Bahaya Penyalahgunaan Tranexamic Acid – Khairul Naim bin Zainal Abidin

Sumber: www.rxresource.org

Sumber: www.rxresource.org

Tranexamic acid merupakan sejenis ubat moden yang digunakan untuk merawat masalah pendarahan yang tidak terkawal. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul dan suntikan. Sehingga 2014, terdapat enam jenis produk yang mengandungi tranexamic acid yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Keenam-enam jenis produk tersebut ialah:

tran

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kecenderungan di kalangan pengamal kecantikan dan penjual produk kosmetik yang mempromosikan penggunaan tranexamic acid sama ada secara suntikan atau kapsul untuk tujuan memutihkan kulit. Tindakan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab ini disertakan dengan hujah bahawa produk tranexamic acid yang dipromosikan oleh mereka berdaftar dengan Kementerian Kesihatan jadi oleh sebab itu tranexamic acid selamat digunakan sebagai produk kosmetik.

Tranexamic acid merupakan ubat moden yang diklasifikasikan sebagai ubat kumpulan A, iaitu ubat yang hanya boleh dibekalkan oleh doktor, doktor gigi dan ahli farmasi sahaja. Malahan pembekalan tranexamic acid oleh ahli farmasi memerlukan preskripsi yang sah daripada pengamal perubatan. Hal ini kerana tranexamic acid perlu diambil dengan dos yang betul, diberikan kepada pesakit yang betul-betul memerlukan rawatan menggunakan ubat ini dan digunakan untuk indikasi (kegunaan) yang betul.

Pengambilan tranexamic acid tanpa pengawasan doktor yang bertauliah bakal mendedahkan pengguna kepada komplikasi ubat yang serius. Antaranya adalah penurunan tekanan darah secara mendadak dan thromboembolic event (pembentukan darah beku yang kemudian tersebar ke keseluruhan sistem peredaran darah). Kedua-dua kesan sampingan tersebut boleh membawa maut ke atas pengguna. Selain itu, tranexamic acid tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang teruk dan masalah berkaitan pembekuan darah dalam badan.

Pengguna dinasihatkan agar tidak mendapatkan rawatan kosmetik yang menggunakan tranexamic acid kerana tranexamic acid merupakan ubat terkawal yang memerlukan pemantauan pengamal perubatan bertauliah sebelum diambil. Penjualan tranexamic acid tanpa lesen yang sah merupakan kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. Sebarang aduan berkenaan penjualan dan promosi suntikan/kapsul tranexamic acid untuk tujuan kosmetik boleh diadukan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau melalui sistem aduan atas talian bersepadu di laman sesawang berikut : http://moh.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do

 

Khairul Naim bin Zainal Abidin seorang pegawai farmasi yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box