Gigi Tercabut? Apa Yang Boleh Anda Lakukan? – Dr Marini Ismail

Sumber: lifeinthefastlane.com

Sumber: lifeinthefastlane.com

Kemalangan mungkin terjadi kepada kanak-kanak sama ada semasa bermain atau semasa kegiatan sukan yang boleh menyebabkan kecederaan pada muka, mulut mahupun gigi. Namun begitu, tahukah anda apa yang perlu anda lakukan sekiranya kemalangan itu terjadi kepada anak anda yang menyebabkan gigi kekal hadapan teravulsi? Gigi teravulsi ialah gigi yang terkeluar dari soket (lubang tulang tempat gigi tertanam).

Gigi yang teravulsi ini masih boleh diselamatkan dengan meletakkan gigi tersebut semula ke dalam soketnya. Cara ini di panggil reimplantation atau implantasi semula.

Sekiranya gigi susu yang teravulsi, anda  tidak perlu lakukan implantasi semula. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan pada gigi yang teravulsi:

teeth3

PERINGATAN:

  • Jangan memegang gigi pada bahagian akar gigi
  • Jangan memberus permukaan gigi dan akarnya
  • Jangan membalut gigi dengan kertas tisu atau sapu tangan
  • Jangan bawa gigi dalam keadaan kering, dibalut kain atau tisu
  • Jangan bawa gigi dalam air paip
  • Pastikan gigi sentiasa dalam keadaan lembap

Langkah-langkah awal perlu dilakukan bagi mencegah kecederaan pada bahagian mulut bagi mengelakkan kehilangan  gigi sekiranya gigi tercedera. Antaranya ialah memakai alat pelindung gigi semasa melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti bersukan. Namun begitu, sebagai ibubapa dan penjaga, kita juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat menghadapi dan mengambil tindakan yang sepatutnya sekiranya terdapat masalah yang tidak diundang seperti masalah gigi teravulsi ini.

Dr Marini adalah seorang pegawai pergigian yang berkhidmat di Selangor.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box