Apakah Sebab Mulut Kering? – Dr Anis Ezrina

dryKekeringan mulut atau dalam istilah perubatannya, xerostomia adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan air liur di dalam mulut. Air liur terhasil sekurang-kurangnya 1.5 liter dalam sehari dan ia berfungsi untuk menjaga kesihatan mulut dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan mulut. Kekeringan mulut yang teruk akan menjejaskan kesihatan gigi dan gusi. Pada masa yang sama juga ia akan mengganggu proses penghadaman dan penelanan makanan. Jika ia tidak dirawat, kekeringan mulut akan memberi kesan atau komplikasi yang lebih buruk terhadap gigi dan gusi serta masalah kesihatan.

Bagaimana air liur berfungsi?

Kekeringan mulut ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja contohnya jika kita berada dalam keadaan stress atau gementar. Namun begitu, jika masalah ini berterusan, ia perlu dikenal pasti penyebab utamanya dan dapatlah rawatan yang sewajarnya. Air liur mempunyai pelbagai fungsi seperti mengawal kuman di dalam mulut, mengawal pH didalam mulut agar kekal neutral, membersih mulut dari makanan dan mengekalkan kesihatan gusi. Antara lain fungsi air liur ialah:

  1. Melembabkan mulut
  2. Membantu penghadaman dan penelanan makanan
  3. Membantu percakapan
  4. Membantu proses remineralisasi permukaan gigi

Tanda-tanda kering mulut

Selalunya, pesakit akan mengadu:

  1. Mulut kering
  2. Air liur menjadi pekat dan berbuih
  3. Permukaan mukosa mulut  kering dan merekah
  4. Bibir kering dan merekah
  5. Bau mulut
  6. Rasa ‘seolah-olah terbakar’ di dalam mulut
  7. Jangkitan fungi
  8. Makanan melekat pada gusi dan gigi
  9. Susah mengunyah dan menelan
  10. Masalah pergigian contoh karies, masalah gusi
  11. Jika pesakit memakai gigi palsu, pesakit akan mengadu gigi palsunya longgar

Apakah penyebab kering mulut?

Terdapat beberapa faktor berlakunya kekeringan mulut:

  1. Masalah perubatan  seperti ‘Sjogren syndrome”, diabetes, depresi
  2. Penggunaan dan pengambilan ubatan seperti  ‘tricyclic antidepressants , antihypertensive (α dan β blocker, diuretic, calcium channel blocker, angiotensin converting enzyme inhibitors), ubat sitotoksik, antiparkinson dan ubat antisawan.
  3. Umur yang meningkat
  4. Kemoterapi
  5. Radiaoterapi
  6. Trauma contohnya akibat kemalangan atau prosedur pembedahan yang menyebabkan kecederaan kelenjar air liur
  7. Berdengkur
  8. Bernafas melalui mulut (mouth breather)
  9. Merokok
  10. Minum alkohol

Pencegahan

Pesakit kadang kala tidak perasan bahawa mereka mempunyai masalah kekeringan mulut. Di dalam kes-kes yang tidak kronik,  masalah ini boleh diatasi. Selalunya rawatan adalah memfokus kepada mengurangkan simptom dan mengelak karies dan masalah gusi. Pekara-pekara umum yang boleh dilakukan oleh pesakit ialah:

  1. Banyakkan minum air, elakkan pengambilan air jus, minuman berkabonat kerana ia akan menjurus kepada karies gigi.
  2. Gunakan ‘sugar free chewing gum’ untuk merangsang penghasilan air liur
  3. Hadkan pengambilan alkohol, caffeine
  4. Elakkan merokok
  5. Guna ubat kumur yang tiada alcohol kerana alcohol akan mengeringkan lagi permukaan mukosa mulut
  6. Bernafas melalui hidung
  7. Penggunaan saliva gantian (Saliva-substituent) yang boleh dibeli di farmasi.
  8. Penjagaan kebersihan mulut- memberus gigi dan lidah, ‘flossing’ dan lain-lain.

 

Rawatan

Pada kes-kes yang kronik, pekara utama yang perlu diketahui ialah penyebab kekeringan mulut ini. Setelah diagnosis dibuat, langkah seterusnya adalah membuat perancangan rawatan terhadap masalah tersebut.

 

Rawatan untuk masalah yang disebabkan xerostomia (kekeringan mulut)

 

 

MASALAH

 

STRATEGI RAWATAN

 

Karies Gigi
  • Penggunaan ubat gigi berflorida (0.05% sodium fluoride) setiap hari
  • Pengunaan gel florida (1% sodium fluoride) setiap hari
  • Aplikasi varnish yang mempunyai 0.5% sodium fluoride pada permukaan gigi
  • Penggunaan ‘tooth mousse”, gel yang diaplikasikan pada permukaan gigi.
  • Pemeriksaan pergigian berkala dan pengambilan radiograph bitewing setiap 12 bulan untuk diagnosis awal

 

Kekeringan mulut
  • Pengunaa ubat kumur yang tiada alcohol, lubricant
  • Kunyah ‘sugar free chewing gums’
  • Pengunaan ‘artificial salivary substituent’
  • Preskripsi ubat penggalak air liur
  • Membasahkan bibir setiap 2 jam
  • Gunakan ‘humidifier’ semasa tidur

 

 

Sukar mengunyah

 

  • Minum air semasa makan

 

 

Sukar menelan

 

  • Minum air semasa menelan
  • Elak makanan yang melekit, pedas, kering

 

 

Gigi palsu yang longgar

 

  • Penggunaan ‘soft and hard tissue reliner” oleh pegawai pergigian
  • Guna ‘pelekat gigi palsu’ yang ada di pasaran

 

 

Jangkitan fungi

 

  • Pemberian ubat kumur antifungal
  • Pada gigi palsu, rendam gigi palsu  dalam larutan 0.12% chlorhexidine atau 1% sodium hypochlorite

 

Secara kesimpulannya, kekeringan mulut, jika dirawat dengan betul, ia dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit dan mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Lawatan berkala ke klinik pergigian dapat mengurangkan masalah pergigian dan rawatan awal dapat dijalankan agar kesihatan mulut terjaga.

Dr Anis Ezrina adalah seorang pakar pergigian restoratif yang sangat mementingkan pendidikan pesakit terhadap masalah pergigian. Kenali beliau dengan lebih lanjut di lama The Team.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Rujukan:

  • Dry mouth and its effects on the oral health of elderly people. Micheal D. Turner, Jonathan A.Ship. Journal of America Dental association. 2007; 138: 15-20
  • Dental Hygienists: Your partners in Oral Health : www.odha.on.ca
  • Treatment of oral dryness related complaints (xerostomia) in Sjogrens syndrome. Willy A Van, V.Arjan, V.Enno. Annual Rheumatic disease 1999; 58: 465-474

2 comments for “Apakah Sebab Mulut Kering? – Dr Anis Ezrina

  1. nooraidah jerani
    March 10, 2014 at 4:41 pm

    Satu perkongsian ilmu yg baik..

  2. September 15, 2014 at 7:27 pm

    terima kasih atas perkongsian ini,sungguh bermanfaat sekali 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box