“Kasut tumit tinggi menyakitkan!” – Jonathan Goh

Sumber: www.npr.org

Sumber: www.npr.org

Tumit tinggi adalah lambang keanggunan mengikut dunia fesyen wanita. Setinggi tiga hingga empat inci kasut tumit tinggi direka untuk merehatkan tumit pada ‘stiletto’, bergabung dengan rekaan yang agak rumit bagi menampakkan keyakinan diri yang tinggi. Kasut tumit tinggi mula digayakan oleh golongan wanita pada zaman pertengahan tahun 1630-an, semenjak itu, kebanyakan golongan wanita di seluruh negara dunia pertama, telah mendedahkan diri mereka dengan pelbagai masalah kaki, pergelangan kaki, lutut dan sakit belakang. Benarlah kata pepatah, “Keindahan itu menyakitkan!”.

Sebentar! Sebelum menyimpan semula kasut-kasut tumit tinggi itu ke dalam almari, izinkan kami menjelaskan mengapa kasut tumit itu tidak membawa kebaikan. Sedia maklum, perkembangan manusia dalam memulakan langkah pertama adalah dengan menggunakan kedua belah kaki , kemudian kaki kita berubah sebagai penyerap hentakan yang menyokong berat badan dan juga daya yang telah dikenakan ke atasnya.  Untuk mencegah tekanan terhadap kepatahan dan kecederaan tisu lembut daripada berlaku, tubuh kita telah maklum untuk berupaya berjalan dalam pola tertentu bagi mengimbangi keserataan dalam berat badan bagi setiap struktur kaki. Ia dikenali sebagai kitaran gaya berjalan. Cuba berjalan di hadapan cermin dengan berkaki ayam, anda akan menyedari bahawa apabila kaki kanan anda diangkat ke hadapan , tumit kaki yang akan menyentuh permukaan lantai terlebih dahulu, sebelum tapak kaki diletakkan sepenuhnya di atas lantai. Percubaan untuk kaki kiri pula, dilihat apabila tumit kaki kanan diangkat keseluruhan dan akhirnya, jari-jemari kaki kanan akan menyusul. Sekarang, cuba pakai kasut tumit tinggi anda dan ulangi keseluruhan proses yang sama, apakah yang anda lihat? Kini, pergerakan kaki  telah dikunci ke dalam keadaan pergerakan yang telah dibincangkan tadi. Ia dikenali sebagai gaya jalan bertumit tinggi di mana peningkatan tekanan terhadap bahagian tapak kaki di hadapan sebanyak 30% ; menyebabkan tekanan keretakan dan ‘bunion’. Berikut adalah sepuluh masalah kaki yang dialami oleh wanita dalam kasut tumit tinggi oleh College of Podiatry.

10 Senarai Teratas Sakit Kaki yang Dideritai oleh Para Wanita :

  1. Lepuh (55%)
  2. Rekahan Tumit  (45%)
  3. Veruccas (28%)- sejenis ketuat yang disebabkan oleh ‘human papilloma virus’ (HPV), yang berlaku pada tapak kaki atau pun jari-jemari kaki
  4. kematu (24%) – kulit yang menebal; menimbulkan kesakitan
  5. Kuku Mencengkam – (20%) dan kutu air (20%)
  6. Bunion (13%) – kecacatan bertulang pada pangkal ibu jari kaki yang besar
  7. Masalah Sendi  (11%)
  8. Bau kaki yang keterlaluan (9%)
  9. Artritis (8.8%) – keradangan menyakitkan dan kekakuan sendi
  10. Masalah otot (8%)
Sumber: www.timesofmalta.com

Sumber: www.timesofmalta.com

Kajian dijalankan untuk menyiasat kesan kasut tumit tinggi terhadap tulang belakang dan send-sendi lain seperti pinggul dan lutut. Apa yang mereka dapati adalah dengan memakai dan berjalan menggunakan  kasut tumit  tinggi menyebabkan perubahan pada postur tulang belakang kerana tumit diletakkan dalam keadaan tinggi,manakala tulang pinggul berkeadaan terkeluar ke hadapan. Tekanan akan meningkat pada bahagian tulang belakang bawah hingga menyebabkan pelbagai masalah tulang belakang seperti prolaps cakera (disc prolapse) yang akan saya rungkaikan dalam artikel akan datang. Dengan keadaan pinggul condong ke hadapan, ia menjarakkan lutut dari yang sepatutnya dan bahagian dalam lutut akan diletakkan dalam keadaan menampung sejumlah besar tekanan, akan membawa kepada osteoartritis. Bukan sahaja sendi akan terjejas, telah dilihat bahawa pemendekan otot betis dan dan tendon Achilles, jika berjalan dengan tumit tinggi. Ini akan meningkatkan kadar kelaziman fasciitis plantar.

Berbekalkan dengan apa yang telah diperkatakan dan dilakukan,  umumnya mengetahui bahawa kasut tumit tinggi tidak elok tetapi tidak ramai yang tahu sebab di belakangnya. Harapan saya agar artikel ini dapat membantu dalam memperjelaskan bahawa Jimmy Choo atau Michael Kors kepunyaan anda, bukanlah pilihan terbaik untuk kaki anda, namun ia tidak bermakna anda harus berhenti memakainya secara menyeluruh.

Saya selalu menasihatkan pesakit saya untuk mengambil segala-galanya secara bersederhana dan sentiasa memberikan kaki atau badan anda rehat yang diperlukan. Mereka akan berterima kasih untuk itu dengan tidak memberi diri  sendiri kesengsaraan pada masa hadapan.

En. Jonathan Goh ialah seorang ahli fisioterapi yang kini bertugas di Sarawak. Beliau punyai minat yang mendalam untuk meningkatkan kesedaran awam tentant isu-isu penting seperti osteoarthritis. Artikel ini diterjemahkan oleh Raja Maizatul Azaria daripada artikel asal di sini.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

Rujukan:

  • Kinematics of high-heeled gait in Opila-Correia KA.Arch Phys Med Rehabilitation. 1990 Apr; 71(5):304-9.
  • 2″Lower extremities kinematics variety of young women jogging with different heel height in Int. J. Biomedical Engineering and Technology, 2013, 12, 240-251
  • Long-term use of high-heeled shoes alters the neuromechanics of human walking. J Appl Physiol (1985). 2012 Mar;112(6):1054-8. doi: 10.1152/japplphysiol.01402.2011. Epub 2012 Jan 12.
  • Lower extremities kinematics variety of young women jogging with different heel height by Yaodong Gu; Yan Zhang; Wenwen Shen International Journal of Biomedical Engineering and Technology (IJBET), Vol. 12, No. 3, 2013
  • http://www.scpod.org/foot-health/campaigns/feet-for-life-month-2013-embarrassing-feet/

2 comments for ““Kasut tumit tinggi menyakitkan!” – Jonathan Goh

  1. Fuady
    March 8, 2014 at 12:17 am

    oh my!! i still love my heels 😀 Dr. sya ingin bertanya adakah mereka yg mengalami bunion akan berasa sakit? bagaimana pula dgn mereka yg bekerja & memakai kasut tumit tinggi +/- 7-8 jam sehari? apakah nasihat Dr.TQ

  2. July 8, 2014 at 7:26 pm

    Fuady,

    Bunion adalah satu keadaan dimana terdapat benjolan pada sebelah dalam ibu jari kaki akibat ibu jari kaki tersebut membengkok ke arah luar (kearah jari kaki ke-5). Pada asalnya ia tidak akan menyebabkan kesakitan. Ia hanya akan menyebabkan rasa sakit sekiranya terdapat radang (inflammation) akibat tekanan pada bunion tersebut (contohnya akibat memakai kasut ketat), sekiranya terdapat jangkitan kuman ataupun sekiranya terjadi osteoarthritis iaitu kerosakan sendi pada ibu jari tersebut.

    Saya nasihatkan mereka yang memakai kasut tumit tinggi agar meninggalkan amalan tersebut, atau sekurang-kurangnya mengurangkannya kerana, ia akan menyebabkan masalah pada jangkamasa panjang.

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box