kerana ia boleh melambatkan proses pemulihan secara alami. Namun dalam individu yang mengalami kesedihan yang rumit, amatlah disyorkan dan dinasihatkan agar mendapatkan bantuan pengamal kesihatan mental. Antara faktor-faktor yang menandakan kesedihan yang rumit ialah situasi yang menimbulkan stigma, kematian yang boleh dibilang dengan jari (tidak ramai), dan kematian pasangan atau anak. Kesedihan rumit dimanifestasi dengan kehilangan fungsi jangka masa panjang dan gejala yang tidak surut selepas 6 bulan.

Jika anda atau sesiapa yang anda sayangi sedang mengalami gejala-gejala kesedihan yang rumit, segeralah dapatkan bantuan profesional.

Dr Sumeet Kaur ialah seorang pakar psikiatri yang bekerja di Malaysia dan juga ahli “Early Career Psychiatrists”. Artikel ini diterjemahkan daripada https://www.mmgazette.com/on-death-dying-and-distress-dr-sumeet-kaur/ oleh Dr Maimun.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box