Adakah BENAR, Rokok Elektronik/Vape adalah Pengganti Rokok? – Dr Mohammad Hj. Che Man

Merokok telah membunuh ratusan ribu manusia setiap tahun dan ianya juga merupakan salah satu penyebab yang boleh dielakkan bagi menghalang kesan penyakit dan kematian. Golongan remaja dan dewasa adalah lebih memilih untuk menghisap rokok elektronik atau vape berbanding golongan pertengahan dan veteran yang lebih memilih rokok konvensional. Kajian terkini membuktikan bahawa, rokok elektronik adalah produk tembakau yang paling disukai oleh golongan remaja. Pengguna rokok elektronik (e-cigarette) adalah juga terdedah kepada bahan beracun nikotin sama seperti rokok biasa. Orang sekelilingnya juga akan mendapat tempias racun kimia yang merbahaya apabila kepulan wap air dilepaskan di persekitaran.

Rokok elektronik (E-cigarette)dan vape adalah dua benda yang sama (peranti elektronik), cuma berbeza dari segi saiz dan kelebihan modifikasinya.

Definisi Kementerian Kesihatan Malaysia:

Rokok elektronik adalah peranti elektronik yang mengandungi nikotin manakala vape adalah  peranti elektronik tanpa nikotin.

 E-liquid dan contoh bahan perasa:

E-liquid atau E-juice adalah cecair yang akan menghasilkan wap yang disedut dan dihembus oleh penghisap vape. Ianya terdiri daripada 4 bahan utama iaitu air, propylene glycol (glycerine), nikotin dan perasa (pemberi aroma). Lebih mahal harga E-liquid akan memberikan lebih banyak kepulan wap air.

Anatomi rokok elektronik:

 

Kesan bahan-bahan dalam rokok elektronik/vape kepada kesihatan:

1-    Nikotin: Dikelaskan dibawah akta racun 1952 yang menyenaraikan nikotin sebagai racun dikelas C. Membawa kepada ketagihan dan penyalahgunaan dadah. Ianya juga boleh membawa kepada kematian terutamanya kepada kanak-kanak sekiranya terminum. Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan sawan. Melalui laporan pusat racun negara, nikotin serendah 4mg boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak manakala 40mg kepada orang dewasa.

2-    Propylene glycol: Ianya membebaskan formaldehid iaitu sejenis bahan penyebab kanser.

3-    Glycerin: Penyebab iritasi kepada lapisan kulit dan mata. Penggunaan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalaman.

4-    Logam berat: Ianya terhasil daripada tindakbalas cecair rokok elektronik yang terdapat dalam gegelung dawai.

5-    Partikel halus: Sama seperti rokok biasa yang kebanyakan partikelnya juga bersaiz antara 20 hingga 300nm. Ianya bergantung kepada paras nikotin didalam cecair rokok elektronik. Partikelnya cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru sama seperti rokok biasa.

Perbandingan di antara rokok biasa dengan rokok elektronik.

Ciri- ciri Rokok biasa Rokok elektronik
1.     Nikotin Dalam daun tembakau Cecair tulen
2.     Kandungan nikotin Standard emisi adalah 1g/batang rokok Tidak dikawal
3.     Kesan sampingan Jangka panjang menyebabkan kanser telah terbukti Kesan sampingan jangka masa panjang adalah belum dapat dibuktikan dan masih dalam kajian.
4.     Ubahsuai Sukar kerana kandungan pepejal. Mudah kerana berbentuk cecair.
5.     Risiko keracunan Rendah kerana berbentuk fizikal Tinggi kerana berbentuk cecair dan berbau harum.

Bolehkah rokok elektonik/vape menggantikan rokok biasa?

Kajiantelah membuktikan bahawa:

  1. Kebanyakan pengguna rokok elektronik/vape akhirnya menjadi “dual user” iaitu menghisap rokok biasa dan juga rokok elektronik/vape.
  2. Ketagihan rokok elektonik atau vape menunjukkan kebergantungan kepada nikotin adalah sangat tinggi dan payah untuk berhenti.
  3. Rokok elektronik adalah tidak berkesan untuk berhenti merokok. Kejayaan individu untuk berhenti merokok bukan sahaja bergantung kepada kawalan nikotin semata-mata, malah juga daripada faktor motivasi diri, pelan kaedah yang terancang dan sokongan kaunseling.

NEGARA-NEGARA YANG TELAH MENGAWALSELIA DAN MELARANG PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK

JENIS LARANGAN DAN  KAWAL SELIA NEGARA
 

Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin adalah DILARANG

Australia
Belgium
Canada
Finland
Hong Kong
Japan
New Zealand
Norway
South Africa
Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin DIKAWAL SELIA SAMA SEPERTI ROKOK Costa Rica
Colorado, USA
Israel
Peranti Alat Elektronik mengandungi Nikotin DIDAFTARKAN SEBAGAI PERALATAN PERUBATAN BERLESEN Austria
Denmark
. NEGARA
 

LARANGAN SEPENUHNYA termasuk penjualan dan pengimportan Peranti Rokok Elektronik dan Vape

Argentina
Brazil
Thailand
Singapore
Brunei
Oman
Panama
Jordan
Mexico
Qatar
Chinese Taipei
Turkey
United Arab Emirates
Venezuela

Nasihat penting kepada masyarakat umum:

  • Rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kepada pengguna dan orang sekelilingnya sehingga terdapat bukti-bukti yang jelas melalui kajian yang sahih yang mengatakan ianya selamat.
  • Untuk berhenti merokok sepatutnya menggunakan kaedah yang betul dengan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
  • Kanak-kanak dan wanita mengandung dinasihatkan agar tidak menghidu asap rokok elektronik atau vape, kerana dikhuatiri kandungan nikotin serta bahan kimia lain boleh menyebabkan masalah kesihatan.
  • Meningkatkan aktiviti kesedaran dikalangan anggota dan masyarakat tentang e- cigarette/vape dan kesannya kepada kesihatan hingga ke akar umbi.

Rujukan:

  1. Is vaping better than smoking? American Heart Association, 2019.
  2. Pokhrel, P., Herzog, T. A., Muranaka, N., Regmi, S., & Fagan, P.. Contexts of cigarette and e-cigarette use among dual users: A qualitative study. BMC Public Health (2015), 15:859, 1-9.
  3. Wael K. Al-Delaimy, Mark G. Myers, Eric C. Leas, David R. Strong, C. Richard Hofstetter, “E-Cigarette Use in the Past and Quitting Behavior in the Future: A Population-Based Study”, American Journal of Public Health105, no. 6 (June 1, 2015): pp. 1213-1219.

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

(MD.UKM, MMED.USM)

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE

KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN

PAHANG

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box